SAHABAT SAHABAT MAYA

Showing posts with label hukum. Show all posts
Showing posts with label hukum. Show all posts

Thursday, May 21, 2009

JAMAL ABDILLAH MELAKUKAN HUBUNGAN KELAMIN SELEPAS BERCERAI?


Asslamualaikum..

Nampaknya lama sungguh saya tak update blog.Namun terima kasih kepada kalian yang sudi berkunjung ke blog yang entah apa-apa ini.Disamping ketidakcukupan masa,saya kekadang datang perasan malas untuk update blog ini.Barulah saya tahu bukan senang nak jadi blogger yg baik terutamanya bagi wanita yang dah berkahwin.Pada kali ini saya ingin membuat posting mengenai kes Jamal Abdillah yang melakukan hubungan kelamin selepas bercerai.Bukan saya nak highlight kes artis bercerai tetapi saya terdengar kenyataan yang juga berbentuk soalan kepada seorang kerani merangkap imam di kampung yang berbunyi lebih kurang "Depa ni berzina ka?
Imam ini pun menerangkan mengenai kedudukan kes tersebut.Disini saya bawakan beberapa hujah ulamak yang saya dapat dari laman ynag diakui kesohihannya.Ada juga laman yang tak pasti hukum rujuk ni pun buat posting pasal kes ini siap suruh rejam lagi...BERANI SUNGGUH MEREKA INI.Hukum Allah tak tahu jangan hurai.Sekarang ini dunia memang sudah akhir zaman sebab ramai orang yang bukan ahli dalam ilmu agama bercakap dan memberi pandangan dengan beraninya.
Sebenarnya saya bukanlah pakar untuk menjatuhkan hukuman terhadap Jamal atau sesiapa kerana kes ini ditentukan oleh mahkamah. Dan diingatkan juga perkara yang saya nak sentuh ini bukan hukum yang berkaitan dengan Jamal secara total.Harap pembaca memahami ye.. Cuma saya nak bawakan beberapa perkara mengenai "rujuk".Mungkin dengan kefahaman ini boleh mengelakkan kita senang-senang menuduh orang lain "BERZINA"


Meh kita tngok ckit apa yan dikatakan rujuk.



Maksud Rujuk

Rujuk dan segi bahasa kembali atau pulang. Dari segi istilah hukum syarak rujuk bermaksud mengembalikan perempuan kepada nikah selepas perceraian kurang daripada tiga kali dalam masa idah dengan syarat-syarat tertentu.

Seorang suami yang hendak merujuk isterinya tidak perlu mendapatkan persetujuan kepada bekas isteri terlebih dahulu.Seorang suami yang telah menceraikan isterinya dengan talak satu atau dua, harus baginya untuk rujuk kembali kepada isterinya selama isteri itu masih dalam iddah kerana rujuk adalah hak suami, bukan hak isteri.


Hukum Rujuk

1. Wajib — Suami yang menceraikan salah seorang daripada isteri-isterinya dan dia belum menyempurnakan pembahagian giliran terhadap isteri yang diceraikan itu.

2. Haram — Apabila rujuk itu menjadi sebab mendatangkan kemudaratan kepada isteri tersebut.

3. Makruh — Apabila perceraian itu lebih baik diteruskan daripada rujuk.

4. Harus — Jika membawa kebahagiaan kepada ahli keluanga kedua-dua belah pihak.

5. Sunat — Sekiranya mendatangkan kebaikan.

Suami boleh merujuk isteri yang ditalakkannya dengan syarat-syarat berikut:

(a) belum habis idah.

(b) isteri tidak diceraikan dengan talak tiga.

(c) talak itu setelah persetubuhan.


Rukun Rujuk :

(1) Suami yang merujuk.


Syarat-syarat suami sah merujuk:

(a) Berakal.
(b) Baligh.
(c) Dengan kemahuan sendiri.
(d) Tidak dipaksa — tidak sah rujuk suami yang murtad.

(b) Isteri yang dirujuk.


Syarat isteri yang sah dirujuk:

(a) Telah disetubuhi.
(b) Bercerai dengan talak, bukan dengan fasakh.
(c) Tidak bercerai dengan khuluk — tidak sah dirujuk isteri yang bercerai dengan khuluk.
(d) belum dijatuhkan talak tiga


(c) Ucapan yang menyatakan rujuk.


Syarat-syarat lafaz:
(a) Lafaz yang menunjukkan maksud rujuk, misalnya kata suami “aku rujuk engkau” atau “aku kembalikan engkau kepada nikahku”.

(b) Tidak bertaklik — tidak sah rujuk dengan lafaz yang bertaklik, misalnya kata suami “aku rujuk engkau jika engkau mahu”. Rujuk itu tidak sah walaupun isteri mengatakan mahu.

(c) Tidak terbatas waktu — seperti kata suami “aku rujuk engkau selama sebulan”.

# Isteri yang telah habis tempoh iddahnya atau diceraikan dengan Talak Bain termasuklah Talak Tiga tidak boleh dirujuk semula. Sekiranya ingin bersatu semula hendaklah dengan akad yang baru.


Tambahan

Jumhur ulama berpendapat rujuk boleh dilakukan menerusi perkataan atau perbuatan.Rujuk boleh berlaku dalam berbagai cara samada secara lafaz terangan, atau kinayah (sindiran) atau melalui perbuatan seperti melakukan persetubuhan semasa dalam edah.
Ia bermakna bahawa sekiranya suami melafazkan rujuk ke atas isteri dalam tempoh edah , maka perceraian terbatal dan kedua belah pihak boleh hidup kembali sebagai suami isteri.

Tetapi sekiranya tiada lafaz yang dibuat suami, tetapi isteri dan suami sudah melakukan persetubuhan dalam tempoh edah itu maka mengikut pandangan kebanyakan ulama adalah sah rujuk itu menerusi perbuatan (persetubuhan) itu. Walaupun demikian Mazhab Shafie tidak mengiktiraf rujuk menerusi perbuatan ini.Sekalipun di Malaysia mengikuti Mazhab Syafi'e, dalam kes-kes tertentu pandangan mazhab 4 selain Syafi'e boleh diambil kira.

Semoga kita mengambil iktibar dari kes ini dan dapat memantapkan ilmu agama agar kehidupan di dunia mengikut lunas-lunas Islam.

Wallahua'lam

Tuesday, February 24, 2009

SEJARAH DAN HUKUM SAMBUT VALENTINE?




Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.

Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.


Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.

Sejarah Sambutan Hari Valentine

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.

- Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

- Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.
Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

- Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

- Pendapat keempat. Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.
Hukum sambut Valentine

Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)

Thursday, December 18, 2008

MUSLIM CELEBRATING CHRISTMAS
















Question:

Can a Muslim celebrate Christmas? Is there any scholar who tells that it is Haraam to celebrate? If so who? Is there any Fatwa about celebrating Christmas? Is it written in the holy Qur'an about Christmas? Is it allowed for us as Muslims to congratulate Christians in their Eeds (i.e. Merry Christmas, etc.)?



Fatwa:

All perfect praise be to Allaah, The Lord of the Worlds. I testify that there is none worthy of worship except Allaah, and that Muhammad is His slave and Messenger.

A Muslim should be thankful to Allaah for His great blessings upon him as He is Who guided him to the right path. So he should keep on supplicating Allaah to make him steadfast on this path which is the path of blessed people and to keep him away from the path of those who deserve His anger and of those who went astray.

We the Muslims are proud of our religion that was revealed to us by Allaah and are thankful that Allaah has chosen us for his religion. Allaah says (what means): {… This day, I have perfected your religion for you, completed My favour upon you, and have chosen for you Islam as your religion. …} [Qur'an 5:3].

