SAHABAT SAHABAT MAYA

Saturday, October 3, 2009

KEK LAPISKU


Raya baru-baru ini saya hanya sempat menyiapkan dua biji kek lapis.Tu pun dah ambil masa dekat 10 jam.Resepi ini saya belajar dari seorang guru Geografi dari Sarawak.Pn Nur Atiqah Dundang.Syukran Jazilan atas tunjuk ajar beliau.Beliau memang sifu dalam bab masak memasak dan tak kedekut ilmu.Sebelum ni,beliau telah ajar kami beberapa resepi seperti pizza,sardin roll,kek butter dan coming soon banyak lagi.

Saya memang suka belajar dengan beliau atas sebab -sebab berikut:

1) Resepinya memang sedap dan lain dari yang lain.
2) Tidak sorok resepi
3) Teliti dan bukan main cincai ajer dalam memasak.
4) Kreatif dalam menggunakan bahan.
5) Jimat dalam mengunakan bahan,maksud disini bukan kedekut yer.Contohnya kalau tidak ada paip untuk letak mayonis atas roti,beliau tak suggest suruh beli paip ker apa,tapi suruh guna beg plastik ajer.
6)Yang penting sikapnya yang sentiasa ingin mengajar dan tidak mempelekehkan orang lain.

Baiklah jka anda rajin,anda boleh buat kek ini.Kalau sape yang rasa malas nak buat,better beli jer.Saya pun pikir banyak kali nak buat kek ni kalau tak raya.Tapi cikgu ni buat sampai 5 biji kek bila raya.Saya memang salute sebab beliau tersangatlah rajinnya.Kek ini mampu bertahan selama sebulan jika diletakkan dalam peti ais.Kek yang kita buat sendiri ni,rasanya lebih sedap sebab kita bebas memilih nak letak apa apa bahan dalam kuantiti yang kita suka.Yang penting cara pembuatannya berlandaskan syariat.Sebab ada juga orang buat kek tak basuh telur ayam.
Telur ayam yang mengandungi najis wajib dibasuh. Menurut al-Imam Nawawi rahimahullah,terdapat dua pendapat di kalangan para ulama bermazhab Syafie di dalam masalah membasuh telur ayam ini.
Pendapat pertama menyebutkan bahawa ianya adalah najis dan pendapat kedua menyebutkan bahawa ianya adalah suci.
Jika kita berpegang dengan pendapat yang pertama di dalam masalah ini ,maka kulit telur tersebut perlu dibasuh terlebih dahulu.Manakala jika kita berpegang dengan pendapat yang kedua ,tidaklah perlu untuk kita membasuhnya.
Perlu diingat,ini adalah jika tiada sebarang najis yang kita nampak pada kulit telur tersebut(maka kita boleh mengikut mana-mana sahaja pendapat yang telah kita senaraikan sebelum ini).Tetapi jika terdapat najis pada kulit telur tersebut ,maka ianya perlu dibasuh terlebih dahulu ,kerana kita bimbang akan termasuk sedikit najis tersebut ke dalam telur yang kita ingin masak.
Tapi saya memang membasuh dahulu telur ayam sebelum digunakan dalam apa jenis masakan untuk mengelakkan daripada najis.Lagipun lebih baik kita berhati-hati dalam bab makanan ini sebab ia menjadi darah daging yang membentuk peribadi kita.
Berbalik pada cerita kek tadi.tekstur kek ni taklah elok sangat sebab saya buat pun taklah particular sangat.Malu gak kalau orang Sarawak tengok ni.Sayang juga sebenarnya bulan Ramadhan nak fokus untuk buat kuih jer.Kalau pembaca nak hasil lebih baik,gunakan tepung Hong Kong.Saya guna tepung Superfine Blue Key saje sebab tepung Hong Kong susah ckt nak cari disini.Sape nak resepi saya akan buat next posting.

No comments: