SAHABAT SAHABAT MAYA

Tuesday, October 13, 2009

POWERPOINT PELAJAR TING SATU

Ini pula powerpoint yang pelajar saya buat.Alhamdulillah pelajar saya dapat buat dengan baik.Ini powerpoint kelas 1 KRK.Kiranya kelas terbaiklah di sekolah saya.Kalau ada salah ,tolong betulkan ya.Setakat ni tengok semua contents ok.Syabas ustazah ucapkan kepada anak-anak sekalian yang berusaha dengan gigih menyiapkan projek multmedia yang bermaklumat dan menarik.Ramai juga pelajar yang mampu buat powerpoint yang boleh dikatakan agak canggih juga.Padanlah dengan umur baru 13 tahun.Ada yang sanggup pergi cc buat powerpoint.


Sape yang yang banyak alasan saya cakap"Kamu pergi cc main game boleh,jadi kerja saya kena boleh siapkan.Ramai yang berlumba-lumba buat powerpoint yang terbaik.Memang saya nampak ada improvement dan terserlah kreativiti pelajar bila buat pojek ini.Secara tak langsung,pelajar juga membuat ulangkaji bila menyiapkan kerja ini.Lagipun,saya nampak pelajar jemu jugak kalau asyik guna metod "chalk & talk" ajer.

Sebenarnya saya cuba nak integrate ICT dalam Pendidikan Islam supaya pelajar tak boring.Lagipun banyak research yang dibuat menunjukkan ada peningkatan terhadap minat pelajar bila menggunakan komputer.Alhamdulillah,pentadbir sekolah saya memberi sepenuh sokongan dan kepercayaan kepada guru-guru untuk menggunakan makmal komputer dan bilik tayangan.Jadi saya tidak ada masalah sangat untuk guna makmal komputer asalkan jadual tak clash dengan jadual kelas Literasi komputer.Guru makmal,Cikgu Wan Mohd Fadzli pun sangat baik dan senang berkira orangnya. Semoga Allah memelihara golongan yang sentiasa menyokong dalam memperkasakan Pendidikan Islam.Amin Ya Rabbal A'lamin













No comments: