Kata-kata diatas mungkin kasar didengari..tetapi itulah kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang guru kepada kawan saya semasa Darjah Dua.Biar saya namakan ia sebagai M.Semasa Darjah Dua ,saya duduk sebelah pelajar lelaki ini .Saya masih ingat seorang guru Bahasa Inggeris memanggil kawan saya dengan panggilan tersebut....Empunya diri saya tak tahu ingat atau tidak...
Beliau agak slow sikit dalam pelajaran .Saya tak pasti niat guru ini tapi saya rasa kata-kata itu tidak sepatutnya dilontarkan kepada anak murid.Seingat saya,kesalahan pelajar ini hanyalah tak ambil berat bila guru panggil.Semasa Tingkatan 3,saya dengar M mendapat keputusan yang baik dan saya percaya beliau sudah bekerja dan mungkin mendapat pekerjaan yang baik sekarang.
Sebagai seorang guru,beliau perlu memainkan fungsi seorang guru dan mencapai martabat sebagai pendidik (mudaris), penyampai yang benar (mualim), murabbi (pengasuh dan pendidik dengan kasih sayang, muaddib (pembentuk adab dan akhlak) dan mursyid (pembimbing ke arah kebaikan).
Saya tidak berniat untuk menjatuhkan maruah guru ini kerana jasanya amat besar kepada pelajar,cuma didapati ada pendidik lupa yang dia hendaklah meunjukkan contoh yang baik dan jangan memandang rendah kepada pelajar .
Alhamdulilah saya tidak mengalami keadaan ini,cuma perkara ini mengajar saya biarpun kanak-kanak,mereka juga ada perasaan dan mereka ingat apa yang kita kata.Sebagai guru kita jangan pilih kasih dan layan pelajar berdasarkan kecerdikan,raut wajah,pekerjaan ibu bapa dan status kewangan pelajar.Yang cerdik belum tentu menghargai guru dan yang lemah belum pasti ia tidak menghargai guru.Mungkin hari ni mereka lemah tetapi ia bukan selama-lamanya.
Pelajar menilai keikhlasan guru.Sebab itu ada pelajar yang dimarahi dengan teruk tidak berdendam dengan guru.Semasa Darjah Tiga pula ,saya dan seorang pelajar lelaki dipangil kehadapan untuk baca sifir dan kami agak lemah Matematik walaupun berada dalam Kelas A.Guru Matematik mengugut akan menyuruh pelajar berbogel jika tidak ingat sifir.Saya masih tidak ingat sifir .Pelajar lelaki disuruh buka baju dan saya berasa amat takut.
Malamnya dan terusnya saya balik menghafaz sifir sampai sifir 12 sampai ingat.Alhamdulillah ..seterusnya saya banyak dapat A sampai darjah 6.Hanya sekali dua saya dapat B .Saya tahu niat guru ini ikhlas....Jadi tepuk dada check keikhlasan kita bila berdepan dengan pelajar.SEMOGA KITA SEMUA MENJADI GURU YANG IKHLAS MENDIDIK PELAJAR.

No comments:
Post a Comment