SAHABAT SAHABAT MAYA

Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Saturday, February 20, 2010

MARI SINI BERUK....




Kata-kata diatas mungkin kasar didengari..tetapi itulah kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang guru kepada kawan saya semasa Darjah Dua.Biar saya namakan ia sebagai M.Semasa Darjah Dua ,saya duduk sebelah pelajar lelaki ini .Saya masih ingat seorang guru Bahasa Inggeris memanggil kawan saya dengan panggilan tersebut....Empunya diri saya tak tahu ingat atau tidak...


Beliau agak slow sikit dalam pelajaran .Saya tak pasti niat guru ini tapi saya rasa kata-kata itu tidak sepatutnya dilontarkan kepada anak murid.Seingat saya,kesalahan pelajar ini hanyalah tak ambil berat bila guru panggil.Semasa Tingkatan 3,saya dengar M mendapat keputusan yang baik dan saya percaya beliau sudah bekerja dan mungkin mendapat pekerjaan yang baik sekarang.


Sebagai seorang guru,beliau perlu memainkan fungsi seorang guru dan mencapai martabat sebagai pendidik (mudaris), penyampai yang benar (mualim), murabbi (pengasuh dan pendidik dengan kasih sayang, muaddib (pembentuk adab dan akhlak) dan mursyid (pembimbing ke arah kebaikan).

Saya tidak berniat untuk menjatuhkan maruah guru ini kerana jasanya amat besar kepada pelajar,cuma didapati ada pendidik lupa yang dia hendaklah meunjukkan contoh yang baik dan jangan memandang rendah kepada pelajar .



Alhamdulilah saya tidak mengalami keadaan ini,cuma perkara ini mengajar saya biarpun kanak-kanak,mereka juga ada perasaan dan mereka ingat apa yang kita kata.Sebagai guru kita jangan pilih kasih dan layan pelajar berdasarkan kecerdikan,raut wajah,pekerjaan ibu bapa dan status kewangan pelajar.Yang cerdik belum tentu menghargai guru dan yang lemah belum pasti ia tidak menghargai guru.Mungkin hari ni mereka lemah tetapi ia bukan selama-lamanya.


Pelajar menilai keikhlasan guru.Sebab itu ada pelajar yang dimarahi dengan teruk tidak berdendam dengan guru.Semasa Darjah Tiga pula ,saya dan seorang pelajar lelaki dipangil kehadapan untuk baca sifir dan kami agak lemah Matematik walaupun berada dalam Kelas A.Guru Matematik mengugut akan menyuruh pelajar berbogel jika tidak ingat sifir.Saya masih tidak ingat sifir .Pelajar lelaki disuruh buka baju dan saya berasa amat takut.


Malamnya dan terusnya saya balik menghafaz sifir sampai sifir 12 sampai ingat.Alhamdulillah ..seterusnya saya banyak dapat A sampai darjah 6.Hanya sekali dua saya dapat B .Saya tahu niat guru ini ikhlas....Jadi tepuk dada check keikhlasan kita bila berdepan dengan pelajar.SEMOGA KITA SEMUA MENJADI GURU YANG IKHLAS MENDIDIK PELAJAR.









Friday, February 19, 2010

KECERIAAN LAGI...

Nampaknya ramai pelajar yang bersungguh sungguh hias kelas pada tahun 2010 ni.Kelas saya tak tahu boleh menang atau tidak...Tak kisah siapa menang sebab banyak kelas yang hebat hebat...Yang penting matlamat untuk melahirkan kelas yang bersih,ceria dan bermaklumat tercapai .Pelajar dan guru berganding bahu menghias kelas.....Saksikan...

Pelajar Tingkatan 1 C sedang mengecat...
Pelajar Tingkatan 3 A sedang menjahit manik di langsir.....Sungguh bersemangat mereka ini. Saya pun tak sanggup jahit manik..
Cikgu Nurul yang sibuk menggantung langsir.Biasalah bila jadi guru...antara kemahiran yang mesti anda tahu ialah berkebolehan memanjat kerusi atau meja dan bertukang sikit -sikit .Rasanya kebanyakan guru pernah panjat kerusi atau meja. Cuba tengok tukul atas meja...

