SAHABAT SAHABAT MAYA

Monday, July 21, 2008

APAKAH TALAK KINAYAH

Talaq Kinayah adalah kata-kata yang dikatakan secara samar atau secara bermakna kepada perceraian. Cerai ini dikeluarkan tanpa menggunakan perkataan talaq, iaitu dengan menggunakan tanda-tanda atau menyentuhnya secara tidak langsung.

Sebagai contoh, apabila si suami mengatakan “keluar dari rumah aku,” atau “pergilah pulang ke keluarga kamu.” Dalam hal sebegini, si isteri haruslah minta penjelasan dengan suaminya adakah dia memaksudkan talaq atau tidak.



2. Apakah hukum jika pasangan masih tinggal serumah selepas bercerai nanti?

Pasangan yang sudah bercerai namun terpaksa tinggal sebumbung perlu menjaga batas-batas tertentu seperti aurat. Ini adalah kerana mereka bukan lagi dianggap sebagai suami dan isteri. Mereka tidak boleh lagi tidur sebilik. Sebaik sahaja salah seorang dari mereka mencari penginapan lain, maka ia harus melakukan demikian. Tinggal serumah bagi pasangan yang bercerai dan telah selesai waktu ruju', hanya dibenarkan syara' sekiranya tiada tempat berlindung yang lain atas dasar




3.

Apa hukumnya jika suami telah terlepas kata kepada isteri, "Kau bukan isteri aku!"?


Suami adalah ketua rumahtangga. Sebagai ketua dia perlu tunjukkan akhlak yang baik agar dijadikan contoh oleh ahli keluarganya, dan mendapat penghormatan yang sewajarnya. Tanggung-jawab sebagai suami adalah lebih berat dari isteri kerana dia perlu sentiasa memastikan agar dirinya menunjukkan contoh yang baik serta memimpin keluarganya ke arah redha Allah.

Kekata yang keluar seperti 'Kau bukan isteri aku.', tidak sewajarnya diucapkan oleh suami dalam keadaan marah sekalipun. Sebaliknya suami perlu memperbetulkan isterinya dengan hikmah, sepertimana isteri menegur suami yang silap dengan berhikmah juga.

Kekata demikian termasuk dalam kategori talak kinayah, atau talak sindiran. Jika si suami berniat untuk menceraikan isterinya ketika melafazkan kekata tersebut, maka gugur talak. Jika tidak, maka tidak gugur talak.




4. Apa hukumnya apabila si suami telah mengatakan yang isterinya adalah jandanya?

Jika si suami melafazkan demikian secara bermain dan tiada niat untuk menjatuhkan talak, maka pasangan tersebut masih kekal suami dan isteri. Tetapi jika suami tersebut berniat untuk menceraikan isterinya, maka jatuh talak satu. Si suami perlu rujuk kembali kepada isteri dan melaporkan kepada Mahkamah Syariah bahawa talak satu sudah jatuh.

Kekata 'janda' tidak seharusnya dijadikan bahan permainan kerana ia boleh menjadi doa, samada si suami nanti akan menceraikan isterinya atau si suami itu tidak lama lagi akan meninggalkan dunia ini.




5. Apakah hukum di sisi agama Islam apabila seorang suami meninggalkan isterinya lebih dari 3 bulan? Jika seorang suami berada di penjara, bagaimana pula hukumnya?

Suami yang meninggalkan isteri lebih dari 3 bulan beturut-turut tanpa nafkah dan sebab yang munasabah, maka Hakim di Mahkamah Syariah berhak untuk memisahkan antara suami dan isteri tersebut jika si isteri mengadu ke Mahkamah Syariah. Jika suami berada di penjara, maka itu merupakan satu sebab yang munasabah lebih-lebih lagi jika tempoh penjara itu terlalu lama sehingga isterinya mahu berpisah dengan suaminya itu, maka ia boleh mengadu di Mahkamah Syariah.




6.

