SAHABAT SAHABAT MAYA

Wednesday, February 17, 2010

WALIMAH ADIK LELAKI

Assalamualaikum.Apa khabar pembaca semua.Harap semuanya sihat dan dilindungi Allah S.W.T.Cuti Hari Raya Cina tempoh hari saya pulang ke kampung halaman membuat persediaan kahwin adik lelaki saya.Saya ambil cuti 2 hari.Memandangkan saya anak perempuan sulong,maka tanggungjawab untuk menolong ibu adalah amat berat.Ini adalah walimah pertama keluarga selepas ketiadaan arwah ayahanda tercinta.Semua adik beradik turun padang untuk menjayakan majlis ini.Saya dan suami mengambil tugas menyiapkan bilik pengantin.Hantaran pula dah lama saya buat cuma touch up ckit aje.

Hantaran serba hijau.Yang ni saya gubah bakul jer.Susun atur buah-buahan dibuat oleh saudara ibu.Buah buahan kelihatan berkilat sebab letak minyak.
Meja pengantin yang tidak dirancang...dibuat dalam rumah
Bilik pengantin yang simple..


Alhamdulillah perkahwinan yang sederhana tetapi meriah ini berjalan lancar dan tetamu yang datang meraikan alhamdulillah ramainya sampaikan saya tak sempat makan tengah hari.Hadiah juga banyak mungkin sebab kami kenduri tak amik duit...Itu memang tradisi arwah ayah.Gambar dan video tak banyak dapat ambil sebab sibuk melayan tetamu.Saya dalam dilema antara nak tangkap gambar pengantin dan melayan tetamu.Akhirnya melayan tetamu diutamakan dahulu.Gambar lepas ni boleh ambil walaupun pengantin pun sebenarnya dah tak larat.So,ckit jer gambar yang ada.Disini saya upload gambar hantaran yang saya buat.Bertemakan hijau.Dulu saya memang tak pandai buat benda ni semua.Tapi apabila saya fikir kreativiti ini sebenarnya boleh dilatih .Yang penting berani mencuba . So why not saya cuba.Kalau cantik alhamdulillah, tak cantik pun tak apa sebab hiasan hantaran ni hanya adat jer .Bila dah cuba jadi macam addicted pula.


Untuk tetamu yang hadir pula,saya cadangkan bagi doorgift yang orang sayang nak buang dan bermanfaat.So kami bagi Surah Yasin dan coklat.Bunga telur memang tak der.Setiap kali nak beli bunga telur,saya selalu terfikir alangkah baiknya kalau dapat beli Yasin daripada bunga telur.Lagi pun saya lihat ramai yang buang bunga telur ni...Siapa nak cuba boleh tiru idea ni.Nak tempah pun boleh....He... he....

Bagi saya, biarlah perbelanjaan yang kita spent tidak membazir dan boleh diguna semula selepas kahwin.Matlamat majis perkahwinan bukannya untuk bermegah -megah dan menunjuk-nunjuk. Jangan sampai mengikut adat atau fikir apa orang akan kata sampaikan melanggar syariat agama kita.






Door gift untuk keluarga pengantin perempuan.

Deretan door gift untuk tetamu yang hadir
Sticker yang dilekatkan dalam buku Yasin..guna photoshop


Dibawah ini pula koleksi bakul yang saya buat untuk letak doorgift.Gubahan bunga panjang tu pula first time buat.Sebab tu nampak agak pelik.

Bakul untuk letak kotak coklat
Koleksi bunga hijau untuk hiasan.Jambangan dua di depan tu saya tempah.
Hantaran daripada pihak wanita .Paling saya suka kolar baju kemeja yang diikat dengan riben.

No comments: