SAHABAT SAHABAT MAYA

Thursday, May 21, 2009

JAMAL ABDILLAH MELAKUKAN HUBUNGAN KELAMIN SELEPAS BERCERAI?


Asslamualaikum..

Nampaknya lama sungguh saya tak update blog.Namun terima kasih kepada kalian yang sudi berkunjung ke blog yang entah apa-apa ini.Disamping ketidakcukupan masa,saya kekadang datang perasan malas untuk update blog ini.Barulah saya tahu bukan senang nak jadi blogger yg baik terutamanya bagi wanita yang dah berkahwin.Pada kali ini saya ingin membuat posting mengenai kes Jamal Abdillah yang melakukan hubungan kelamin selepas bercerai.Bukan saya nak highlight kes artis bercerai tetapi saya terdengar kenyataan yang juga berbentuk soalan kepada seorang kerani merangkap imam di kampung yang berbunyi lebih kurang "Depa ni berzina ka?
Imam ini pun menerangkan mengenai kedudukan kes tersebut.Disini saya bawakan beberapa hujah ulamak yang saya dapat dari laman ynag diakui kesohihannya.Ada juga laman yang tak pasti hukum rujuk ni pun buat posting pasal kes ini siap suruh rejam lagi...BERANI SUNGGUH MEREKA INI.Hukum Allah tak tahu jangan hurai.Sekarang ini dunia memang sudah akhir zaman sebab ramai orang yang bukan ahli dalam ilmu agama bercakap dan memberi pandangan dengan beraninya.
Sebenarnya saya bukanlah pakar untuk menjatuhkan hukuman terhadap Jamal atau sesiapa kerana kes ini ditentukan oleh mahkamah. Dan diingatkan juga perkara yang saya nak sentuh ini bukan hukum yang berkaitan dengan Jamal secara total.Harap pembaca memahami ye.. Cuma saya nak bawakan beberapa perkara mengenai "rujuk".Mungkin dengan kefahaman ini boleh mengelakkan kita senang-senang menuduh orang lain "BERZINA"


Meh kita tngok ckit apa yan dikatakan rujuk.



Maksud Rujuk

Rujuk dan segi bahasa kembali atau pulang. Dari segi istilah hukum syarak rujuk bermaksud mengembalikan perempuan kepada nikah selepas perceraian kurang daripada tiga kali dalam masa idah dengan syarat-syarat tertentu.

Seorang suami yang hendak merujuk isterinya tidak perlu mendapatkan persetujuan kepada bekas isteri terlebih dahulu.Seorang suami yang telah menceraikan isterinya dengan talak satu atau dua, harus baginya untuk rujuk kembali kepada isterinya selama isteri itu masih dalam iddah kerana rujuk adalah hak suami, bukan hak isteri.


Hukum Rujuk

1. Wajib — Suami yang menceraikan salah seorang daripada isteri-isterinya dan dia belum menyempurnakan pembahagian giliran terhadap isteri yang diceraikan itu.

2. Haram — Apabila rujuk itu menjadi sebab mendatangkan kemudaratan kepada isteri tersebut.

3. Makruh — Apabila perceraian itu lebih baik diteruskan daripada rujuk.

4. Harus — Jika membawa kebahagiaan kepada ahli keluanga kedua-dua belah pihak.

5. Sunat — Sekiranya mendatangkan kebaikan.

Suami boleh merujuk isteri yang ditalakkannya dengan syarat-syarat berikut:

(a) belum habis idah.

(b) isteri tidak diceraikan dengan talak tiga.

(c) talak itu setelah persetubuhan.


Rukun Rujuk :

(1) Suami yang merujuk.


Syarat-syarat suami sah merujuk:

(a) Berakal.
(b) Baligh.
(c) Dengan kemahuan sendiri.
(d) Tidak dipaksa — tidak sah rujuk suami yang murtad.

(b) Isteri yang dirujuk.


Syarat isteri yang sah dirujuk:

(a) Telah disetubuhi.
(b) Bercerai dengan talak, bukan dengan fasakh.
(c) Tidak bercerai dengan khuluk — tidak sah dirujuk isteri yang bercerai dengan khuluk.
(d) belum dijatuhkan talak tiga


(c) Ucapan yang menyatakan rujuk.


Syarat-syarat lafaz:
(a) Lafaz yang menunjukkan maksud rujuk, misalnya kata suami “aku rujuk engkau” atau “aku kembalikan engkau kepada nikahku”.

(b) Tidak bertaklik — tidak sah rujuk dengan lafaz yang bertaklik, misalnya kata suami “aku rujuk engkau jika engkau mahu”. Rujuk itu tidak sah walaupun isteri mengatakan mahu.

(c) Tidak terbatas waktu — seperti kata suami “aku rujuk engkau selama sebulan”.

# Isteri yang telah habis tempoh iddahnya atau diceraikan dengan Talak Bain termasuklah Talak Tiga tidak boleh dirujuk semula. Sekiranya ingin bersatu semula hendaklah dengan akad yang baru.


Tambahan

Jumhur ulama berpendapat rujuk boleh dilakukan menerusi perkataan atau perbuatan.Rujuk boleh berlaku dalam berbagai cara samada secara lafaz terangan, atau kinayah (sindiran) atau melalui perbuatan seperti melakukan persetubuhan semasa dalam edah.
Ia bermakna bahawa sekiranya suami melafazkan rujuk ke atas isteri dalam tempoh edah , maka perceraian terbatal dan kedua belah pihak boleh hidup kembali sebagai suami isteri.

Tetapi sekiranya tiada lafaz yang dibuat suami, tetapi isteri dan suami sudah melakukan persetubuhan dalam tempoh edah itu maka mengikut pandangan kebanyakan ulama adalah sah rujuk itu menerusi perbuatan (persetubuhan) itu. Walaupun demikian Mazhab Shafie tidak mengiktiraf rujuk menerusi perbuatan ini.Sekalipun di Malaysia mengikuti Mazhab Syafi'e, dalam kes-kes tertentu pandangan mazhab 4 selain Syafi'e boleh diambil kira.

Semoga kita mengambil iktibar dari kes ini dan dapat memantapkan ilmu agama agar kehidupan di dunia mengikut lunas-lunas Islam.

Wallahua'lam

1 comment:

Muhammad Yusri said...

Salam Taaruf..
Saya ada menulis berkaitan rujuk dengan perbuatan. Jemput ustazah ke blog saya. Selamat bertukar fikiran

yang benar
Lebai..http://lebaiyusri.blogspot.com