Apakah hukum perbuatan "cina buta" selepas jatuhnya talak buat kali ketiga?


Apabila seseorang suami telah menceraikan isterinya buat kali ketiga, maka jatuhlah talak tiga. Selepas itu, pasangan tersebut tidak boleh rujuk kembali sampai bila-bila. Secara tidak langsung ia menunjukkan bahawa mereka tidak boleh dapat hidup bersama dengan aman damai.

Sekiranya mereka ingin kembali juga sebagai suami dan isteri, maka Islam meletakkan hukuman yang berat sebagai balasan terhadap perbuatan suka menjatuhkan talak, yang dibenci oleh Allah. Hukuman ini adalah, si wanita itu perlu berkahwin dengan seorang lelaki lain, dan melakukan hubungan jenis dengan suami baru itu. Kemudian, suami baru itu menceraikan wanita tersebut, dan selepas iddah, barulah suami yang asal boleh mengahwini kembali wanita tersebut. Jika wanita itu mengandung, suami asal perlu tunggu sehingga wanita itu melahirkan anak suami keduanya. Dan kemudian bertanggung-jawab terhadap pembesaran anak suami kedua itu. Namun, perkahwinan dan penceraian yang kedua ini mesti berlaku secara tabi'i dan bukan diatur semata-mata untuk menghalalkan wanita itu bagi suami pertamanya

Namun, secara psikologi, perbuatan ini dipandang hina oleh manusia yang bermaruah, tidak kita lelaki dan wanita. Oleh itu, perbuatan kahwin 'cina buta' seperti ini, yang bertujuan untuk menghalalkan wanita itu buat suami pertamanya adalah dilaknat dalam Islam.




7. Adakah talak jatuh jika suami melafazkannya ketika sedang mabuk?
Talak dianggap jatuh jika diucapkan ketika seseorang itu mabuk akibat minumam keras. Ini adalah sebagai hukuman baginya kerana melanggar perintah Allah. Namun, jika ia dalam keadaan mabuk akibat ubat yang perlu diambil, maka talaknya tidak dianggap jatuh.


8. Suami melafazkan cerai dalam keadaan marah, adakah talak telah jatuh?

Talak merupakan lafaz yang tidak boleh dipermainkan, walau dalam keadaan apapun. Suami telah diberi kuasa talak kerana sebagai lelaki mereka mesti mempunyai kekuatan emosi untuk tidak menggunakan lafaz dalam keadaan marah atau beremosi.

Memandangkan suami telah menggunakan lafaz talak dalam ucapannya, maka secara zahirnya telah jatuh talak satu, walaupun diucapkan dalam keadaan marah. Kerana dia sedar apa yang dia ucapkan, dan dia sememangnya berniatkan demikian ketika dia ucapkan lafaz tersebut, meskipun didorong oleh perasaan marah. Harus juga melaporkan perkara ini di Mahkamah Syariah.

Jika Mahkamah memutuskan talak tersebut, suami perlu merujuk isteri kembali jika ingin mengekalkan perhubungan suami isteri. Lafaz rujuk adalah "Saya rujuk anda kembali menjadi isteri saya." Lafaz rujuk ini perlu diucapkan secepat mungkin sebelum tamatnya tempoh iddah atau sebelum isteri melahirkan anak jika dia hamil. Dan selagi mana belum disebut lafaz rujuk tersebut, perhubungan pasangan tersebut adalah seperti lelaki dan wanita yang bukan mahram. Tidak boleh lihat aurat dan tidak boleh bersatu.

Jadikanlah perisitiwa ini sebagai pelajaran agar tidak lagi diucapkan lafaz talak dalam keadaan marah atau main-main. Sekiranya suami tersebut mengucapkan lagi lafaz tersebut, maka akan jatuh talak dua. Sekiranya diucapkan bagi kali ketiga maka jatuh talak tiga dan bercerailah anda berdua tanpa boleh merujuk kembali.




