Cerita ini berlaku pada tahun lepas yang mana saya mengajar sebuah kelas Tingkatan 4.Tak boleh nak mention nama kelas sebab diorang ada yang baca blog ini.(Saya agak ler...)
Ceritanya begini,apabila saya mengajar ,saya dapati ada 2 atau 3 orang pelajar wanita yang akan ulang ayat saya...Saya berfikir... Ini memang bagus,apa yang saya cakap dia ulang. Tapi lama-kelamaan saya perhatikan nada suara lain macam jer.Suara makin kuat.Sebelum ni,saya tak begitu perasan sebab pelajar wanita kelas ni suara mereka memang ada yang kuat.
Rupanya pelajar ini melatah.....Kalau ada yang tersentuh bahu ker,lagi menjadi-jadi.Tapi yang lucunya,latah ini berjangkit sampai empat dan lima orang.Penatnya juga depa ni melatah.Tambah pula ada pelajar nakal yang mengusik.Sesiapa yang melihat insiden ini mesti geli hati. Sehinggakan group mereka nak buat presentation pun nak kena kontrol.Kalau tak,jadi presentation latah ler.... Saya dah warning kat pelajar-pelajar lain supaya jangan buat kat kawan ,kesian ....
Saya tanya juga guru lain.Jawapannya memang mereka kuat melatah.Adusss.Muda -muda lagi dah melatah...Seingat saya, dulu kawan saya semasa darjah dua (lelaki) pun pernah melatah.
Satu lagi kenangan saya ialah ada seorang makcik (arwah) di kampung saya dulu pernah kayuh basikal kanak-kanak sebab melatah.Just imagine!!! Bila disuruh baling barang,makcik ini juga akan membaling barang tersebut.,Saya juga pernah bersalam dengan arwah.Dua tiga kali baru selesai.Tapi yang saya tak boleh lupa semasa penyampaian sijil kepada peserta kursus,seorang guru wanita melatah.So, guru ni ambil sijil dua kali....
Sebenarnya kalau kita perhatikan,melatah ini banyak terjadi dikalangan masyarakat Melayu dan Indonesia. Tak pernah lagi saya terdengar orang Putih atau Arab melatah.Ada pernah kita dengar orang Putih kata (oh my mother your mother) "Oh mak aku mak engkau..." Melatah juga jarang terjadi kepada orang yang banyak ilmu.
Menurut penulis buku American Normal: Hyperstartle Syndrome, Lawrene Osborne pernah menyatakan jika masyarakat Amerika Syarikat (AS) popular dengan penyakit anoreksia, orang Nigeria mengalami masalah kepenatan minda, bangsa Melayu pula menghidap ‘penyakit’ latah (hyperstartle syndrome).
Meskipun kumpulan perubatan masih belum menemui punca sebenar latah, tetapi ia dipercayai berkait rapat dengan fungsi sistem saraf pusat, psikologi dan sosial.
Menurut Dekan Klinikal Psikiatri Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Azhar Zain, sistem saraf pusat yang dimaksudkan itu berlaku di bahagian tengah otak.
Jelasnya, apabila golongan ini disergah secara serta-merta, sistem limbik (di bahagian tengah otak) terganggu dan boleh menyebabkan mereka terkejut, lalu melatah. Pada saat itu, turut berlaku sedikit konflik emosi dan memori.
“Sebab itulah, jika diperhatikan individu yang melatah bukan sahaja melakukan aksi di luar kawalan, malah mereka tidak akan mengingati apa yang berlaku sepanjang insiden tersebut,” jelasnya.
Biasanya, sistem limbik beroperasi apabila terganggu dengan sistem endokrin dan sistem saraf. Ia merupakan sistem kompleks lintasan saraf dan jaringan dalam otak yang melibatkan naluri dan hati.
Namun, Azhar berkata, sindrom melatah pada hari ini semakin berkurangan jika dibandingkan era 30 hingga 40 tahun yang lalu.Boleh dikatakan sepanjang era itu, majoriti masyarakat kampung melatah atas faktor sosiologi kerana terikut-ikut sifat melatah yang dialami oleh orang lain.
“Jangan ganggu orang melatah kerana mereka akan keletihan memandangkan segala tindak-tanduk yang dilakukan mereka adalah di luar kawalan,” katanya. Konsultan Psikiatrik di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Kuala Lumpur, Dr. Nor Hamidah Mohd Salleh pula, menasihati orang ramai supaya jangan mengganggu atau menyergah orang melatah.Ini kerana mereka akan mengalami kepenatan sehingga tidak bermaya. “Apabila berada dalam keadaan sedar, kita mampu mengawal pergerakan tetapi tidak ketika melatah,” tambah Dr. Nor Hamidah.
Kesimpulannya,janganlah kita melakukan perkara yang mengaibkan orang lain.Janganlah mengacau orang yang melatah kerana dalam Islam,bergurau pun ada batasnya.Lucu bagi kita,mungkin aib bagi orang lain.Kalau dah sampai tahap mengaibkan orang lain,bukan dah bergurau namanya. Lainlah kalau kita tak sengaja tercucuk pinggang orang yang melatah.Apapun bergantung pada nawaitu kita.Wallahu'lam..
No comments:
Post a Comment