SAHABAT SAHABAT MAYA

Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Wednesday, February 17, 2010

WALIMAH ADIK LELAKI

Assalamualaikum.Apa khabar pembaca semua.Harap semuanya sihat dan dilindungi Allah S.W.T.Cuti Hari Raya Cina tempoh hari saya pulang ke kampung halaman membuat persediaan kahwin adik lelaki saya.Saya ambil cuti 2 hari.Memandangkan saya anak perempuan sulong,maka tanggungjawab untuk menolong ibu adalah amat berat.Ini adalah walimah pertama keluarga selepas ketiadaan arwah ayahanda tercinta.Semua adik beradik turun padang untuk menjayakan majlis ini.Saya dan suami mengambil tugas menyiapkan bilik pengantin.Hantaran pula dah lama saya buat cuma touch up ckit aje.

Hantaran serba hijau.Yang ni saya gubah bakul jer.Susun atur buah-buahan dibuat oleh saudara ibu.Buah buahan kelihatan berkilat sebab letak minyak.
Meja pengantin yang tidak dirancang...dibuat dalam rumah
Bilik pengantin yang simple..


Alhamdulillah perkahwinan yang sederhana tetapi meriah ini berjalan lancar dan tetamu yang datang meraikan alhamdulillah ramainya sampaikan saya tak sempat makan tengah hari.Hadiah juga banyak mungkin sebab kami kenduri tak amik duit...Itu memang tradisi arwah ayah.Gambar dan video tak banyak dapat ambil sebab sibuk melayan tetamu.Saya dalam dilema antara nak tangkap gambar pengantin dan melayan tetamu.Akhirnya melayan tetamu diutamakan dahulu.Gambar lepas ni boleh ambil walaupun pengantin pun sebenarnya dah tak larat.So,ckit jer gambar yang ada.Disini saya upload gambar hantaran yang saya buat.Bertemakan hijau.Dulu saya memang tak pandai buat benda ni semua.Tapi apabila saya fikir kreativiti ini sebenarnya boleh dilatih .Yang penting berani mencuba . So why not saya cuba.Kalau cantik alhamdulillah, tak cantik pun tak apa sebab hiasan hantaran ni hanya adat jer .Bila dah cuba jadi macam addicted pula.


Untuk tetamu yang hadir pula,saya cadangkan bagi doorgift yang orang sayang nak buang dan bermanfaat.So kami bagi Surah Yasin dan coklat.Bunga telur memang tak der.Setiap kali nak beli bunga telur,saya selalu terfikir alangkah baiknya kalau dapat beli Yasin daripada bunga telur.Lagi pun saya lihat ramai yang buang bunga telur ni...Siapa nak cuba boleh tiru idea ni.Nak tempah pun boleh....He... he....

Bagi saya, biarlah perbelanjaan yang kita spent tidak membazir dan boleh diguna semula selepas kahwin.Matlamat majis perkahwinan bukannya untuk bermegah -megah dan menunjuk-nunjuk. Jangan sampai mengikut adat atau fikir apa orang akan kata sampaikan melanggar syariat agama kita.






Door gift untuk keluarga pengantin perempuan.

Deretan door gift untuk tetamu yang hadir
Sticker yang dilekatkan dalam buku Yasin..guna photoshop


Dibawah ini pula koleksi bakul yang saya buat untuk letak doorgift.Gubahan bunga panjang tu pula first time buat.Sebab tu nampak agak pelik.

Bakul untuk letak kotak coklat
Koleksi bunga hijau untuk hiasan.Jambangan dua di depan tu saya tempah.
Hantaran daripada pihak wanita .Paling saya suka kolar baju kemeja yang diikat dengan riben.

Sunday, December 20, 2009

JAGA SPM DI MATRI DAN WANG KELIAN


Laluan Kastam Malaysia

Signboard Wang Kelian

Pintu masuk ke Thailand

Kastam Thailand
Banyak kedai ditutup.Kami pergi hari Rabu
Periuk belanga brand Zebra dan Crocodile yang dijual
Balik singgah di Green Earth(Malaysia punya duty free shop
Tempat letak garam kunyit.....Anda suke?

Kotak belum dibuka..Jadi kamilah yang membuka kotak tersebut...
Set rempah atau cili sos.

Yang ni,saya suke..

Tempat letak sudu...dapat RM 13
Kak Bas memborong sakan kerana nak pindah ke Perak next year...