9. Jika suami melafazkan cerai/ talak kepada isterinya melalui sms, jatuhkah talak itu?

Apabila suami melafazkan ucapan "Aku lepaskan engkau" dan "Aku ceraikan engkau", samada secara lisan atau penulisan (termasuk surat, sms dsb), maka jatuhlah talak. Isteri perlu mengadu kepada Mahkamah Syariah untuk kepastian yang terakhir samada jatuh talak atau tidak. Dan sementara menunggu jawapan dari Mahkamah Syariah, adalah wajar bagi suami dan isteri tersebut berhenti dari sebarang perhubungan yang dihalalkan sebagai suami dan isteri, kerana mereka sudah dianggap sebagai tiada perhubungan pernikahan lagi.

Si suami boleh merujuk kembali isterinya dan mengambilnya kembali sebagai isterinya apabila dia lafazkan 'aku rujuk engkau kembali sebagai isteriku'. Tetapi lafaz ini perlu dilakukan sebelum 3 kali haid, atau 3 kali bersih selepas lafaz talak. Jika setelah rujuk, si suami lafazkan kembali lafaz cerai, maka jatuhlah talak dua. Jika dirujuk, kemudian dilafazkan lagi cerai, maka jatuhlah talak tiga, dan ketika itu, si suami tidak boleh rujuk kembali kepada isteri, walaupun untuk bernikah baru.




10.

Jika suami melafazkan kata-kata yang berbau cerai tetapi tidak menggunakan perkataan "cerai" atau "talak", adakah telah gugur talak?


Ada dua jenis talak: talak sarih, dan talak kinayah. Talak sarih adalah talak dimana lafaz cerai disebut dengan terang dan tanpa keraguan. Gugur talak apabila disebut lafaz talak sarih, seperti lafaz: Aku ceraikan engkau.

Talak kinayah adalah talak dimana lafaznya tidak terang, kerana ada sindiran pada lafaznya. Seperti lafaz: Pergi balik rumah ibu-bapa engkau!. Atau lafaz: Jangan balik di sini lagi!.

Lafaz seperti ini hanya dianggap sebagai talak jika si suami berniat demikian ketika melafazkannya. Jika tidak, maka itu hanya cakap-cakap biasa sahaja.




11.

Adakah ucapan kata untuk berpisah dengan isteri telah menjatuhkan talak?


Sekiranya ucapan tersebut terang dan nyata dan mempunyai lafaz 'talak' atau 'cerai', maka jatuhlah talak. Sekiranya ia berbentuk sindiran seperti 'awak baliklah ke rumah orang tua awak' atau 'keluar kau dari rumah ini' maka ia bergantung kepada niat suami. Jika niatnya untuk bercerai, maka jatuh talak. Jika tidak, maka tidak jatuh talak.

Sewajarnya anda melaporkan ini kepada Mahkamah Syariah untuk putuskan samada benar jatuh talak atau tidak.

Sayugia kami ingatkan bahawa perceraian bukan penyelesaian dan perceraian bukan satu perkara yang boleh disebut sewenang-wenangnya.




12. Suami telah melafazkan "aku ceraikan engkau" beberapa tahun yang lepas. Adakah ia perlukan saksi dan dia kata dia terpaksa kerana ingin menghentikan pergaduhan.

Lafaz cerai tidak memerlukan saksi. Ia tetap jatuh walaupun dilafazkan ketika dalam keadaan marah, mabuk kerana arak, atau kerana ingin menghentikan pergaduhan. Lafaz cerai hanya tdak dianggap jatuh jika dalam keadaan di mana nyawanya diancam jika tidak lafazkannya. Oleh itu, lafaz cerai suami anda dua tahun yang lepas dianggap sah, dan anda berdua bukan lagi dianggap sebagai suami dan isteri. Anda perlu laporkan ke pihak Mahkamah Syariah untuk membatalkan perkahwinan anda. Kemudian, jika anda berdua ingin hidup sebagai suami isteri sekali lagi, anda berdua perlu menjalani akad nikah yang baru, dengan sijil pernikahan yang baru dan mahar yang baru. Jika terhasil anak dalam masa dua tahun tersebut, anak itu dianggap sebagai anak syubhah. Ia tidak boleh dibinkan kepada suami anda, dan tidak boleh mewarisi harta suami anda. Para suami perlu sedar bahawa lafaz cerai bukanlah satu perkara yang boleh diucapkan sewenang-wenangnya.




