SAHABAT SAHABAT MAYA

Sunday, December 20, 2009

POSTING ORANG MALAS


Salam semua.


Salam Maal Hijrah 1431 untuk semua umat Islam.Semoga tahun baru akan membawa penghijrahan yang lebih baik.Entah mengapa sejak kebelakangan ini,saya makin malas untuk berblog.Ekoran daripada sibuk + malas maka baru mlm ini saya rasa nak buat sedikit posting.Cikgu-cikgu sekolah nampaknya dah demam facebook.Dari muda sampai tua asyik main kebun dan bila berjumpa akan sembang pasal kebun.Lawak juga sebab kalau tak dengaq betoi betoi ingatkan depa ada dusun.

Saya... setakat ni tak terbuka pintu hatiku untuk berfacebook walaupun ada yang tanya"akak tak der facebook ka?"Jawapannya yang sebenar ialah sebab saya malas agaknya.Malas lagi ...Lagipun next year saya dah kena start menulis thesis...



Sampaikan cikgu Cina sekolah saya yang berumur 50an pun sibuk tanya saya pasal facebook.Actually dia nak jumpa kawan- kawan lama masa sekolah dulu.Belum sempat saya ajar dia dah berpindah.


Kenapa yer jadi malas?.Semoga Allah memberi kerajinan pada diriku dalam perkara yang mengikut syariat dan mendatangkan faedah.Selepas habis buat assignment,saya exam,habis exam,saya kena jaga SPM dan adik juga bertunang.Pada masa yang sama saya juga sibuk mengemas untuk berpindah rumah.Manusia terutamanya yang bekerja ni memang sentiasa sibuk dan kena pandai-pandai adjust masa.Kerja dunia memang tak akan habis.(pesanan untuk diri sendiri)


Disini saya upload gambar hantaran bertunang yang saya buat.(3hantaran berwarna kuning -kotak besaq gedabak tu ler.. )First time berkraftangan.Ikat sana,ikat sini jadi jugak walaupun tak seberapa.Kesnya saya nak tempah,ramai yang ambil tempahan sibuk.Ringkas jer dan tak ikut adat pun.Sireh junjung pun tak der.Senang kan.Tidak perlu menyusahkan diri dengan mengikut adat yang sesetengahnya sangat membebankan bakal pengantin.Islam agama yang mudah.Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.”

Sebab itu penting untuk pasangan dan ahli keluarga tahu konsep berkahwin dalam Islam.Jangan kerana hendakkan mas kahwin, hantaran dan kenduri hebat,pengantin terpaksa menanggung hutang selepas kahwin.Percayalah,berapa ramai sangat orang nak ingat grand ke tidak perkahwinan anda.Buatlah ikut kemampuan anda dan bukan bertujuan menunjuk -nunjuk....


Walahua'lam










1 comment:

UstazCahaya said...

Salam Maal Hijrah 1431. Semoga kita menjadi muslim yang lebih baik. Saya juga berdoa, semoga anda dan keluarga selalu disayangi Allah (SWT). Amin;-)