The non Muslims' celebrations such as the second millennium, Christmas Day, etc. are among the falsehoods that a Muslim should avoid. Allaah says (what means): {And those who do not bear witness to falsehood, and if they pass by some evil play or evil talk, they pass by it with dignity.} [Qur'an 25:72]. Many scholars of Qur'an like Ibn Seereen and Mujaahid may Allaah have mercy upon them interpret "falsehood" as the festivals of the disbelievers.

However, participating in the festivals of non-Muslims is a kind of cooperation in the disobedience of Allaah. Allaah says (what means): {…Help you one another in Al-Birr and At-Taqwa (virtue, righteousness and piety); but do not help one another in sin and transgression….} [Qur'an 5:2]. A person came to the Prophet sallallaahu `alayhi wa sallam ( may Allaah exalt his mention ) and said: "I have taken a vow to sacrifice a camel at Buwaanah. The Prophet sallallaahu `alayhi wa sallam ( may Allaah exalt his mention ) asked: “Did the place contain any idol worshipped in pre-Islamic times? They (the people) said: “No”. He asked: “Was any pre-Islamic festival observed there?” They replied: “No”. The Prophet sallallaahu `alayhi wa sallam ( may Allaah exalt his mention ) said: “Fulfil your vow, for a vow to do an act of disobedience to Allaah must not be fulfilled, neither must one do something over which a human being has no control.”

No doubt celebrating such feasts is actually imitating disbelievers. The companion of the Prophet Abdullaah Ibn Amr Ibn al-'Aas may Allaah be pleased with him said: "Whoever celebrates the Persian New Year's Day or their carnival and imitates them till his death he will be resurrected with them on the Day of Judgment." The Prophet sallallaahu `alayhi wa sallam ( may Allaah exalt his mention ) said: "Whoever imitates a nation is but one of them." [Abu Daawood]

Many times Allaah has mentioned the details of the birth of 'Eesaa (Jesus) may Allaah exalt his mention in the Qur'an but He did not mention any celebration to be done on this occasion. Therefore, a Muslim is neither allowed to celebrate the Christmas Day nor is he allowed to congratulate them. A Muslim celebrates only the Islamic Eed days. Anas may Allaah be pleased with him reported: "The Prophet sallallaahu `alayhi wa sallam ( may Allaah exalt his mention ) came to Madeenah while they had two days they celebrated. The Prophet sallallaahu `alayhi wa sallam ( may Allaah exalt his mention ) asked, "What are these two days?" They said, 'These are two days we used to celebrate in our pre Islamic era. The Prophet sallallaahu `alayhi wa sallam ( may Allaah exalt his mention ) said: "Allaah has replaced them with two better days: 'Eed Al-Adh-haa and 'Eed Al- Fitr." [Ahmad and At-Tirmithi]

Moreover, no Muslim is allowed to congratulate non-Muslims on their festival celebrations. Imaam Ibn Al-Qayyim may Allaah have mercy upon him reported the consensus of all scholars that greeting non-Muslims on their religious occasions is forbidden. He may Allaah have mercy upon him said: “As for congratulating the disbelievers for their rituals, it is forbidden according to the agreement of all scholars- like: congratulating them for their feasts and fast by expressing good wishes: happy feast or enjoy your feast… etc. If the Muslim who says this does not become a disbeliever himself, he, at least, commits a sin as this is the same as congratulating him for his belief in the trinity, which is a greater sin and much more disliked by Almighty Allaah than congratulating him for drinking alcohol or killing a soul or committing fornication or adultery…etc.”

In a word, congratulating non Muslims for their feasts is synonymous of accepting their wrongdoing and disbelief in Allaah. Is there a greater disbelief than attributing a son to Allaah or saying that 'Eesaa (Jesus) may Allaah exalt his mention is Allaah or that Allaah is the third of three "gods"? So, any Muslim who congratulates a person for a sin, an innovation or an act of disbelief has exposed himself to the hatred and anger of Almighty Allaah.

Finally, if the non Muslims congratulate us for our feasts, we do not congratulate them for their feasts as we are on the right path and they are not. Allaah says (what means): {And whoever seeks a religion other than Islam, it will never be accepted of him and in the Hereafter he will be one of the losers.} [Qur'an 2:85]

Allaah Knows best.

Fatwa answered by: The Fatwa Center at Islamweb




Sunday, November 16, 2008

ADAKAH PEREMPUAN PERLU BERKHATAN?

Assalamalaikum.
Baru-baru saya telah bersembang dengan seorang rakan saya mengenai segelintir sikap pelajar Melayu yang agak gatal (maaf terpaksa guna perkataan ini tapi ini hakikatnya).Beliau turut compare dengan remaja Cina .Contohnya.Mereka kalau belajar memang belajar betul-betul dan kalau bercinta pun taklah kita nampak sangat .Tetapi kalau pelajar kita terutamanya yg nafsu kearah itu maka masa belajar inilah nak cari girlfriend atau boyfriend atau bahasa utaranya "marka".Trend pelajar perempuan yang mengorat pelajar lelaki sudah menjadi perkara biasa.Kekadang saya tengok pun gerun kerana solah-olah hidup mereka hanya untuk nafsu semata-mata.Maruah diri ke agama tolak ketepi.


Antara yang kami bincang ada juga yang menyentuh pasal remaja perempuan yang mungkin tidak bersunat.Sebab itulah ada tengok lelaki macam tengok apa sampaikan ada guru lelaki bujang di sekolah saya memberitahu beliau ada kalanya tidak selesa apabila dipandang pada tempat yg sepatutnya.
Namun begitu rakan saya ini tidak setuju mengenai pendapat perempuan perlu bersunat kerana beliau memakai pendapat Mufti Perlis ,Ustaz Asri.(Actually saya tak baca lagi pendapat beliau)
Saya hanya menyatakan pendapat saya dan tidak mahu memanjangkan isu ini walaupun kami berlainan pendapat.Lagipun kami hanya bersembang biasa sahaja dan saya juga tidak mahu mewujudkan suasana tegang apabila ada pertelingkahan pendapat.

Pada bulan Ramadhan yang lalu saya telah berpeluang mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Dr Jamnur ketika menunaikan solat terawih di masjid Behor Empiang..Beliau menyatakan bahawa perempuan perlu berkhatan untuk mengurangkan nafsu mereka yang terlalu kuat sehinggakan ada yang tidak boleh mengawal diri.Beliau juga menyatakan bahawa antara faktor perempuan Barat bergaul bebas dan mengamalkan seks bebas kerana mereka tidak berkhatan .

Disini saya bawakan pandangan yang dibawa oleh beberapa pakar dalam bidang feqah.
1) Ustaz Zaharuddin.

Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah

خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب

Ertinya : Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ) Riwayat Muslim)


Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-

1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.

2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,

3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.

Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelai satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.

Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.

Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.

Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas meliaht hadith2 Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan .

:Kelentt wanita (yang dipotng sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.."

dan pelabagi lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. di akhirnya pakar perubatan ini berkata :

" Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah . Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita..Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepd manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya.

Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita2 arab kebanyakkan tidak berkhitan kecuali mesir dan sudan. Adapun negara arab di Teluk dan maghribi..tiada khatan bagai wnaitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.

Rasulullah Berkhatan

Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma'ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab.

Dan padangan bahawa Rasululllah SAW dilahirkan dalam keadaaan berkahatan adalah lemah, demiian juga pandangan yang menyatakan bahawa JIbrail as yang mengkhatankan baginda semasa membelah dada baginda SAW.

2) Pandangan Ustaz Adnan Fadzil

Berkhitan atau bersunat merupakan perkara yang disyari’atkan di dalam Islam. Sabda Rasulullah s.a.w.;

الْفِطْرَةُ خَمْسٌ -أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ- الْخِتَانُ، وَالاسْتِحْدَادُ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَنَتْفُ الإِبِطِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ
“Lima perkara yang merupakan fitrah; berkhitan (bersunat), mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menipiskan misai”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Namun para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;

Pertama; Menurut Imam Syafi’ie; hukum berkhitan (bersunat) adalah wajib ke atas lelaki dan juga perempuan.