13. Jika seorang suami enggan pulang ke rumah selepas pergaduhan, bolehkah isteri meminta cerai?
Adalah haram bagi suami untuk meninggalkan isteri tanpa apa-apa sebab yang munasabah yang boleh diterima Syari’ah. Walaubagaimanapun, meninggalkan isteri selama beberapa hari tidak menyebabkan cerai atau bukanlah alas an yang munasabah untuk meminta cerai. Jika suami telah meninggalkan isteri selama 4 bulan, maka ia telah menubuhkan sebab untuk cerai dan isteri boleh buat aduan ke Mahkamah Syari’ah.


14. Bolehkah seorang isteri meminta cerai walaupun suami enggan menceraikannya? Bolehkah mahr dipulangkan dalam keadaan ini?

Hak cerai atau talaq adalah ditangan suami. Isteri pula boleh membuat aduan ke Mahkamah Syariah jika berlaku sebab-sebab yang tertentu seperti suami tidak melaksanakan tanggungjawabnya.

Jika berlakunya cerai, dan suami tidak pernah bersetubuh dengannya, maka suami boleh menuntut kembali setengah dari mahr yang diberikan. Jika suami telah bersetubuh dengan isteri, maka dia tidak berhak untuk menuntut kembali mahr yang diberikan kerana ia adalah sebagai sejenis pampasan yang diberikan kepada wanita bagi memberikan tubuhnya kepada bakal suaminya di dalam sebuah perkahwinan.



15. Adakah seorang isteri mempunyai hak untuk tinggal di rumah walaupun dia telah dihalau keluar?
Seorang isteri mempunyai hak untuk tinggal di rumah walaupun telah dihalau keluar jika dia memiliki rumah tersebut atau memiliki sebahagian daripadanya. Jika rumah tersebut bukan miliknya, maka pemiliknya berhak untuk menghalaunya keluar. Jika dia dihalau keluar oleh suaminy sendiri, dengan niat menceraikannya, dia harus membuat aduan kepada Mahkamah Syari’ah. Jika tiada niat untuk cerai, kedua-dua mereka haruslah berusaha untuk memperbaiki hubungan mereka.


16.

Berapa lamakah tempoh iddah bagi wanita yang kematian suaminya?


Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 243: Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber'iddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis 'iddahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.

Iddah ini adalah untuk menunggu sehingga rahimnya betul-betul bersih dari benih bekas suaminya, selain dari untuk berkabung atas kematian suaminya itu. Dilarang untuk wanita iddah dari berhias dan keluar rumah tanpa hajat. Namun, jika wanita itu terpaksa keluar atas alasan kesihatan, maka ia dibenarkan keluar hanya setakat untuk tujuan tersebut sahaja.




17. Bolehkah seseorang itu masih berhubungan dengan bekas isteri atau suaminya?
Sebagai muslim kita perlu berlaku baik dengan sesiapa pun dan kita tidak dibenarkan merosakkan atau memutuskan hubungan. Begitu juga dalam perkahwinan, Islam tidak mengalakkan penceraian tetapi jika berlakunya penceraiaan tersebut bukan bererti bekas suami dan isteri itu menjadi musuh. Terutama sekali apabila pernikahan tersebut menghasilkan cahaya mata. Penceraian yang berlaku tidak menceraikan anak itu dari ibu ataupun ayahnya. Dari itu hubungan perlu ada dengan tujuan menjaga pembangunan dan perasaan anak-anak.