Pekerja kontrak 1 Amal ..... sori.. Ini pelajar kelas saya sedang mengecat.

Dua orang pelajar Tingkatan Empat yang beria- ia suruh saya ambil gambar dia di kelas Tingkatan 1C yang cantik .
Idea yang baik.Kain dijadikan sebagai board didepan.

Pelajar Tingkatan 2B berehat seketika dalam misi merealisasikan impian Kelas Serba Pink Cikgu Ju dan pelajarnya....Bakul sampah pun color pink juga.
Kelas IB yang kemas tersusun.Board belakang pakai karpet lebihan Raja mai tahun 2007.Ini sahajalah modal untuk sekolah pinggir bandar dan kurang sumber kewangan seperti sekolah kami.Syukur dengan apa yang ada..Ada sekolah masih berdinding kayu.

Thursday, February 18, 2010

SURAU SEKOLAHKU


Signboard yang ditempah di SAM Creative

Sebenarnya dah lama saya nak upload gambar surau sekolah .Surau ini telah diberi nafas baru sempena dengan perasmian sekolah pada tahun 2007. Warna surau dan mozek merupakan pilihan pengetua.Pengetua kami memang ada taste sebab rumahnya pun cantik.Kami memilih tema maroon dan cream .Tu pun sebab nak match dengan karpet maroon.Jenuh juga kami fight untuk dapat peruntukan hias surau.Tempat lain boleh dihias tetapi bila bab surau ada orang sangup suruh tutup jer mas Raja mai rasmi.Sangat sedih melihat sikap pegawai ini.Tapi alhamdulillah berkat usaha guru-guru dan kesungguhan pengetua memujuk pegawai yang terlibat dengan kewangan ,maka surau kami diberi mozek,cat baru,kipas baru dan wang untuk hiasan.Cermin pula di sponsor oleh seorang kontraktor yang baik hati...Semoga Allah membalas jasa baik kalian.

Kadang saya terfikir......tidakkah kalian tahu betapa besarnya ganjaran pahala yang kita dapat jika memuliakan rumah Allah S.W.T.Oleh kerana kurang kewangan maka sesetengah surau sekolah ibarat macam stor...Tambahan pula kalau kurang penjagaan..
Bagi saya...surau sekolah tempat mulia dan menjadi bilik serbaguna.Tempat solat,tempat ceramah agama dan ceramah kaunseling,tempat spot check pelajar wanita dan macam macam lagi .Jadi ia mesti setanding dengan tempat lain .Jika niat kita elok..insyaallah Allah Taala permudahkan urusan kita.Yakinlah Allah sentiasa bersama kita..So layan gambar surau ini ...setelah dihias dua tahun lalu...Syukran Jazilan kepada guru-guru yang banyak membantu buat scallop dan riben.Tak lupa juga kpd yg bagi karpet merah.


Sekarang cuma maintain kemas jer..Nak tambah peralatan dan hiasan ekonomi gawat....Syukurlah dengan apa yang ada..
Lagipun surau bukan semata-mata nak cantik jer.Penggunan yang maksima adalah yang penting.

Pelajar bersalam-salaman selepas solat...Surau yang cantik dapat menarik minat pelajar....Betulkan?



Board bahagian depan surau.



Scallop yg masih utuh..Syukur..pelajar tak rosakkan.


Board bahagian belakang..Sempat lagi pelajar posing lepas lipat kain telekung.