Kedua; Mengikut Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Hasan al-Basri; berkhitan hukumnya sunat sahaja sama ada ke atas lelaki atau perempuan. Berdasarkan penjelasan Imam Nawawi; pandangan ini merupakan pandangan jumhur (majority) ulamak.

Ketiga; Imam Ahmad pula berpandangan; ia wajib ke atas lelaki sahaja. Adapun ke atas perempuan, ia digalakkan sahaja.

Rujukan;

1. Al-Fiqhul-Wadhih, Syeikh Dr. Muhammad Bakr Ismail, jil. 1, hlm. 128.
2. Nailul-Autar, asy-Syaukani, juz. 1, Kitab at-Toharah.
3. al-Khitan, Syeikh Jadul-Haq ‘Ali Jadul-Haq, hlm. 9-11.



3) Pandangan Prof Madya Dr Anisah Abd Ghani, Ketua Jabatan di Akademi Islam Universiti Malaya.

Bersunat disebut sebagai khitan dalam bahasa Arab bererti potong. Khitan juga bererti memotong qulfah iaitu kulit yang menutupi kepala zakar (Abdullah Nasih ‘Ulwan; Tarbiyatu al-Aulad 1/109). Kamus Dewan menyebut khatan, sunat, ertinya memotong kulub dan berkhatan, bersunat, bersuci, maknanya potong kulub orang Islam (Kamus Dewan 549). Khitan bagi wanita dinamakan khafd iaitu merendahkan (Ibnu al-Qayyim: Tuhfatu al-Maudud 106)kerana bahagian yang dipotong itu merendahkan hujung clitoris.

Menurut al-Mawardi, khitan bagi perempuan adalah memotong kulit pada atas faraj yang berbentuk seperti balung ayam (tiga segi) yakni clitoris. Bahagian yang wajib dipotong adalah kulit yang berlebihan di sebelah atas clitoris, tidak sampai ke pangkalnya (Ibnu al-Qayyim; op.cit 106)

Daripada pengertian syarak itu, dapat disimpulkan bahawa khitan bagi perempuan adalah dengan memotong sedikit saja daripada bahagian atas clitoris. Bahagian yang wajib dipotong adalah hujungnya yang menonjol tinggi daripada faraj, bukan memotong semua sekali.

Seperti amalan khitan di kalangan lelaki yang bermula pada zaman Nabi Ibrahim, amalan berkhatan bagi wanita juga berlaku pada zamannya. Isterinya, Sarah dikhatankan. Peristiwanya bermula apabila Hajar (salah seorang isteri Nabi Ibrahim) mengandung, Sarah berasa cemburu, lalu bersumpah untuk memotong tiga bahagian anggotanya sendiri. Nabi Ibrahim bimbang kalau-kalau Sarah akan memotong hidung dan telinganya.

Lalu Baginda menyuruhnya melubangkan kedua-dua telinganya dan berkhatan (Ibnu al-Qayyim; ibid 131). Setelah itu amalan khitan menjadi sunnah bagi wanita Islam.

Khitan diamalkan juga pada zaman Firaun yang mana didapati mumi perempuan Mesir purba mengamalkannya. Begitu juga di negara lain di Afrika seperti di Ethopia dan Sudan. Khitan seterusnya diamalkan di merata dunia termasuk Malaysia. Sesetengah mereka menganggap amalan ini sebagai adat. Sesetengah yang lain pula menganggapnya sebagai tuntutan agama.

Ulama berselisih pendapat mengenai hukum khitan bagi wanita. Ada yang berpendapat hukumnya wajib, ada yang mengatakan sunat. Ada pula yang berpendapat khitan adalah satu kemuliaan saja kepada kaum wanita.

# Imam al-Syafie dan satu riwayat daripada Imam Ahmad mewajibkan wanita berkhatan sama seperti lelaki (Ibnu Taimiyah; al-Fatawa al-Kubra 51-52). Pada mereka dirujukkan kepada hadis yang dijadikan hujjah bagi mewajibkan khitan ke atas lelaki.

Antara hadis itu adalah sabda Rasulullah SAW kepada seorang yang baru menganut Islam: “Cukurlah rambut ketika kafirmu dan berkhatanlah.”

Dalam riwayat lain yang disebut terdulu, Rasulullah bersabda: “Sesiapa (yang baru) memeluk Islam hendaklah dia dikhatankan meskipun sudah tua.” (Al-Syaukani;op.cit 1/136).

Kedua-dua hadis ini menunjukkan amalan khitan adalah wajib. Perintah wajib ini meliputi lelaki dan wanita. Ini didasarkan kepada keumuman daripada lafaz hadis berkenaan (al-Syaukani; ibid 1/134).

# Riwayat lain daripada Imam Ahmad pula menyatakan berkhatan wajib ke atas lelaki saja. Tidak diwajibkan ke atas perempuan. Ia adalah sunnah yang sangat dimuliakan. Pendapat ini menjadi pegangan jumhur ulama. Ia dirujukkan kepada hadis Rasulullah yang menyatakan khitan tidak wajib ke atas perempuan.

Antara lain Syadad bin Aus menyebutkan bahawa Rasulullah bersabda: “Khitan adalah sunnah untuk lelaki dan suatu penghormatan untuk wanita.” (Ahmad bin Hanbal; al-Musnad 6/433).

Ummu ‘Attiyah r.a. pula meriwayatkan bahawa Rasulullah memberitahu tukang khatan perempuan supaya jangan memotong terlalu dalam. Hal ini kerana yang demikian itu (memotong tidak terlalu dalam) adalah mahkota wanita dan sangat disukai oleh suami. (Abu Daud; al-Musnad 167).

Hadis di atas menunjukkan khitan bagi anak perempuan adalah sunat, bukan wajib. Khitan disyariatkan kepada lelaki dan perempuan sebagai satu perbezaan antara orang Islam dan kafir. Oleh kerana itulah orang yang baru memeluk Islam dikehendaki berkhatan, lelaki atau perempuan.

# Dr Yusuf Al Qaradhawi berpendapat persoalan khitan anak perempuan terserah kepada ibu bapa sama ada mahu melakukannya atau tidak. Bagi mereka yang beranggapan khitan anak perempuan ada kebaikannya, eloklah mengkhatankannya. Bagi mereka yang tidak mengkhatankannya pula, tidak berdosa kerana ada ulama yang berpendapat khitan bagi wanita hanya satu kemuliaan. Begitu pun, Dr Yusuf berpendapat mengkhatankan anak perempuan adalah lebih baik (Dr Yusuf Qaradhawi: al-Fatawa al-Mu’asirah 384).

# Imam al-Akbar Mahmud Syaltut berpendapat: Hukum khitan bagi lelaki dan perempuan bukan didasarkan kepada nas naqli, tetapi disandarkan kepada kaedah umum syariah iaitu ‘tidak harus menyeksa sesuatu yang hidup kecuali ada kemaslahatan’.

Khitan bagi lelaki ada maslahah yang perlu dijaga iaitu menghindarkan jangkitan kuman yang menyebabkan kanser zakar atau penyakit lain yang berbahaya. Tetapi, dalam persoalan khitan bagi kaum perempuan, tiada maslahah yang perlu dijaga.

Menurut beliau lemah atau kuat nafsu seseorang perempuan bergantung kepada pembinaan hormon dalam diri seseorang. Begitu juga berakhlak atau tidak seseorang bergantung kepada pendidikan agamanya, suasana masyarakat dan keprihatinan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak.

Lemah atau kuat nafsu seseorang perempuan tiada hubung kait dengan khitan.

Oleh itu khitan bagi perempuan bukan kerana tuntutan syarak, akhlak dan kesihatan. Ia didasarkan kepada persoalan fitrah manusia semata-mata (Muhammad Syaltut; al-Fatawa 333-334).

