SAHABAT SAHABAT MAYA

Monday, October 27, 2008

KEHILANGAN ORANG TERSAYANG

Assalamuailakum semua.@kakros01

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.Saya juga memohon maaf kerana sudah lama tidak update blog ini iaitu semenjak ketibaan Ramadhan.Alhamdulillah sejak kebelakangan ini saya diberi sedikit kelapangan.Alhamdulillah.

Actually seminggu sebelum hari raya saya telah kehilangan
orang yang disayangi iaitu bapa mertua Hj Hasaan Bin Said.Beliau meninggal semasa kami dalam perjalanan untuk balik ke kampung untuk berbuka puasa dengan beliau.Tetapi Allah lebih menyayanginya.Lebih kurang jam 4 petang beliau menghembuskan nafas yang terakhir di rumah.

Ini bermakna pada tahun ini ,saya telah kehilangan 2 lelaki yang amat penting dalam hidup saya iaitu pada 4 Mac 2008 ayahanda tersayang,Hj Ab Rahman Bin Ahmed telah kembali ke rahmatullah setelah di masukkan ke dalam CCU selama lebih kurang 2 minggu.@sad

Semoga pembaca blog ini dapat menghadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada mereka dan semoga ruh mereka dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.Amin Ya Rabbal Alamin.

Saya juga mendapat respon daripada seorang pengunjung blog ini mengenai layout blog ini yang susah dibaca.Jadi , insyaallah blog saya ini akan buat sedikit pengubahsuaian dan mungkin mengalami keadaan susun atur yang tidak teratur.Harap maklum.

No comments: