Pada kesempatan ini saya menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung blog ini.Actually saya plan nak hantar awal tetapi komputer problem campur dengan sibuk buat kuih dan persiapan balik raya.My streamyx connection juga sangatlah damn slow sejak kebelakangan ini.TM should do something to upgrade their services.Lagipun every month ,we pay for it.Betul kan?
Salam semua.Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semuapembaca blog ini dan seluuh umat Islam. Selamat menjalani ibadah puasa dan perbanyakkan ibadah sunat di bulan yang diberkati ini. Semoga ibadah kita diterima dan diberkati Allah swt.
Sejarah Ramadhan
1. Ramadhan: ertinya panas terik 2. Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana) 3. Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan 4. Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala 5. Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan. 6. Dipilih untuk ibadat puasa 7. Dipilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)
Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan dinaungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur) 2) Bulan penuh keberkatan 3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan 4) Amal sunat sama dengan solat fardhu 5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda 6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga 7) Bulan menambah rezeki 8) Memberi buka banyak pahala 9) Bulan keampunan * doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. * juga doa pada sepertiga malam. 10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka. Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 2) Menempah pakaian untuk Ramadhan 3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan 4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam 5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat) 6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian) 7) Solat berjemaah setiap waktu 8) Solat jemaah di masjid/surau 9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek 10) Sahur diwaktu akhir 11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu 12) Mandi Janabat sebelum Imsak 13) Kurangkan tidur 14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh) 15) Tunaikan Solat Dhuha 16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor) 17) Tunaikan solat Rawatib 18) Jaga pacaindera 19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang 20) hadiri majlis ilmu 21) Buat baik pd ibubapa 22) Isteri hendaklah taat pd suami 23) Banyakkan bersedekah 24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api 25) Berbuka bersama org tua 26) Jemput tetamu berbuka 27) Kurangkan berat badan 28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja) 29) Baiki hubungan suami isteri 30) Baiki hubungan jiran 31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan 32) Elakkan berbelanja berlebihan 33) Kuatkan kesabaran 34) Banyakkan selawat,istighfar, bertasbih 35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar) 36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar 37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu 38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan 39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu 40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri 41) Mendoakan ibu bapa sama ada hidup atau yg meninggal dunia 42) Melazimkan solat waktu 43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar 44) Elakkan banyak berhutang 45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang 46) Tunaikan zakat fitrah
Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang * Baca ayat akhir surah Al Baqarah * Baca ayat Kursi * Baca surah Yaasin * Baca surah Al Zalazah * Baca surah Al Qafirun * Baca surah Al Ikhlas
3) Bagi orang yamg kuat dan cergas * Bangunkan isteri dan anak * Mandi * Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran
NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
* Tarikh turunnya Al Quran * Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik
Nik Nur Madihah bersama ibu bapanya Nik Mohd. Kamal Hussien dan Mariani Omar di rumah mereka di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu.UTUSAN
Menitis airmata saya membaca berita ini.Melihat sebutir permata dirumah usang ini .Betapa sabarnya beliau menghadapi kemiskinan dan kesusahan hidup.Berkat amal ibadat dan kesungguhan belajar serta didikan kedua ibu bapa dan guru -guru menjadikan beliau begitu istimewa.Ternyata hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.
Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.
Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.
Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan (Nama sebenar sekolah ini Maahad Muhammadi Lil Banat)ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang. Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.
Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.
Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun ini dalam kalendar islam iaitu 30 Zulhijjah 1428. Marilah bersama-sama menambah keimanan dan ketaqwaan terhadap yang maha pencipta, Allah ta’ala. Harapan semoga segala ibadah dan perbuatan di sepanjang tahun ini diberkati dan dirahmati. Marilah kita membaca “Doa Akhir Tahun” sebelum masuk waktu Maghrib hari ini dan Dan untuk menyambut tahun baru 1429 dengan membaca “Doa Awal Tahun”.