Penulis berpendapat walaupun ulama berselisih pendapat mengenai hukum khitan wanita, eloklah kita mengamalkan khitan walaupun ia bukan wajib atau sunat. Paling kurang ia adalah fitrah insaniah yang seiring dengan tabiat dan fitrah Islam.

Selain itu, ia masih sunnah yang diamalkan pada zaman Rasulullah. Baginda pernah mengajarkannya kepada wanita pada zamannya. Kalau kita tidak mengamalkannya bererti kita mengetepikan salah satu daripada amalan wanita zaman Rasulullah. Di samping itu, masih ada hadis yang menjelaskan bahawa khitan itu satu kemuliaan kepada wanita. Mungkin setakat ini kita belum pasti apa maslahatnya. Banyak ibadat lain yang dilakukan tanpa kita ketahui maslahat dan hikmatnya.

4) Pandangan Mohd Shukri Hanapi (Artikel dari Berita Harian)

Bagi kaum lelaki, khatan (atau dalam bahasa Arabnya disebut khitan) ialah amalan memotong qulfah (kulit yang menutupi kepala) zakar lelaki. Ia juga sering disebut ‘bersunat’.

Menurut pendapat kebanyakan ulama seperti al-Sya'bi, Rabi'ah, al-Azra'i, Yahya bin Sa'ad al-Ansari, Malik, al-Syafi'i dan Ahmad, amalan berkhatan adalah wajib bagi kaum lelaki.

Ada banyak hadis yang menunjukkan pensyariatan khatan. Antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah, katanya, bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Ada lima perkara yang dikategorikan sebagai fitrah (sifat semula jadi) seseorang manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Selain itu, diriwayatkan daripada Ammar Yasir, katanya, bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Antara fitrah ialah berkumur-kumur, membersihkan hidung dengan air, menggunting misai, bersiwak, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, memotong bulu kemaluan dan berkhatan." (Riwayat Ahmad).

Berdasarkan hadis di atas, Abdullah Nasih Ulwan (1990:113) menjelaskan, meskipun Rasulullah menyebut khatan bersama perkara sunat, namun tidak bermakna hukum berkhatan itu sunat.

Katanya, hadis di atas membicarakan dua perkara utama iaitu perkara wajib dan sunat.

Dalam hal ini, al-Khattabi pula berpendapat, meskipun khatan selalu disebut bersama dengan perkara sunat seperti mencukur bulu ketiak dan memotong kuku, kebanyakan ulama mengiranya sebagai wajib. Ia adalah syiar Islam dan pembeza antara Muslim dan kafir.

Sekiranya seorang yang berkhatan mati di kalangan sekumpulan manusia yang tidak berkhatan, maka hendaklah dia disembahyangkan dan dikuburkan di tanah perkuburan Islam. (Abdullah Nasih Ulwan, Tarbiyyah al-Awlad, 1990 jil.1, hal.112).

Kewajipan berkhatan juga berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada 'Utsaimin bin Kulaib bahawa Rasulullah bersabda kepada orang yang baru memeluk Islam yang bermaksud: "Bersihkanlah dirimu daripada rambut kufur dan berkhatanlah." (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

Selain itu, diriwayatkan daripada Ibnu Abbas, katanya: "Seseorang yang tidak berkhatan tidak diterima solatnya dan hasil penyembelihannya juga tidak boleh dimakan."

Maka, jelas bahawa khatan itu adalah fitrah manusia, syiar Islam dan ia wajib ke atas kaum lelaki. Oleh itu, sesiapa yang tidak menyegerakan khatan sejak mula memeluk Islam dan tidak melaksanakan juga hingga masa balighnya, maka dia dikira berdosa.

Kebanyakan ulama menyatakan bahawa khatan adalah wajib ketika seseorang anak itu sudah hampir baligh. Tidak berapa lama lagi anak itu akan menjadi mukallaf untuk mematuhi segala hukum syariat dan perintah Allah.

Tetapi masa yang paling afdal (baik) ialah pada hari pertama kelahiran. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Jabir, katanya, bahawa Rasulullah telah mengkhatankan al-Hasan dan al-Husin pada hari ketujuh (selepas kelahiran) mereka.

Setiap amalan yang disyariatkan oleh Allah tidaklah sia-sia, malah ada hikmah dan kelebihannya.

Justeru, amalan berkhatan ini mempunyai banyak faedahnya. Paling penting ialah faedah dari aspek kesihatan.

Menurut Dr Sobri al-Qubbani di dalam bukunya Hayatuna al-Jinsiyyah, antara faedah terpenting berkhatan ialah seseorang lelaki itu akan dapat menghindari daripada penyakit kulit yang disebabkan oleh peluh yang berkumpul dalam kulit qulfah itu.

Perkara ini telah dibuktikan oleh Dr Gerald Weiss, seorang pakar bedah. Beliau menegaskan tanpa khatan, bahagian di bawah kulit yang menutupi kepala zakar akan menjadi tempat takungan pelbagai jenis kuman dan ini meningkatkan risiko mendapat infeksi (cesspool of infection). Kadangkala keadaan ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Menurut Dr Sobri al-Qubbani lagi, berkhatan juga dapat menghindari daripada penyakit kanser. Hal ini dibuktikan oleh Dr Edgar J Schoen, seorang profesor Perubatan Kanak-Kanak di Universiti California di San Francisco. WebMD Medical News bertarikh 6 Mac 2000 melaporkan satu kajian yang beliau lakukan bersama rakannya mendapati daripada 89 kes kanser zakar, 87 daripadanya adalah dari kalangan lelaki yang tidak berkhatan.

Justeru, mereka merumuskan, khatan mencegah lelaki dari menghidap kanser zakar dan penemuan ini telah dimuatkan di dalam majalah Pediatrics. (Neil Osterweil, Experts Disagree on Whether Procedure Should Be Routine, WebMD Medical News, Lycos Health, 6 Mac 2000).

Seperti dijelaskan Dr Danial Zainal Abidin di dalam bukunya Perubatan Islam Kontemporari, ada banyak kajian yang menunjukkan khatan mencegah daripada pelbagai jenis penyakit. Antaranya:

l Risiko seseorang wanita menghidap barah pangkal rahim adalah tinggi jika pasangannya tidak berkhatan.

Satu kajian yang dilakukan di Lembah Kashmir pada 1993 menunjukkan, amalan berkhatan di tempat ini menyebabkan peratus barah pangkal rahim menjadi rendah berbanding kawasan lain di India.

Monday, November 3, 2008

APAKAH HUKUM MAKAN KATAK?


Disini saya yang serba kekurangan ilmu agama membawa beberapa artikel yang ditulis oleh beberapa penulis blog yang saya kira mempunyai ilmu fiqh yang tinggi bersama dengan dalil-dalilnya dan hujah-hujah para alim ulamak.
Antaranya:


1) Artikel Alexwathern



Saya bukanlah seorang ulama ataupun alim bidang fiqh. Lagipun fiqh bukanlah pengkhususan saya. Sungguhpun begitu, sefaham saya empat mazhab yang muktabar berpendapat:


MAZHAB SYAFIE
Umumnya berpendapat katak tidak boleh dimakan.


MAZHAB HANAFI
Umumnya berpendapat katak tidak harus dimakan


MAZHAB HANBALI
Umumnya berpendapat katak haram dimakan


MAZHAB MALIKI
Umumnya berpendapat katak HARUS dimakan


YANG TIDAK BERMAZHAB
Saya tidak/ belum tahu pendapat mereka


Kesimpulan kecilnya, saya melihat banyak ulama yang TIDAK MENGHARUSKAN memakan katak. Oleh kerana saya tidak mahir bidang fiqh dan dalam hal ini, saya rasa tidaklah menjadi kesalahan kalau ada umat Islam yang lebih senang mengikut pendapat mereka.


