SAHABAT SAHABAT MAYA

Tuesday, October 13, 2009

BROSUR SEKOLAH



Disini saya paparkan brosur sekolah saya.Sangat menarik pada pandangan saya.Tapi ini bukan saya buat.Ini hasil kerja guru P.Seni yng memang expert dalam Photoshop dan Ilustrator.Designnya menarik dan kadangkala sukar untuk kita fahami simbolik hasil kerja guru ini.Gabungan Seni dan Multimedia menghsilkan kerja yang unik dan mantap.Beliau memang tempat rujukan saya .Sekarang ini beliau sedang menyambung PH.d dalam bidang Multimedia.Beliau bukan sekadar rakan sejawat tetapi juga sahabat yang baik. To Dr Ju (2 be).Thanks for teaching.

POWERPOINT PELAJAR TING SATU

Ini pula powerpoint yang pelajar saya buat.Alhamdulillah pelajar saya dapat buat dengan baik.Ini powerpoint kelas 1 KRK.Kiranya kelas terbaiklah di sekolah saya.Kalau ada salah ,tolong betulkan ya.Setakat ni tengok semua contents ok.Syabas ustazah ucapkan kepada anak-anak sekalian yang berusaha dengan gigih menyiapkan projek multmedia yang bermaklumat dan menarik.Ramai juga pelajar yang mampu buat powerpoint yang boleh dikatakan agak canggih juga.Padanlah dengan umur baru 13 tahun.Ada yang sanggup pergi cc buat powerpoint.


Sape yang yang banyak alasan saya cakap"Kamu pergi cc main game boleh,jadi kerja saya kena boleh siapkan.Ramai yang berlumba-lumba buat powerpoint yang terbaik.Memang saya nampak ada improvement dan terserlah kreativiti pelajar bila buat pojek ini.Secara tak langsung,pelajar juga membuat ulangkaji bila menyiapkan kerja ini.Lagipun,saya nampak pelajar jemu jugak kalau asyik guna metod "chalk & talk" ajer.

Sebenarnya saya cuba nak integrate ICT dalam Pendidikan Islam supaya pelajar tak boring.Lagipun banyak research yang dibuat menunjukkan ada peningkatan terhadap minat pelajar bila menggunakan komputer.Alhamdulillah,pentadbir sekolah saya memberi sepenuh sokongan dan kepercayaan kepada guru-guru untuk menggunakan makmal komputer dan bilik tayangan.Jadi saya tidak ada masalah sangat untuk guna makmal komputer asalkan jadual tak clash dengan jadual kelas Literasi komputer.Guru makmal,Cikgu Wan Mohd Fadzli pun sangat baik dan senang berkira orangnya. Semoga Allah memelihara golongan yang sentiasa menyokong dalam memperkasakan Pendidikan Islam.Amin Ya Rabbal A'lamin













Islamic Powerpoint Template

Kepada sesiapa yang sedang mencari template powerpoint yang ada Islamic background,boleh download disni.




Saturday, October 3, 2009

KEK LAPISKU


Raya baru-baru ini saya hanya sempat menyiapkan dua biji kek lapis.Tu pun dah ambil masa dekat 10 jam.Resepi ini saya belajar dari seorang guru Geografi dari Sarawak.Pn Nur Atiqah Dundang.Syukran Jazilan atas tunjuk ajar beliau.Beliau memang sifu dalam bab masak memasak dan tak kedekut ilmu.Sebelum ni,beliau telah ajar kami beberapa resepi seperti pizza,sardin roll,kek butter dan coming soon banyak lagi.

Saya memang suka belajar dengan beliau atas sebab -sebab berikut:

1) Resepinya memang sedap dan lain dari yang lain.
2) Tidak sorok resepi
3) Teliti dan bukan main cincai ajer dalam memasak.
4) Kreatif dalam menggunakan bahan.
5) Jimat dalam mengunakan bahan,maksud disini bukan kedekut yer.Contohnya kalau tidak ada paip untuk letak mayonis atas roti,beliau tak suggest suruh beli paip ker apa,tapi suruh guna beg plastik ajer.
6)Yang penting sikapnya yang sentiasa ingin mengajar dan tidak mempelekehkan orang lain.

Baiklah jka anda rajin,anda boleh buat kek ini.Kalau sape yang rasa malas nak buat,better beli jer.Saya pun pikir banyak kali nak buat kek ni kalau tak raya.Tapi cikgu ni buat sampai 5 biji kek bila raya.Saya memang salute sebab beliau tersangatlah rajinnya.Kek ini mampu bertahan selama sebulan jika diletakkan dalam peti ais.Kek yang kita buat sendiri ni,rasanya lebih sedap sebab kita bebas memilih nak letak apa apa bahan dalam kuantiti yang kita suka.Yang penting cara pembuatannya berlandaskan syariat.Sebab ada juga orang buat kek tak basuh telur ayam.
Telur ayam yang mengandungi najis wajib dibasuh. Menurut al-Imam Nawawi rahimahullah,terdapat dua pendapat di kalangan para ulama bermazhab Syafie di dalam masalah membasuh telur ayam ini.
Pendapat pertama menyebutkan bahawa ianya adalah najis dan pendapat kedua menyebutkan bahawa ianya adalah suci.
Jika kita berpegang dengan pendapat yang pertama di dalam masalah ini ,maka kulit telur tersebut perlu dibasuh terlebih dahulu.Manakala jika kita berpegang dengan pendapat yang kedua ,tidaklah perlu untuk kita membasuhnya.
Perlu diingat,ini adalah jika tiada sebarang najis yang kita nampak pada kulit telur tersebut(maka kita boleh mengikut mana-mana sahaja pendapat yang telah kita senaraikan sebelum ini).Tetapi jika terdapat najis pada kulit telur tersebut ,maka ianya perlu dibasuh terlebih dahulu ,kerana kita bimbang akan termasuk sedikit najis tersebut ke dalam telur yang kita ingin masak.
Tapi saya memang membasuh dahulu telur ayam sebelum digunakan dalam apa jenis masakan untuk mengelakkan daripada najis.Lagipun lebih baik kita berhati-hati dalam bab makanan ini sebab ia menjadi darah daging yang membentuk peribadi kita.
Berbalik pada cerita kek tadi.tekstur kek ni taklah elok sangat sebab saya buat pun taklah particular sangat.Malu gak kalau orang Sarawak tengok ni.Sayang juga sebenarnya bulan Ramadhan nak fokus untuk buat kuih jer.Kalau pembaca nak hasil lebih baik,gunakan tepung Hong Kong.Saya guna tepung Superfine Blue Key saje sebab tepung Hong Kong susah ckt nak cari disini.Sape nak resepi saya akan buat next posting.

Friday, October 2, 2009

SALAM AIDILFITRI



Assalamualaikum.

Pada kesempatan ini saya menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung blog ini.Actually saya plan nak hantar awal tetapi komputer problem campur dengan sibuk buat kuih dan persiapan balik raya.My streamyx connection juga sangatlah damn slow sejak kebelakangan ini.TM should do something to upgrade their services.Lagipun every month ,we pay for it.Betul kan?