SAHABAT SAHABAT MAYA

Thursday, June 18, 2009

WAJIB LULUS BI:WAJIBKAN LULUS PI JUGA


Salam

Isu wajib lulus BI semakin hangat di perkatakan.Ada yang sokong BI lulus dan ada yang tak sokong.Semua keputusan ada pro dan kontra.Kalau wajib lulus maka berlumbalah pelajar untuk lulus dan taklah mereka ini belajar sambil lewa.Bagi pelajar yg pandai dan sederhana setakat dapat 8E tidak bermasalah bagi mereka.Masalahnya bagi pelajar yang dok dapat 9G ...... Mungkin bila implement wajib lulus BI mereka lebih serius.Namun begitu,kita khuatir juga kesan ini menidakkan hak pelajar luar bandar yang tiada kemudahan yang mana prasarana pendidikannya masih lagi ditakuk lama.

Saya tak nak komen prestasi pelajar ini sebab tak der pengalaman.Cuma apa yang saya lihat semasa bertugas di Sabah,masih ada sekolah rendah berdinding kayu.Macam sekolah dulu-dulu.Sekolah saya dulu pun batu.Kalau dinding sekolah pun begitu...apatah lagi bermimpikan makmal bahasa yang canggih.Kalau sekolah dipulau,kena tunggu cikgu datang naik bot.Itu pun kalau cuaca elok.Kalau cuaca tak elok,alamat tak belajarlah.Andai kata cikgu yag tersekat tu cikgu BI,berapa kali mereka akan ketinggalan kelas?Itu tak masuk lagi cikgu meredah hutan untuk sampai ke sekolah.

Satu lagi dikhuatiri ia juga menidakkan peluang pelajar yang pandai dalam bidang lain tetapi lemah BI.Lagipun pelajar yang pandai BI tak semestinya pandai dalam subjek lain .Saya teringat ex-schoolmate saya yang pernah masuk primary school kat US sebab ikut ayah dia further study.Dia hanya pandai subjek BI sahaja dan agak lemah dalam subjek lain.Jadi saranan ini perlu dibuat kajian yang seadilnya kerana kita takut isu ini akan menerima nasib yang sama seperti PISMP.


Rentetan daripada saranan TPM supaya calon SPM wajib lulus BI, ada juga orang ramai yang berpendapat supaya wajibkan lulus Pendidikan Islam juga .Saya amat menanti saranan ini memandangkan Pendidikan Islam tidak wajib diambil dalam UPSR .Jadi semasa di sekolah rendah lagi ,pelajar kurang memberi penekanan terhadap Pendidikan Islam .Maka apabila mereka naik ke sekolah menengah ada yang tak dapat membaca quran dengan baik dan memahami asas agama sebab fokus lebih kepada subjek lain.

Tambahan dengan masalah sosial yang semakin meruncing ,rasa wajarlah Pendidikan Islam diwajibkan lulus.Walaupun beban kerja memang bertambah,namun demi agama, ia memang wajar dan menjadi tanggungjawab kita bersama.

Sekiranya subjek PI diwajikan lulus,pelajar tidak bersikap ambil mudah .Contohnya ,saya sekarang ini sedang menjalankan Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS untuk calon PMR.Elemen ini terdiri dari pelbagai aspek.Apa yang menarik perhatian saya ialah semua pelajar wajib hafaz 8 keratan ayat.Sepanjang pengendalian ini,ramai yang berjaya menghafaz dengan cemerlang. Bagi calon yang cemerlang mungkin tidak bermasalah.tapi bagi calon yang ramai lemah macam sekolah saya ini memang bermasalah.Ada yang lidah memang dah keras sebab tak pernah baca Al-Quran di rumah.Sekiranya PBS ini tak wajib adakah pelajar ini akan berusaha untuk menghafaz?????