Kebetulan ada pula riwayat-riwayat yang melarang saja-saja membunuh katak seperti:


Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar dan Abdur Rahman bin Abdul Wahhab, mereka berdua telah berkata: telah memberitahu kepada kami Abu Aamir al-Aqdi telah memberitahu kepada kami Ibrahim bin al-Faqhl daripada Said bin al-Maqburi daripada Abu Hurairah katanya bahwa Rasulullah melarang daripada membunuh surah (sejenis burung), katak, semut dan belatuk.
( Ibnu Majah)


Telah memberitahu kepada kami Ubaidullah bin Abdul Majid telah memberitahu kepada kami Ibn Abu Zib dari Said bin Khali dal-Qarizi dari Said bin al-Musaiyyib dari Abdul Rahman bin Uthman bahwa Rasulullah telah melarang membunuh katak.
(an-Nasa’i)


Dalam sebuah hadis riwayat Imam Ahmad pernah seorang hendak menjadikan katak sebagai ubat tetapi ditegah oleh Rasulullah. Hadis ini disahihkan oleh Imam al-Hakim.


Sesetengah pihak mengatakan hadis-hadis ini dhaif, tetapi gabungan ketiga-tiganya menguatkan KETIDAKHARUSAN memakan katak. Maka dari segi MAKNANYA ia lebih MENGHAMPIRI hasan bukan dhaif.


Hadis-hadis yang menegah ADA walaupun dhaif tetapi hadis-hadis yang menyuruh ataupun mengharuskan makan katak- yang dhaif pun tidak ada. Mengapa kita lebih memilih yang “TIDAK ADA LANGSUNG” berbanding yang “ADA JUGA”?


Sefaham saya juga, tidak kurang para ulama yang tidak mengharuskan makan binatang dua alam (amfibia) kecuali yang tidak berdarah. Ketam tidak berdarah, boleh saja dimakan sungguhpun dua alam. Katak berdarah, dan binatang berdarah kena sembelih dulu sedangkan katak tidak ada leher, seperti babi yang tidak ada leher sungguhpun ia berdarah.


Pengharaman amfibia banyak disebut dalam kitab-kitab Mazhab Syafie dan diberitahu kepada saya ia ditekankan dalam kitab Nihayatul Muhtaj karangan Syeikh ar-Ramli. Wallahualam.


Jadi sebahagian ulama berasa cukup warak dengan mengatakan harus makan katak. Sementara para ulama yang lebih berhati-hati (dan begitulah sepatutnya sikap kita) dan mahu lebih warak tidak mengharuskannya.

2) Artikel Siti Nurhuda Sanusi

Mengenai hukum memakan katak, ulama’ berbeza pandangan:

 Haram
Bagi sebahagian ulamak seperti Imam Syafie, Imam Ahmad bin Hanbal dan Nawawi menyatakan bahawa katak adalah haram dimakan kerana Rasulullah telah menegaskan adalah haram membunuh katak dengan sengaja sama ada untuk tujuan perubatan atau dijadikan sumber makanan . Jumhur juga mengatakan bahawa katak haram dimakan.

Ia berdasarkan dalil:

Daripada Abdul-Rahman bin Othman al-Qurasyi r.a mengatakan bahawa seorang tabib bertanya Rasulullah tentang katak yang dia gunakan sebagai ubat. Lalu Rasulullah melarang daripada membunuh katak.
(diriwayatkan dalam musnad Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Nasai.)

Imam syafie dan para sahabatnya mengatakan: "Setiap haiwan yang dilarang dibunuh bermakna tidak boleh dimakan, kerana seandainya boleh dimakan, tentu tidak akan dilarang membunuhnya." (Lihat al-Majmu' (9/23) oleh Nawawi).

3)Artikel Abu Abbas

Dalam Islam, ada binatang yang diperintahkan dan dilarang dibunuh. Dan perintah itu berhubungan dengan kebolehan menyantap dagingnya.

Yang Dilarang dan Diperintahkan Dibunuh
Ada beberapa jenis binatang yang dilarang dalam Islam untuk dibunuh, seperti semut, lebah, burung Pelatuk (Hud-Hud), burung Shurad dan Katak. Sebagaimana dalam hadits dari Ibnu Abbas beliau berkata, yang artinya: “Sesungguhnya Nabi melarang membunuh empat hewan yaitu semut, lebah, burung Hud-Hud dan burung Shurad“ (HR: Ahmad dengan sanad yang shahih)

Dan Dari Abdurrahman bin Utsman bahwasanya seorang tabib bertanya kepada Nabi tentang katak yang dijadikan obat, lalu beliau melarang membunuhnya. (HR: Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah)

Demikian juga ada beberapa hewan yang diperintahkan dibunuh seperti Tikus, Ular, Kala jengking, Srigala, Rajawali, Gagak dan Cicak, sebagaimana ada dalam hadits, yang artinya: “Dari A’isyah beliau berkata, Rasululloh bersabda; Lima dari binatang semuanya jelek dan merusak dibunuh di luar tanah haram (tanah suci) dan di tanah suci, yaitu Gagak, Rajawali ,Kalajengking, Tikus, dan Srigala” (Muttafaqun ‘Alaihi)

Sesungguhnya nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, yang artinya: “Lima binatang jelek dan merusak, boleh dibunuh diluar tanah haram (tanah suci) dan di tanah suci, yaitu Ular, Gagak yang ada warna putih di perut atau punggung, Tikus, Srigala, dan Rajawali” (HR: Muslim)

Dari Ummu Syariek bahwa Rasululloh shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan membunuh Cicak. (HR: Al-Bukhari)

Dari A’isyah beliau berkata: “Sesungguhnya Rasululloh menceritakan kepada kami bahwa Nabi Ibrahim ketika dilemparkan kedalam api, tidak ada seekor hewan pun kecuali memadamkan api dari beliau kecuali Cicak. Reptil ini malah meniupkan api kepada beliau, sehingga Rasulullah memerintahkan untuk membunuhnya” (HR: Ahmad dan An-Nasa’i)

Hukum Makan Dagingnya
Para ulama berbeda pendapat tentang hukum memakan hewan-hewan tersebut yang terbagi dalam 2 pendapat, yaitu:

Pertama: Larangan dan perintah membunuh tersebut menunjukkan larangan memakannya.
Karena dengan perintah membunuhnya-padahal beliau melarang membunuh hewan yang halal tanpa tujuan untuk dimakan-menunjukkan pengharamannya. Dapat difahami bahwa semua yang diperbolehkan membunuhnya tanpa sembelihan syar’i adalah diharamkan mengonsumsinya, sebab bila diperbolehkan, tentulah Rasululloh shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak membolehkan membunuhnya. Berdasarkan hal ini, diharamkan memakan seluruh hewan yang ada perintah atau larangan membunuhnya. Imam Al-Khathabi ketika menjelaskan keharaman membunuh Katak (Kodok) menyatakan: “Dalam hadits ini ada penunjukkan pengharaman makan Katak dan ia tidak masuk dalam binatang air yang dihalalkan. Semua hewan yang tidak boleh dibunuh, alasannya karena salah satu dari dua hal yaitu kesucian pada dirinya, seperti Manusia. Yang kedua karena pengharaman dagingnya seperti burung Hud-Hud, Shurad, dan sejenisnya. Apabila Katak tidak diharamkan dengan alasan pertama, maka tentu larangan itu kembali ke sebab yang lain. Rasulullah melarang menyembelih hewan kecuali untuk dimakan”. (lihat kitab Aunul Ma’bud Syarah Sunan Abu Daud).

Di antara ulama sekarang yang menguatkankan pendapat ini adalah Syeikh Abdullah bin Abdurahman Ali Basam dalam kitab Taudhih Al-Ahkaam Syarah Bulugh Al-Maraam, beliau menyatakan: “Diantara ketentuan dan kaidah mengenal hewan dan burung yang haram dimakan dagingnya adalah perintah syariat untuk membunuhnya.”