Kabinet buku teks 2 tingkat yg dipotong.Buat simpan telekung,sejadah dan rehal. Skirting sama color dengan langsir .Ayat Quran dihadiahkan oleh ex-pengetua.
Kain langsir yang saya pilih bersama pembantu makmal..Kak Suri.Langsir dijahit panjang untuk kesan lebih luas dan tampak moden.Ala-ala Anjung Seri gitu...
Langsir box pleat yang dijahit dengan upah yang murah.Tokey kedai banyak sponsor...Jazakumullah Khoiron Katsiran.
Tempat wudhuk pelajar lelaki...
Bakul letak selipar yang sentiasa surut...Walaupun telah dipotong dengan hodoh..masih ada yang berminat..
Board untuk apa-apa berkaitan agama Islam.(bersebelahan surau)

Board yg memaparkan karya pelajar.

Sunday, January 31, 2010

KECERIAAN KELAS

Assalamuaikum semua.


Ini adalah posting yg pertama bagi tahun 2010.Dekat sebulan saya tak online sebab pindah rumah dan internet pula problem.Alhamdulillah semua settle dengan mudah.Susah juga tiada internet kalau anda further study.


Hari ini pula saya baru balik dari sekolah coz ada buat keceriaan kelas bersama dengan pelajar.Saya guru Tingkatan Satu Kelas Potensi Gemilang.Kira kelas pandai ler.Tema pelajar pilih ialah warna hijau.I like green tapi saya lebih suka pelajar memilihnya sendiri.Last two years saya jadi form teacher 4 Multimedia .Depa pilih tema purple.Cantik.Sayangnya saya tiada gambar.Saya ingat nak minta dengan pelajar.Tahun 2007 pula saya jadi form teacher 2 Cekal.Tema oren.Pun tiada gambar.


Kali ini saya nak upload gambar keceriaan kelas saya.Saja nak share kot kot pembaca ada idea.Saya juga diberi mandat memegang portfolio kecerian sekolah tahun ini.Alhamdulillah..ramai guru-guru turun padang,keluar duit kocek untuk bantu pelajar hias kelas..Idea guru mencurah- mencurah nampaknya..


Sebab tu guru adalah pekerja serba boleh.Boleh jadi makcik kantin,makcik tukang sapu,tukang cat,tukang jahit dan lain lain lagi..Sangat enjoy menjadi guru Tingkatan sebab anda diberi peluang menghias kelas dengan budget yang murah.Disini saya upload gambar ketika pelajar sedang menghias kelas.





Pelajar dijamu terlebih dahulu supaya hati gembira dan rajin bekerja


Pelajar sedang menceriakan papan kenyataan





Pelajar sedang mengecat dinding kelas.


Pelajar yang datang tak ramai sebab saya mintak yang volunteer dan umah dekat jer datang.Asalnya pelajar perempuan ada datang.Tapi katanya bergaduh mulut,pelajar perempuan balik.Lawak betoi budak Tingkatan Satu. Pelajar lelaki ada 3 orang tapi lepas makan ais krim seorang pelajar mintak balik sebab nak pergi kenduri....Tinggal 2 orang.Cat sikit jer sebab tak sampai hati tengok budak- budak ni.Mungkin sambung lain kali atau upah orang.Masa saya pegang kelas 4 MTM tak rasa kesian sangat sebab depa semua badan besaq dan sesetengah bekerja sambilan mengambil upah mengecat..


Sekian untuk kali ini.Nanti saya upload gambar kelas yang dah siap.


Tuesday, October 13, 2009

BROSUR SEKOLAH



Disini saya paparkan brosur sekolah saya.Sangat menarik pada pandangan saya.Tapi ini bukan saya buat.Ini hasil kerja guru P.Seni yng memang expert dalam Photoshop dan Ilustrator.Designnya menarik dan kadangkala sukar untuk kita fahami simbolik hasil kerja guru ini.Gabungan Seni dan Multimedia menghsilkan kerja yang unik dan mantap.Beliau memang tempat rujukan saya .Sekarang ini beliau sedang menyambung PH.d dalam bidang Multimedia.Beliau bukan sekadar rakan sejawat tetapi juga sahabat yang baik. To Dr Ju (2 be).Thanks for teaching.