Walaubagaimanapun hubungan selepas penceraian perlu ada batasannya yang telah di tetapkan Islam. Ia sama seperti hubungan dengan orang yang bukan mahram dan perlu dijaga auratnya serta batasan pergaulannya agar tidak timbul fitnah dan sebaiknya dihadkan hubungan tersebut atas dasar penjagaan anak-anak kerana ia tetap merupakan tanggungjawab bersama.


Sumber asal :MUIS

37 comments:

~*@ReYoU_Chubby*~ said...

Apakah hukum jika suami berniat hendak lafazkan talak depan mentua?

Siti Khodijah Jali Ahmad said...

Jatuhkah talak sekiranya suami menulis di atas kertas "abang rela lepaskan (nama isteri)"?

Al_rafie said...

Adakak jatuk talak jika si suami dalam keadaan tidak waras (cthnya:mengalami penyakit mental..kemurungan@depression dan semasa juba membunuh diri dia melafazkan tlak dlam keadaan berlebihan mengamil ubat disebabkan tekanan hidup)

anisah said...

jatuhkah talak jika suami sms menyatakan 'lebih baik abg hidup bujang je..'?

emman said...

Adakah sah talak jika suami saya bkata,saya akan lepaskan kamu bila kita btemu? ...dia bkata demikian didlm telefon.

Unknown said...

Bagaimana pula jika suami SMS mengatakn sebegini " bagi segala kunci rumah , sebab aku milil rumah Dan aku berhak untuk mintak .. Aku hendak bagi rumah balik since kau nak akhiri perkahwinan kite "... Ape maksud nya ??
Adakah itu halau ??.. Jatuh talak ??..

Unknown said...

Assalam...bagaimana pula jija suami telah mengatakan kepada isteri yang hendak pulang ke rumah kedua orang tuanya...dan suami berkata tak balik pun tak apa...mohon pencerahan dari ustazah ya..

Ingin serba tahu said...

Asalamualaikum adakah jatuh talak kalau kita dalam keadaan marah dan mengeluarkan perkataan aku akan lepaskan dikau

Ingin serba tahu said...

Asalamualaikum adakah jatuh talak kalau kita dalam keadaan marah dan mengeluarkan perkataan aku akan lepaskan dikau

YaH♥KoLa said...

Adakah jatuh talak ke atas sya bila suami meminta kembali kunci kereta dan menyatakan "kalau ini yg be nak sgt kan...kita g mahk esok...lpas nie bebas bleh buat apa pown x da yg mengongkong" dan ia lafazkan ayat ini smasa sdang bergaduh sambil menuduh sya bermacam2 cthnya: pakai penunduk n ubat pengasih pd diri dia!! Adakah jatuh talak ke atas diri saya??

YaH♥KoLa said...

Adakah jatuh talak ke atas sya bila suami meminta kembali kunci kereta dan menyatakan "kalau ini yg be nak sgt kan...kita g mahk esok...lpas nie bebas bleh buat apa pown x da yg mengongkong" dan ia lafazkan ayat ini smasa sdang bergaduh sambil menuduh sya bermacam2 cthnya: pakai penunduk n ubat pengasih pd diri dia!! Adakah jatuh talak ke atas diri saya??

Unknown said...

Assalamualaikum sy nak tanya adakah jatuh talak jika sy berkata kita bukan muhrim secara tidak sengaja kepada isteri saya ketika itu sy seakan akan bergurau dengan isteri saya tolong minta pencerahan

Unknown said...

Assalamualaikum sy nak tanya adakah jatuh talak jika sy berkata kita bukan muhrim secara tidak sengaja kepada isteri saya ketika itu sy seakan akan bergurau dengan isteri saya tolong minta pencerahan

Unknown said...

Assalamu alaikum wr.wb.
Saya hori mau bertanya:
Bila suami menawari istri cerai apakah sudah jatuh talak?
terima kasih sebelumnya

nami yoo.... said...