Kedua: Perintah membunuh hewan atau larangan membunuhnya tidak mesti menunjukkan pengharamannya.
Kemungkinan Rasululloh shallallahu ‘alaihi wa sallam melarangnya karena hewan itu menyerang dan mengganggu manusia. Sebaliknya, beliau melarang membunuhnya karena hewan tersebut tidak mengganggu manusia. Di antara ulama yang menguatkan pendapat ini adalah Syeikh Shalih Al-Fauzan. Beliau menyatakan: “Yang kuat menurut saya adalah pendapat ini, karena pada asalnya penghalalan dan pengharaman hanya ada apabila ada dalil yang memindahkan dari hukum asal. Oleh sebab itu, yang tidak ada dalil shahih (yang memindahkan hukum tersebut), hukumnya adalah kehalalan jenis hewan ini (boleh dimakan). Sedangkan pendalilan tentang keharaman jenis hewan karena perintah membunuhnya, tidak menunjukkan pengharaman. Wallahu A’lam.”

Namun perlu diketahui bahwa di antara hewan-hewan yang disebutkan tadi, ada yang dilarang dengan sebab lain. Seperti binatang buas bertaring dan burung berkuku mencengkram seperti Srigala, Rajawali, Gagak, sehinga tidak dijadikan alasan penghalalannya. Demikianlah pendapat para ulama sekitar permasalahan ini, mudah-mudahan dapat menambah wawasan dan ilmu kita.

(Sumber Rujukan: kitab Aunul Ma’bud Syarah Sunan Abu Daud, Info Halal, Mukhtasar Sahih Muslim, Taudhih Al-Ahkaam Syarah Bulugh Al-Maraam)

Sunday, September 7, 2008

KEMUSYKILAN BERPUASA

1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.

Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)


2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.

Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.

Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.


3) Pil elak haid untuk puasa penuh :

Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa.


4) Penyembur gas untuk pesakit lelah :

Hukumnya : Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Tidak dinafikan ia satu isu yang amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.

Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Juali 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang.

Bagaimanapun para ulama masih bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)



5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:

Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.

Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercangah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).

Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.



6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.

Hukumnya : Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa dalah lebih baik.

Ia berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).


7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat :

Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramdhan. Pahala puasanya pula akan terhapus Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)


8) Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa

Hukumnya : Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.

Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-

كان رسول اللَّهِ يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ

Ertinya : "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya" (Riwayat Abu Daud, 2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)

Dan satu lagi adalah : -

فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام

Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba dating seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :-

"aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)

Al-Qaradawi pula menambah "berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya " (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )

Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari ramadhan.


9) Wanita tamat haid

Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar.

Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)

Dalilnya adalah :-

من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له

Ertinya : "Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya" ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )



10) Keluar air mazi

Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?

Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa.

Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai'e, Hasan albasri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.


11) Keluar air mani tanpa setubuh

Mencium dan menyentuh sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.

Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159)

Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.

Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan.

Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.


12) Menelan air liur

Hukum : Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159)


13 ) Mandi

Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh. Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa.


14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu.

Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.

Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Quddamah menolak pandagan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)


Sumber : UZAR

Monday, July 21, 2008

APAKAH TALAK KINAYAH

Talaq Kinayah adalah kata-kata yang dikatakan secara samar atau secara bermakna kepada perceraian. Cerai ini dikeluarkan tanpa menggunakan perkataan talaq, iaitu dengan menggunakan tanda-tanda atau menyentuhnya secara tidak langsung.

Sebagai contoh, apabila si suami mengatakan “keluar dari rumah aku,” atau “pergilah pulang ke keluarga kamu.” Dalam hal sebegini, si isteri haruslah minta penjelasan dengan suaminya adakah dia memaksudkan talaq atau tidak.



2. Apakah hukum jika pasangan masih tinggal serumah selepas bercerai nanti?

Pasangan yang sudah bercerai namun terpaksa tinggal sebumbung perlu menjaga batas-batas tertentu seperti aurat. Ini adalah kerana mereka bukan lagi dianggap sebagai suami dan isteri. Mereka tidak boleh lagi tidur sebilik. Sebaik sahaja salah seorang dari mereka mencari penginapan lain, maka ia harus melakukan demikian. Tinggal serumah bagi pasangan yang bercerai dan telah selesai waktu ruju', hanya dibenarkan syara' sekiranya tiada tempat berlindung yang lain atas dasar




3.

Apa hukumnya jika suami telah terlepas kata kepada isteri, "Kau bukan isteri aku!"?


Suami adalah ketua rumahtangga. Sebagai ketua dia perlu tunjukkan akhlak yang baik agar dijadikan contoh oleh ahli keluarganya, dan mendapat penghormatan yang sewajarnya. Tanggung-jawab sebagai suami adalah lebih berat dari isteri kerana dia perlu sentiasa memastikan agar dirinya menunjukkan contoh yang baik serta memimpin keluarganya ke arah redha Allah.

Kekata yang keluar seperti 'Kau bukan isteri aku.', tidak sewajarnya diucapkan oleh suami dalam keadaan marah sekalipun. Sebaliknya suami perlu memperbetulkan isterinya dengan hikmah, sepertimana isteri menegur suami yang silap dengan berhikmah juga.

Kekata demikian termasuk dalam kategori talak kinayah, atau talak sindiran. Jika si suami berniat untuk menceraikan isterinya ketika melafazkan kekata tersebut, maka gugur talak. Jika tidak, maka tidak gugur talak.




4. Apa hukumnya apabila si suami telah mengatakan yang isterinya adalah jandanya?

Jika si suami melafazkan demikian secara bermain dan tiada niat untuk menjatuhkan talak, maka pasangan tersebut masih kekal suami dan isteri. Tetapi jika suami tersebut berniat untuk menceraikan isterinya, maka jatuh talak satu. Si suami perlu rujuk kembali kepada isteri dan melaporkan kepada Mahkamah Syariah bahawa talak satu sudah jatuh.

Kekata 'janda' tidak seharusnya dijadikan bahan permainan kerana ia boleh menjadi doa, samada si suami nanti akan menceraikan isterinya atau si suami itu tidak lama lagi akan meninggalkan dunia ini.




5. Apakah hukum di sisi agama Islam apabila seorang suami meninggalkan isterinya lebih dari 3 bulan? Jika seorang suami berada di penjara, bagaimana pula hukumnya?

Suami yang meninggalkan isteri lebih dari 3 bulan beturut-turut tanpa nafkah dan sebab yang munasabah, maka Hakim di Mahkamah Syariah berhak untuk memisahkan antara suami dan isteri tersebut jika si isteri mengadu ke Mahkamah Syariah. Jika suami berada di penjara, maka itu merupakan satu sebab yang munasabah lebih-lebih lagi jika tempoh penjara itu terlalu lama sehingga isterinya mahu berpisah dengan suaminya itu, maka ia boleh mengadu di Mahkamah Syariah.




6.

Apakah hukum perbuatan "cina buta" selepas jatuhnya talak buat kali ketiga?


Apabila seseorang suami telah menceraikan isterinya buat kali ketiga, maka jatuhlah talak tiga. Selepas itu, pasangan tersebut tidak boleh rujuk kembali sampai bila-bila. Secara tidak langsung ia menunjukkan bahawa mereka tidak boleh dapat hidup bersama dengan aman damai.

