SAHABAT SAHABAT MAYA

Thursday, February 18, 2010

SURAU SEKOLAHKU


Signboard yang ditempah di SAM Creative

Sebenarnya dah lama saya nak upload gambar surau sekolah .Surau ini telah diberi nafas baru sempena dengan perasmian sekolah pada tahun 2007. Warna surau dan mozek merupakan pilihan pengetua.Pengetua kami memang ada taste sebab rumahnya pun cantik.Kami memilih tema maroon dan cream .Tu pun sebab nak match dengan karpet maroon.Jenuh juga kami fight untuk dapat peruntukan hias surau.Tempat lain boleh dihias tetapi bila bab surau ada orang sangup suruh tutup jer mas Raja mai rasmi.Sangat sedih melihat sikap pegawai ini.Tapi alhamdulillah berkat usaha guru-guru dan kesungguhan pengetua memujuk pegawai yang terlibat dengan kewangan ,maka surau kami diberi mozek,cat baru,kipas baru dan wang untuk hiasan.Cermin pula di sponsor oleh seorang kontraktor yang baik hati...Semoga Allah membalas jasa baik kalian.

Kadang saya terfikir......tidakkah kalian tahu betapa besarnya ganjaran pahala yang kita dapat jika memuliakan rumah Allah S.W.T.Oleh kerana kurang kewangan maka sesetengah surau sekolah ibarat macam stor...Tambahan pula kalau kurang penjagaan..
Bagi saya...surau sekolah tempat mulia dan menjadi bilik serbaguna.Tempat solat,tempat ceramah agama dan ceramah kaunseling,tempat spot check pelajar wanita dan macam macam lagi .Jadi ia mesti setanding dengan tempat lain .Jika niat kita elok..insyaallah Allah Taala permudahkan urusan kita.Yakinlah Allah sentiasa bersama kita..So layan gambar surau ini ...setelah dihias dua tahun lalu...Syukran Jazilan kepada guru-guru yang banyak membantu buat scallop dan riben.Tak lupa juga kpd yg bagi karpet merah.


Sekarang cuma maintain kemas jer..Nak tambah peralatan dan hiasan ekonomi gawat....Syukurlah dengan apa yang ada..
Lagipun surau bukan semata-mata nak cantik jer.Penggunan yang maksima adalah yang penting.

Pelajar bersalam-salaman selepas solat...Surau yang cantik dapat menarik minat pelajar....Betulkan?



Board bahagian depan surau.



Scallop yg masih utuh..Syukur..pelajar tak rosakkan.


Board bahagian belakang..Sempat lagi pelajar posing lepas lipat kain telekung.


Kabinet buku teks 2 tingkat yg dipotong.Buat simpan telekung,sejadah dan rehal. Skirting sama color dengan langsir .Ayat Quran dihadiahkan oleh ex-pengetua.
Kain langsir yang saya pilih bersama pembantu makmal..Kak Suri.Langsir dijahit panjang untuk kesan lebih luas dan tampak moden.Ala-ala Anjung Seri gitu...
Langsir box pleat yang dijahit dengan upah yang murah.Tokey kedai banyak sponsor...Jazakumullah Khoiron Katsiran.
Tempat wudhuk pelajar lelaki...
Bakul letak selipar yang sentiasa surut...Walaupun telah dipotong dengan hodoh..masih ada yang berminat..
Board untuk apa-apa berkaitan agama Islam.(bersebelahan surau)

Board yg memaparkan karya pelajar.

No comments: