SAHABAT SAHABAT MAYA

Friday, February 19, 2010

KECERIAAN LAGI...

Nampaknya ramai pelajar yang bersungguh sungguh hias kelas pada tahun 2010 ni.Kelas saya tak tahu boleh menang atau tidak...Tak kisah siapa menang sebab banyak kelas yang hebat hebat...Yang penting matlamat untuk melahirkan kelas yang bersih,ceria dan bermaklumat tercapai .Pelajar dan guru berganding bahu menghias kelas.....Saksikan...

Pelajar Tingkatan 1 C sedang mengecat...
Pelajar Tingkatan 3 A sedang menjahit manik di langsir.....Sungguh bersemangat mereka ini. Saya pun tak sanggup jahit manik..
Cikgu Nurul yang sibuk menggantung langsir.Biasalah bila jadi guru...antara kemahiran yang mesti anda tahu ialah berkebolehan memanjat kerusi atau meja dan bertukang sikit -sikit .Rasanya kebanyakan guru pernah panjat kerusi atau meja. Cuba tengok tukul atas meja...

Pekerja kontrak 1 Amal ..... sori.. Ini pelajar kelas saya sedang mengecat.

Dua orang pelajar Tingkatan Empat yang beria- ia suruh saya ambil gambar dia di kelas Tingkatan 1C yang cantik .
Idea yang baik.Kain dijadikan sebagai board didepan.

Pelajar Tingkatan 2B berehat seketika dalam misi merealisasikan impian Kelas Serba Pink Cikgu Ju dan pelajarnya....Bakul sampah pun color pink juga.
Kelas IB yang kemas tersusun.Board belakang pakai karpet lebihan Raja mai tahun 2007.Ini sahajalah modal untuk sekolah pinggir bandar dan kurang sumber kewangan seperti sekolah kami.Syukur dengan apa yang ada..Ada sekolah masih berdinding kayu.