Asalamaulaikum,saya ingin tanya, jika si isteri minta izin untuk keluar rumah,kita pon kata pergilah. mngkn dengan gurau kita kata pergilahh. keluar maksud ke tnpt kerja,ke pasar dn sbgainya,adakah ungkapan itu membawa kepada unsur talak? mintak ustAzah jelaskan. terima kasih.

Shitah said...

Assalamualaikum..saya ingin tahu adakah sah cerainya bila suami menyatakan akan menceraikan isteri keduanya di hadapan isteri pertama.tkasih

Mr & Mrs said...

Apa hukumnya sekiranya suami melafazkan ayat sebegini " Kita settle di pejabat agama, papa pun dah tak tahan, dah 2 kali mama mintak, memang mama nak kan... kita settle di pejabat agama". Jatuh atau tak talak kepada isteri?

Unknown said...

saya nk tanya jika suami,berckap seperti ini.contoh jika kau dgn jantan lain di kuala lumpur tu jatuh talak 1.bermakna jika si isteri terlanjur di kuala lumpur sahaja akan jatuh talak atau tak.kira dimana2 sahaja dia melakukan zina talaknya akan jatuh.(niat nk memnbantu kawan saya yg sosial)

Unknown said...

Assalammualaikum...
sy ingin kan kepastian atau pengesahan rujuk yg telah di lafaz oleh si suami dengan lafaz rujuk yg berbunyi seprti contoh:-
"ABANG NAK RUJUK SAYANG"
Adakah sah lafaz yg di rujuk si suami td...?

Unknown said...

Adakah jatuh talak bila suami kata 'aku si isteri bukan hak dia lagi'?? Tp tak tau sama ada suami niat atau tidak.

Unknown said...

Adakah jatuh talak bila suami kata 'aku si isteri bukan hak dia lagi'?? Tp tak tau sama ada suami niat atau tidak.

Unknown said...

Assalamualaikum

Saya nak bertanya:
Apakah jatuh talaq jika suami msj kepada perempuan " saya belum berkahwin & sedang mencari jodoh, balek la kau (kerumah orgtua), tiada guna kau ada disini ".
suami pernah halau saya keluar dari Rumah..
Dan suami juga berkata " aq sudah pun bercerai dan sekarang ex wife aq dh pun balek kmpung dia " perkataa itu diucapkan ketika dia meminang seorang wanita demi mendapat persetujuan keluarga perempuan itu..

Apakah semua perkataan itu telah jatuhnya talaq??..
Terima Kasih



Unknown said...

Kehidupan adalah baik apabila anda mempunyai kasih sayang anda di sekeliling anda, saya katakan ini kerana apabila saya mempunyai masalah dengan kekasih saya saya tidak pernah melihat kehidupan sebagai perkara yang baik tetapi terima kasih kepada Dr. AGBAZARA dari TEMPLE AGBAZARA, kerana membantu saya membuang ejaan yang membawa kekasih saya kembali kepada saya dalam tempoh 48 jam. Suami saya meninggalkan saya untuk wanita lain selepas 7 tahun perkahwinan, tetapi Dr.AGBAZARA membantu saya membuang mantra yang membawa dia kembali kepada saya dalam masa 48 jam. Saya tidak akan memberitahu anda lebih banyak maklumat mengenai diri saya, tetapi saya hanya akan menasihatkan mereka yang mempunyai masalah di sana hubungan atau perkahwinan untuk menghubungi TEMPLE Dr.AGBAZARA menerusi butiran ini melalui;
( agbazara@gmail.com ) atau hubungi beliau di Whatsapp: +2348104102662

Felicia said...

Dunia ini adalah tempat yang kejam nyata. Saya telah menderita masalah Perkawinan selama 9 bulan sekarang karena tidak mengetahui sahabat saya telah menjadi penyebab utama masalah saya. Kisah saya mungkin berguna bagi Anda, mohon luangkan waktu Anda dan baca.