Sekiranya mereka ingin kembali juga sebagai suami dan isteri, maka Islam meletakkan hukuman yang berat sebagai balasan terhadap perbuatan suka menjatuhkan talak, yang dibenci oleh Allah. Hukuman ini adalah, si wanita itu perlu berkahwin dengan seorang lelaki lain, dan melakukan hubungan jenis dengan suami baru itu. Kemudian, suami baru itu menceraikan wanita tersebut, dan selepas iddah, barulah suami yang asal boleh mengahwini kembali wanita tersebut. Jika wanita itu mengandung, suami asal perlu tunggu sehingga wanita itu melahirkan anak suami keduanya. Dan kemudian bertanggung-jawab terhadap pembesaran anak suami kedua itu. Namun, perkahwinan dan penceraian yang kedua ini mesti berlaku secara tabi'i dan bukan diatur semata-mata untuk menghalalkan wanita itu bagi suami pertamanya

Namun, secara psikologi, perbuatan ini dipandang hina oleh manusia yang bermaruah, tidak kita lelaki dan wanita. Oleh itu, perbuatan kahwin 'cina buta' seperti ini, yang bertujuan untuk menghalalkan wanita itu buat suami pertamanya adalah dilaknat dalam Islam.




7. Adakah talak jatuh jika suami melafazkannya ketika sedang mabuk?
Talak dianggap jatuh jika diucapkan ketika seseorang itu mabuk akibat minumam keras. Ini adalah sebagai hukuman baginya kerana melanggar perintah Allah. Namun, jika ia dalam keadaan mabuk akibat ubat yang perlu diambil, maka talaknya tidak dianggap jatuh.


8. Suami melafazkan cerai dalam keadaan marah, adakah talak telah jatuh?

Talak merupakan lafaz yang tidak boleh dipermainkan, walau dalam keadaan apapun. Suami telah diberi kuasa talak kerana sebagai lelaki mereka mesti mempunyai kekuatan emosi untuk tidak menggunakan lafaz dalam keadaan marah atau beremosi.

Memandangkan suami telah menggunakan lafaz talak dalam ucapannya, maka secara zahirnya telah jatuh talak satu, walaupun diucapkan dalam keadaan marah. Kerana dia sedar apa yang dia ucapkan, dan dia sememangnya berniatkan demikian ketika dia ucapkan lafaz tersebut, meskipun didorong oleh perasaan marah. Harus juga melaporkan perkara ini di Mahkamah Syariah.

Jika Mahkamah memutuskan talak tersebut, suami perlu merujuk isteri kembali jika ingin mengekalkan perhubungan suami isteri. Lafaz rujuk adalah "Saya rujuk anda kembali menjadi isteri saya." Lafaz rujuk ini perlu diucapkan secepat mungkin sebelum tamatnya tempoh iddah atau sebelum isteri melahirkan anak jika dia hamil. Dan selagi mana belum disebut lafaz rujuk tersebut, perhubungan pasangan tersebut adalah seperti lelaki dan wanita yang bukan mahram. Tidak boleh lihat aurat dan tidak boleh bersatu.

Jadikanlah perisitiwa ini sebagai pelajaran agar tidak lagi diucapkan lafaz talak dalam keadaan marah atau main-main. Sekiranya suami tersebut mengucapkan lagi lafaz tersebut, maka akan jatuh talak dua. Sekiranya diucapkan bagi kali ketiga maka jatuh talak tiga dan bercerailah anda berdua tanpa boleh merujuk kembali.




9. Jika suami melafazkan cerai/ talak kepada isterinya melalui sms, jatuhkah talak itu?

Apabila suami melafazkan ucapan "Aku lepaskan engkau" dan "Aku ceraikan engkau", samada secara lisan atau penulisan (termasuk surat, sms dsb), maka jatuhlah talak. Isteri perlu mengadu kepada Mahkamah Syariah untuk kepastian yang terakhir samada jatuh talak atau tidak. Dan sementara menunggu jawapan dari Mahkamah Syariah, adalah wajar bagi suami dan isteri tersebut berhenti dari sebarang perhubungan yang dihalalkan sebagai suami dan isteri, kerana mereka sudah dianggap sebagai tiada perhubungan pernikahan lagi.

Si suami boleh merujuk kembali isterinya dan mengambilnya kembali sebagai isterinya apabila dia lafazkan 'aku rujuk engkau kembali sebagai isteriku'. Tetapi lafaz ini perlu dilakukan sebelum 3 kali haid, atau 3 kali bersih selepas lafaz talak. Jika setelah rujuk, si suami lafazkan kembali lafaz cerai, maka jatuhlah talak dua. Jika dirujuk, kemudian dilafazkan lagi cerai, maka jatuhlah talak tiga, dan ketika itu, si suami tidak boleh rujuk kembali kepada isteri, walaupun untuk bernikah baru.




10.

Jika suami melafazkan kata-kata yang berbau cerai tetapi tidak menggunakan perkataan "cerai" atau "talak", adakah telah gugur talak?


Ada dua jenis talak: talak sarih, dan talak kinayah. Talak sarih adalah talak dimana lafaz cerai disebut dengan terang dan tanpa keraguan. Gugur talak apabila disebut lafaz talak sarih, seperti lafaz: Aku ceraikan engkau.

Talak kinayah adalah talak dimana lafaznya tidak terang, kerana ada sindiran pada lafaznya. Seperti lafaz: Pergi balik rumah ibu-bapa engkau!. Atau lafaz: Jangan balik di sini lagi!.

Lafaz seperti ini hanya dianggap sebagai talak jika si suami berniat demikian ketika melafazkannya. Jika tidak, maka itu hanya cakap-cakap biasa sahaja.




11.

Adakah ucapan kata untuk berpisah dengan isteri telah menjatuhkan talak?


Sekiranya ucapan tersebut terang dan nyata dan mempunyai lafaz 'talak' atau 'cerai', maka jatuhlah talak. Sekiranya ia berbentuk sindiran seperti 'awak baliklah ke rumah orang tua awak' atau 'keluar kau dari rumah ini' maka ia bergantung kepada niat suami. Jika niatnya untuk bercerai, maka jatuh talak. Jika tidak, maka tidak jatuh talak.

Sewajarnya anda melaporkan ini kepada Mahkamah Syariah untuk putuskan samada benar jatuh talak atau tidak.

Sayugia kami ingatkan bahawa perceraian bukan penyelesaian dan perceraian bukan satu perkara yang boleh disebut sewenang-wenangnya.




12. Suami telah melafazkan "aku ceraikan engkau" beberapa tahun yang lepas. Adakah ia perlukan saksi dan dia kata dia terpaksa kerana ingin menghentikan pergaduhan.

Lafaz cerai tidak memerlukan saksi. Ia tetap jatuh walaupun dilafazkan ketika dalam keadaan marah, mabuk kerana arak, atau kerana ingin menghentikan pergaduhan. Lafaz cerai hanya tdak dianggap jatuh jika dalam keadaan di mana nyawanya diancam jika tidak lafazkannya. Oleh itu, lafaz cerai suami anda dua tahun yang lepas dianggap sah, dan anda berdua bukan lagi dianggap sebagai suami dan isteri. Anda perlu laporkan ke pihak Mahkamah Syariah untuk membatalkan perkahwinan anda. Kemudian, jika anda berdua ingin hidup sebagai suami isteri sekali lagi, anda berdua perlu menjalani akad nikah yang baru, dengan sijil pernikahan yang baru dan mahar yang baru. Jika terhasil anak dalam masa dua tahun tersebut, anak itu dianggap sebagai anak syubhah. Ia tidak boleh dibinkan kepada suami anda, dan tidak boleh mewarisi harta suami anda. Para suami perlu sedar bahawa lafaz cerai bukanlah satu perkara yang boleh diucapkan sewenang-wenangnya.




13. Jika seorang suami enggan pulang ke rumah selepas pergaduhan, bolehkah isteri meminta cerai?
Adalah haram bagi suami untuk meninggalkan isteri tanpa apa-apa sebab yang munasabah yang boleh diterima Syari’ah. Walaubagaimanapun, meninggalkan isteri selama beberapa hari tidak menyebabkan cerai atau bukanlah alas an yang munasabah untuk meminta cerai. Jika suami telah meninggalkan isteri selama 4 bulan, maka ia telah menubuhkan sebab untuk cerai dan isteri boleh buat aduan ke Mahkamah Syari’ah.