Mereka bersusaha untuk menghafaz sebab takut GAGAL.Namun begitu,saya terapkan juga kepada mereka supaya menghafaz bukan niat peperiksaan semata-mata.Niatkan untuk mendapat pahala dan mendekatkan diri dengan Allah.Sejuk hati mendengar mereka ini menghafaz Quran walaupun ada kalanya dekat 10 kali tegur tak boleh juga.Memang kena banyak sabar PBS ini.Just imagine kalau satu keratan 10 kali tegur untuk seorang pelajar...Kalau 8X 10 berapa kali tegur?Tapi nasib baik tak ramai yang sebegini sebab lama-lama mereka malu dengan kawan dan berusaha untuk menyebut dengan betul.Memang patut pun tok guru Quran garang.Saya dulu pun selalu menangis masa belajar Quran.Sebab kena sebut banyak kali dan tiap tiap hari kena mengaji Quran.

Rahmatnya juga ujian Hafazan ini kepada mereka sebab apabila mereka menghafaz Quran,mereka tidak bising dan membacanya berulang kali.Jadi memang banyaklah pahala yang mereka dapat.Ada juga yang mengatakan setakat wajib kerana terpaksa buat apa?Tapi percayalah benda yag dipaksa dan tak suka ini tak mestinya mendatangkan keburukan lebih-lebih lagi dalam bidang agama.Walaupun dipaksa dan terpaksa,tapi hakikatnya mereka telah buat.Biarlah kita dapat sedikit daripada tidak dapat apa-apa langsung.

Hari ini kita membuat sesuatu dasar yang baik.tidak semestinya kesan itu dapat dilihat sehari dua.Diharap pihak kerajaan lebih berhati-hati membuat dasar dalam bidang pendidikan kerana dasar ini bakal mencorakkan masa depan negara kita yang tercinta.Ambillah pengajaran dari kesan pelupusan matapelajaran JAWI di sekolah rendah kepada pelajar hari ini...................
Wallahua'lam



5 comments:

muhammad fakhruddin said...

Assalamualaikum ustazah,
sokong pendapat ustazah tu ^_^

omaQ said...

salam ziarah :)

http://www.omaQ.org

Miss Bee said...

salaam

semua itu sama penting
semua itu ilmu
belajar saja...
tak perlu dibangkitkan sangat isu ini
yang pandai tolong yang kurang
tak perlu ada pembahagian kelas ikut tahap kepandaian,
dan guru sentiasa bagi motivasi kepada pelajar2 untuk berjaya...
semuanya perlukan keikhlasan dan perasaan kasih sayang yang telus

salaam

Ummu Naielah said...

Salam Miss Bee.Time kasih bagi komen.

Ya semua ilmu penting tetapi ilmu agama paling penting sebab ilmu agama mendidik masyarakat.Bahasa Inggeris jua penting untuk menaikkan martabat umat Islam.

Isu pendidikan perlu dibangkitkan sebab dasar dalam bidang pendidikan perlu diteliti dan diperhalusi sebagaimana kata Profesor saya, generasi yang bersekolah selepas penghapusan subjek Jawi disekolah rendah banyak yang tida menguasai jawi dengan baik.Begitu juga denga isu B.Inggeris dan PPSMI.Perlu diteliti dan dikaji.Kalau baik ,just proceed . Sebab kesilapan mendidik manusia tidak boleh berundur.Kalau silap buat kek mungkin boleh buat lain tapi manusia?

Dasar pendidikan kita memang baik kerana tidak memilih pelajar.School is like an open door. Semua orang boleh masuk tanpa mengira bangsa agama dan kekayaan.

Pembahagian kelas ikut tahap ada pro dan kontra.Kalau sesiapa yag terlibat dalam bidang pendidikan,mereka akan akan tahu pro dan kontra itu sebab sekolah saya dah cuba implement streaming class and non streaming class.

Dan semoga pendidik juga ikhlas mendidik dan semoga masyarakat bersama-sama menggembleng tenaga untuk melahirkan generasi yang berjaya dunia dan akhirat.Amin Ya Rabbal Alamin.

awang kata said...

Subjek agama Islam tak wajib lulus, tak riuh pun. Taulah bahasa Inggeris tu penting dikuasai tapi tak bermakna sampai wajib lulus. Subjek sejarah lagi penting untuk disyaratkan wajib lulus.