     Saya Ny. Felicia, saya telah menikah dengan suami saya selama 8 tahun dan kami memiliki seorang putra berusia 4 tahun. Pernikahan saya sangat indah dengan suami saya karena kami begitu saling mencintai sampai suami saya berubah secara otomatis ke arah saya dan putra saya. Dia mulai tidur larut malam dan berhenti merawatku dan putra kami
Beberapa kali saya bertanya apa masalahnya tapi dia tidak pernah punya alasan untuk kelakuan salahnya terhadap saya dan putra kami. Dia terus mengatakan kepada saya bahwa kepalanya berat dan dia lelah dengan pernikahan kami. Dia mengatakan dia ingin bercerai. Saya memohon beberapa kali dan mengingatkannya tentang kehidupan lampau kami yang indah, tetapi dia tidak pernah mendengarkan saya ataupun tangisan putra kami. Suatu hari seorang teman saya datang ke kota kemudian saya menceritakan kepadanya tentang situasi saya. Dia menghubungkan saya dengan seorang pria hebat yang disebut Dr Okosu. Dia mengatakan kepada saya bahwa pria ini telah membantunya mendapatkan mantannya kembali dan mendapatkan pekerjaan yang baik juga. Dia menyarankan saya untuk memberikan dia pengadilan. Saya menghubungi orang ini melalui emailnya: drokosu01@gmail.com
Dia mengatakan kepada saya bahwa sahabat saya adalah penyebab masalah saya. Bahwa sahabat saya menggunakan pesona cinta pada suami saya untuk menghancurkan perkawinan saya. Ohh ini membuat saya benar-benar bingung tetapi bersyukur kepada Tuhan bahwa Dr Okosu mampu mematahkan pesona dan dalam 2 hari suami saya kembali ke rumah dan memulihkan dirinya sendiri dia menunjukkan betapa dia mencintaiku seperti yang dia gunakan. Semuanya bekerja dengan sempurna dan kita semua hidup sekarang sebagai satu keluarga bahagia. Beberapa hari kemudian teman saya juga datang kepada saya untuk mengkonfirmasikan perbuatan jahatnya dan memohon pengampunan saya. Dr Okosu memintaku untuk memaafkannya dan aku melakukannya.

Saya akan terus berbicara tentang perbuatan baik Anda, Man Dr Okosu yang hebat. Dan semoga Tuhan Yang Maha Kuasa terus menggunakan Anda untuk membantu orang lain di dunia ini.

Tolong orang saya tidak menderita dalam diam, Anda juga dapat mencoba pria ini saya percaya itu akan bekerja untuk Anda seperti itu berhasil bagi saya. Ini adalah emailnya: drokosu01@gmail.com atau whatsaap +2348119663571

Dr Okosu juga bagus untuk solusi pada banyak masalah lainnya

(1) Apakah menginginkan mantan Anda kembali.
(2) Apakah Anda ingin menjadi kaya
(3) Anda ingin menemukan cinta sejati
(4) Menginginkan seorang anak.
(5) Anda ingin beruntung dalam semua yang Anda lakukan
(6) Apakah Anda ingin mendapatkan uang Anda yang hilang kembali atau mendapatkan pembayaran Anda.
(7) membutuhkan bantuan keuangan.
(8) Apakah Anda ingin mengendalikan pernikahan Anda
(9) Obat untuk penyakit apa saja.
    
Hubungi DR Okosu hari ini dan saya yakin Anda tidak akan menyesal. Email: drokosu01@gmail.com

Unknown said...

MEMAKANKAN BAGAIMANA MENDAPATKAN SUAMI EX ATAU KEMAHIRAN EKAT? RAHARI LEBIH LANJUT DI SINI ADALAH PELUANG ANDA ANDA EMAIL YAKAYATEMPLE@GMAIL.COM ATAU PANGGIL +2347050270227 Saya GOT MINYAK DENGAN SPELL LOVE SANGAT KUASA.

Pregnancy said...