14. Bolehkah seorang isteri meminta cerai walaupun suami enggan menceraikannya? Bolehkah mahr dipulangkan dalam keadaan ini?

Hak cerai atau talaq adalah ditangan suami. Isteri pula boleh membuat aduan ke Mahkamah Syariah jika berlaku sebab-sebab yang tertentu seperti suami tidak melaksanakan tanggungjawabnya.

Jika berlakunya cerai, dan suami tidak pernah bersetubuh dengannya, maka suami boleh menuntut kembali setengah dari mahr yang diberikan. Jika suami telah bersetubuh dengan isteri, maka dia tidak berhak untuk menuntut kembali mahr yang diberikan kerana ia adalah sebagai sejenis pampasan yang diberikan kepada wanita bagi memberikan tubuhnya kepada bakal suaminya di dalam sebuah perkahwinan.



15. Adakah seorang isteri mempunyai hak untuk tinggal di rumah walaupun dia telah dihalau keluar?
Seorang isteri mempunyai hak untuk tinggal di rumah walaupun telah dihalau keluar jika dia memiliki rumah tersebut atau memiliki sebahagian daripadanya. Jika rumah tersebut bukan miliknya, maka pemiliknya berhak untuk menghalaunya keluar. Jika dia dihalau keluar oleh suaminy sendiri, dengan niat menceraikannya, dia harus membuat aduan kepada Mahkamah Syari’ah. Jika tiada niat untuk cerai, kedua-dua mereka haruslah berusaha untuk memperbaiki hubungan mereka.


16.

Berapa lamakah tempoh iddah bagi wanita yang kematian suaminya?


Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 243: Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber'iddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis 'iddahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.

Iddah ini adalah untuk menunggu sehingga rahimnya betul-betul bersih dari benih bekas suaminya, selain dari untuk berkabung atas kematian suaminya itu. Dilarang untuk wanita iddah dari berhias dan keluar rumah tanpa hajat. Namun, jika wanita itu terpaksa keluar atas alasan kesihatan, maka ia dibenarkan keluar hanya setakat untuk tujuan tersebut sahaja.




17. Bolehkah seseorang itu masih berhubungan dengan bekas isteri atau suaminya?
Sebagai muslim kita perlu berlaku baik dengan sesiapa pun dan kita tidak dibenarkan merosakkan atau memutuskan hubungan. Begitu juga dalam perkahwinan, Islam tidak mengalakkan penceraian tetapi jika berlakunya penceraiaan tersebut bukan bererti bekas suami dan isteri itu menjadi musuh. Terutama sekali apabila pernikahan tersebut menghasilkan cahaya mata. Penceraian yang berlaku tidak menceraikan anak itu dari ibu ataupun ayahnya. Dari itu hubungan perlu ada dengan tujuan menjaga pembangunan dan perasaan anak-anak.

Walaubagaimanapun hubungan selepas penceraian perlu ada batasannya yang telah di tetapkan Islam. Ia sama seperti hubungan dengan orang yang bukan mahram dan perlu dijaga auratnya serta batasan pergaulannya agar tidak timbul fitnah dan sebaiknya dihadkan hubungan tersebut atas dasar penjagaan anak-anak kerana ia tetap merupakan tanggungjawab bersama.


Sumber asal :MUIS

Sunday, July 13, 2008

HUKUM KUNJUNGI KARNIVAL JOM HEBOH



Soalan

1. Suatu ketika dulu, ada mufti di negara kita menjelaskan bahawa menganjurkan acara Sure Heboh (sekarang Jom Heboh) adalah haram. Ia haram kerana acara tersebut telah menjadi medan untuk golongan remaja melakukan maksiat. Selain Sure Heboh, sebenarnya banyak lagi acara-acara seumpamanya yang demikian juga sifatnya, tetapi acara itu tidak heboh kerana tak masuk tv.


Walaupun demikian, ada kebaikan acara-acara seperti itu, misalnya kita boleh bawa ahli keluarga membeli belah dan mendapatkan pelbagai info dan perkhidmatan yang disediakan di situ. Sekiranya acara itu dihukumkan haram, adakah haram juga kita pergi ke situ, sedangkan tujuan kita untuk membeli barang-barang atau mendapatkan informasi yang ada? Sekian.


Jawapan :

Pada hemat saya, para mufti mengatakannya haram berdasarkan majlis pesta nyanyian yang dibuat di sebelah malamnya, ia mungkin kerana waktunya bermula sekitar jam 7 malam yang menyebabkan ramai yang menghadirinya tidak menunaikan solat Maghrib. Ia jelas tergolong dalam hadis sohih "Sempadan di antara seseorang itu Muslim dan (Syirik) Kafir adalah meninggalkan solat" (Muslim, Abu Daud)

Selain itu percampuran di antara lelaki dan perempuan yang tidak terkawal menjadikan ia pencetus kepada maksiat dan perzinaan selepas konsert. Ini jelas dari firman Allah yang menyebut : "Dan janganlah kamu mendekati zina" (Al-Isra' : 32) ; demikian juga hadis : "daripada seseorang lelaki itu bersibuk-sibuk (berhampir-hampir atau bersebelah) dengan wanita yang bukan mahramnya, lebih eloklah ia bersibuk-sibuk dengan seekor Babi yang bergelumang kotor dengan tanah" (Riwayat At-Tabrani), terdapat satu lagi hadith nabi yang beerti : "Hindarilah diri kamu dari keluar masuk dalam majlis wanita" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim).

Antaranya juga Nabi bersabda : " Mana-mana wanita yang membuka pakaiannya (auratnya) di tempat selian rumah suaminya, melainkan dia telah merempuh (melanggar) tabir dan batas yang ada antaranya dan Tuhannya" ( Riwayat Ahmad, Sohih : Albani, Ghayatul Maram, no 195). Banyak lagi hadis yang menerangkan adab lelaki dan wanita.

Tambahan dari itu, kehadiran di dalam majlis yang penuh maksiat itu akan membantu dan meingkatkan lagi semangat para ahli maksiat untuk menganjurkan lebih banyak program seperti ini. Ia dilarang menurut firman Allah : "dan janganlah kamu bantu membantu dalam perkara yang membawa dosa ..", demikian juga firman Allah : " Telah diturunkan kepada kamu al-Quran yang apabila kamu dapati ianya dipersendakan dan diengkari, maka janganlah kamu duduk dalam majlis itu sehinggalah mereka tidak lagi mempersendakan ayat Allah ( An-Nisa : 140)

Jelas, ayat di atas dan banyak lagi, melarang apa jua unsur yang dianggap membantu menaikkan lagi sesuatu maksiat. Maka, kehadiran ke majlis konsert itu sudah tentu bertentangan dengan larangan Allah di atas. Mungkin kerana sebab-sebab yang dinyatakan inilah, para Mufti memfatwakannya sebagai haram.

Adapun, hukum untuk seseorang menghadiri gerai-gerai yang disediakan bersama keluarga untuk membeli belah dan mendapatkan baranagan keperluan dengan harga murah. Ia tertakluk kepada :

a) Niat lawatan anda ; Sekiranya niat anada benar-nbenar hanya untuk membeli belah dan membawa anak-anak berjalan tanpa melibatkan diri dari yang haram. Maka hukum menjadi harus.

b) Keterlibatan dalam sebarang aktiviti maksiat yang ada di karnival itu atau meninggalkan kewajiiban sebagai Muslim. Seperti menghadiri konsert dan meninggalkan solat lima waktu kerana leka ber'shopping' atau tidak menutup aurat semasa berjalan dan yang sepertinya. Sekiranya anda hanya pergi mendapatkan barangan atau informasi sebenar (tidak termasuk informasi berkaitan perkara yang jelas haram, seperti informasi gosip dan mengumpat di kalnagn para artis) yang diperlukan kemudian terus balik. Saya kira tiada masalah yang besar tatkala itu.

Sumber:http://www.zaharuddin.net