Ini pula cerita jaga exam.Saya ditugaskan menjadi pengawas SPM di MATRI,Perlis.Lama juga kena jaga exam disini,15 hari semuanya.Tapi memang seronok jaga exam disini .Pelajarnya memang baik dan tidak bermasalah. Gurunya...tak payah cakap memang baik dan mesra.Tapi yang best sebab depa jamu makan mula dari start melawat pusat sampai habis SPM.Makanan juga ok.Kiranya kalau bab makan memang the best setakat ni.Kalau tanya orag Lembaga Peperiksaan Perlis pun akan cakap benda yang sama.

Sepatutnya memang sifat inilah yang patut dicontohi oleh setiap sekolah di Malaysia.
Jadi,pengawas akan happy jer jaga exam.Ada juga sekolah tak jamu langsung.15 hari ker 10 hari ker makanlah kat kedai.Saya juga kagum melihat sekolah swasta yang prasarananya biasa sahaja mampu menjamu pengawas -pengawas SPM seramai 9 orang (yang selalu intai bilik jamuan....)Bukan aper, kalau tak jamu ,kena bergegas ke kedai.Masa terhad.

Syukran Jazilan MATRI.Semoga Allah mencurahkan rezeki yang melimpah ruah kepada warganya...

Habis exam kami pengawas perempuan seramai 5 orang membuat lawatan ke Wang Kelian.Ingatkan barang murah..rupanya mahal juga.So,kami shopping di Green Earth sahaja.Dapat diskaun banyak juga.Harga lebih kurang Langkawi.Kira berbaloi la.Sila enjoy melihat gambar- gambar ini.




POSTING ORANG MALAS


Salam semua.


Salam Maal Hijrah 1431 untuk semua umat Islam.Semoga tahun baru akan membawa penghijrahan yang lebih baik.Entah mengapa sejak kebelakangan ini,saya makin malas untuk berblog.Ekoran daripada sibuk + malas maka baru mlm ini saya rasa nak buat sedikit posting.Cikgu-cikgu sekolah nampaknya dah demam facebook.Dari muda sampai tua asyik main kebun dan bila berjumpa akan sembang pasal kebun.Lawak juga sebab kalau tak dengaq betoi betoi ingatkan depa ada dusun.

Saya... setakat ni tak terbuka pintu hatiku untuk berfacebook walaupun ada yang tanya"akak tak der facebook ka?"Jawapannya yang sebenar ialah sebab saya malas agaknya.Malas lagi ...Lagipun next year saya dah kena start menulis thesis...



Sampaikan cikgu Cina sekolah saya yang berumur 50an pun sibuk tanya saya pasal facebook.Actually dia nak jumpa kawan- kawan lama masa sekolah dulu.Belum sempat saya ajar dia dah berpindah.


Kenapa yer jadi malas?.Semoga Allah memberi kerajinan pada diriku dalam perkara yang mengikut syariat dan mendatangkan faedah.Selepas habis buat assignment,saya exam,habis exam,saya kena jaga SPM dan adik juga bertunang.Pada masa yang sama saya juga sibuk mengemas untuk berpindah rumah.Manusia terutamanya yang bekerja ni memang sentiasa sibuk dan kena pandai-pandai adjust masa.Kerja dunia memang tak akan habis.(pesanan untuk diri sendiri)


Disini saya upload gambar hantaran bertunang yang saya buat.(3hantaran berwarna kuning -kotak besaq gedabak tu ler.. )First time berkraftangan.Ikat sana,ikat sini jadi jugak walaupun tak seberapa.Kesnya saya nak tempah,ramai yang ambil tempahan sibuk.Ringkas jer dan tak ikut adat pun.Sireh junjung pun tak der.Senang kan.Tidak perlu menyusahkan diri dengan mengikut adat yang sesetengahnya sangat membebankan bakal pengantin.Islam agama yang mudah.Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.”

Sebab itu penting untuk pasangan dan ahli keluarga tahu konsep berkahwin dalam Islam.Jangan kerana hendakkan mas kahwin, hantaran dan kenduri hebat,pengantin terpaksa menanggung hutang selepas kahwin.Percayalah,berapa ramai sangat orang nak ingat grand ke tidak perkahwinan anda.Buatlah ikut kemampuan anda dan bukan bertujuan menunjuk -nunjuk....


Walahua'lam