Adakah anda sangat tertanya-tanya, "Bagaimana untuk mendapatkan kembali suami saya?" selepas banyak masa berlalu tanpa suami anda kembali kepada anda? Sekarang anda terjebak dalam keadaan yang sangat terdesak, kerana minda anda terasa lelah, sementara tubuh anda sanggup pergi sejauh mana untuk mendapatkan kembali suami anda mengapa tidak menghubungi ejaan Dr.Yakaya yang e-melnya: Yakayatemple@gmail.com atau tambah dia di WhatsApp +2347050270227 dan dapatkan suami anda kembali dalam masa 24 jam

Unknown said...

jatuh ke talak bila suami cakap aku tanak kau lagi bila kau dh bersama ngn lelaki lain ..

Unknown said...

Sye nak tanye ,jatuh ke tidak talak kalau suami sye kate . .lepas besalin aku lepas kamu,bleh bgi jwapan

Unknown said...

Nak tanya. Apa hukum jika suami berkata dengan adik beradiknya berbunyi seprti ini ' AKU MANA ADA BINI ' . . mohon pencerahan.

Unknown said...

Adakah jatuh talak seandainya seorg suami berkata kepada kekasihnya seperti "sy akan bernikah dgn awak dn akn tgglkn isteri sy" adakah jatuh talak sebegitu..

Unknown said...

adakah jatuh talak ke atas sy bila suami sy ckp "kalau nak blik umah mak awk kemasla kain baju.sy hantar awk"
"kalau dh bosan sgt pergilah duduk rumah mak awk" tlg beri pencerahan.terima kasih

Lela said...

Adakah jatuh talak 3 sekiranya suami menyatakan aku bgi talak 3 dengan kau Dan kau boleh balik keluarga mak bapa ..Dan bila ditanya dia kata Tak ingat

Eliza said...

Nama saya maltida, saya berasal dari bahasa Melayu, saya telah hidup saya dalam kekalahan dan kesakitan. Saya berjumpa dengan lelaki ini (greatlapola67@gmail.com) di laman web yang bercakap tentang rehat jantung, saya melihat banyak kesaksian tentang bagaimana dia sembuh .so ramai orang dari kesakitan. Saya mengambil e-melnya, menulis e-melnya dan menghubunginya dan memberitahunya masalah saya yang dia kata fikiran saya harus selamat, saya berada di tempat yang betul jadi saya mempercayai dia dan Iwastoldby (greatlapola67@gmail.com) bahawa beban saya akan ditarik balik dari saya dalam masa 24 jam jika saya hanya mematuhi apa yang saya telah diberitahu. Saya melakukan seperti yang diarahkan untuk dilakukan. selepas semua dan semua saya menunggu kemudian hari berikutnya wokeup saya merasa bebas dan hidup semua yang saya lakukan pada keesokan harinya ternyata sangat mengagumkan, saya mempunyai pekerjaan yang lebih baik, saya perlu berkawan dengan seorang lelaki yang hebat di sisi saya, kami telah berkahwin dan kami sangat gembira bersama-sama, soI'mgrateful to know you tuan.Anda juga boleh menghubungi beliau seperti berikut: (Greatlapola67@gmail.com) atau anda boleh menghubunginya secara peribadi di nombor telefon bimbitnya: +2349034970099

Unknown said...

Assalamualaikum sy nok Tye Klu suami sy Kate menyamerkan bekas isteri dulu dgn isteri sekarang hukum bercerai ke ?sy ingin tahu jawapan

Unknown said...

Adalah jatuh talk kalau suami cakap mcm Ni

"Buat la apa yg patut..sy blik nti sy tandatangan,nnti Moto tu hntr dekat dyg(adik dia) sbb Sy x mhu byr da Moto tu"

Unknown said...

Adakah talak jatuh , bila suami berkata tawar hati kepada isteri? Mohon penjelasan kadar segeran

Unknown said...

Adakah jatuh talak jika suami berkata Sekarang aku boleh bagi awak bebas kepada isteri?mohon pencerahan.terima kasih