Sekarang ni saya sedang menghadiri Kursus Bestari di IPGM Perlis selama 2 bulan..Minggu ni last.Next week saya akan berpraktikum di sekolah.Sebenarnya berat juga untuk saya pergi kursus ni.Maklumlah mengajar kelas exam asyik pikir apa akan jadi kat pelajar.Minggu pertama saya masih lagi memikirkan pelajar saya.Alhamdulillah minggu kedua seorang ustaz yang baru posting datang mengantikan saya.Beliau posting kali kedua lepas sambung belajar.Tetapi mengenangkan pengetua yang cadang saya pergi sebab kononnya saya ada asas IT.Tak sampai hati saya menolak cadangan pengetua sebab beliau memang pengetua yang baik.Lagipun saya terfikir juga mungkin ini peluang untuk saya tambah ilmu IT.Masanya dari jam 8.00-4.30 juga mungkin ramai tak nak pergi kalau saya tolak.
Saya masih teringat ketika saya berulang-alik ke kampung ketika arwah ayah berada di hujung nyawa.Beliau menyenangkan urusan saya dan tidak sedikit pun menambahkan kesulitan yang sedia ada.Syukur Allah Taala memudahkan urusan saya..Saya teringat kisah benar seorang guru yang tidak dibenarkan pulang ketika keluarga bergelut antara hidup dan mati.Kalau anda bagaimana?Kalau saya?...saya akan pulang juga....kerana kasih ibu bapa tiada tolak bandingnya.
Opss saya dah melalut dah...nak sambung balik.Sentimental pula bila cerita bab ibu-bapa ni.Kursus ini memang banyak kerja sebab kita nak kena banyak berfikir sebelum buat lesson plan. Gambar atas tu merupakan perisian berasaskan web bertajuk ADAB MENZIARAHI JENAZAH yang saya buat.Buat bodo-bodo jer,sebab time memang limited.Guna Dreameaver ,Hot Potato dan Swish Max jer.Lepas ni saya akan buat pemurnian balik.Insyaallah.
Masa mula-mula sampai saya ingat kursus ni tak der apa sangat.Rupanya tekaan saya silap.Banyak benda yang saya belajar disini dan kami juga didedahkan dengan perisian Mindjet,Hot potato ,Html tracker,Cutepdf dan macam-macam lagi.Jadi bagi guru-guru yang tak pergi lagi...rajin-rajinlah pergi kecuali yang dah pandai tak yah ler....
Saya ni banyak benda lagi yang tak pandai.Tapi kalau ada orang nak ajar saya programming saya tolak.Bukan ape,sebab saya dah pernah belajar masa kursus setahun dulu.Saya suka lagi Add Maths lagi dari programming ni.Tapi sape pandai Maths memang advantage la belajar programming.Saya masih ingat semasa kursus ada exam untuk subjek JAVA(programming).Saya hanya hafal tapi tak faham pun.Untuk dapat result elok saya memang pulun (bersunguh-sungguh) hafal sampai tengok result dapat A. Tapi kalau orang suruh buat program tu secara praktikal memang tak boleh rasanya dan bukannya faham manapun.
Memang banyak benda saya nak belajar tapi takut juga terlalu mengejar ilmu dunia sedangkan ilmu agama masih cetek.Kitab-kitab pun tak dan nak belek.Masa pula terlalu pantas meninggalkan kita.
Oklah saya undur diri dulu .Entry kali ni just to share experience Kursus Bestari jer.Apa yang pasti niat saya hanyalah untuk memartabatkan Pendidikan Islam .That's all.Wassalam
No comments:
Post a Comment