Tak sedaplah makanan ni!
Muaknya tiap tiap hari makan mee goreng ini
Bencinya hari hari makan lauk ikan
Saya percaya kita pernah mendengar keluhan ini dari hamba Allah yang bergelar manusia.Makanan yang kita makan pada setiap hari merupakan rezeki daripada Allah S.W.T.Namun seringkali juga kita melihat hamba Allah yang mengutuk atau mencela makanan.Nampaknya masih ada golongan kita yang masih tidak bersyukur dengan makanan yang dikurniakan Allah.Ketika kita makan berlaukkan ayam masih ada golongan yang makan nasi berlaukkan garam.
Entah mengapa saya tergerak hati untuk bertanya kepada seorang anak murid saya yang pernah kisahnya disiarkan dalam rancangan "BERSAMAMU".Pernahkah kamu makan nasi berlaukkan garam?.Jawabnya pernah.Saya berhenti setakat itu dan dengan senyum ia berlalu pergi.Pada zaman IT dan serba membangun masih ada orang makan nasi berlaukkan garam.Terasa diri begitu bersyukur kerana masih dikurniakan makanan yang mencukupi.
Apabila kita mendapati sesuatu makanan tidak sedap dan sebagainya latihlah diri agar jangan mencela makanan.Sekiranya kita tidak suka ,janganlah kita makan.
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w tidak pernah mencela makanan satu kalipun. Apabila baginda menyukai sesuatu makanan baginda memakannya dan kalau tidak menyukainya baginda meninggalkannya.
Ibu bapa dan orang dewasa seeloknya mengajar anak-anak dan golongan muda agar tidak mencela makanan.Latihlah diri kita dahulu dan insyaallah anak-anak dan orang muda akan mengikuti jejak kita.Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment