SAHABAT SAHABAT MAYA

Saturday, January 10, 2009

BILA HATI BERBICARA ... MENGENAI SIKAP ORANG KITA

Kelmarin saya telah bersembang dengan seorang foreigner dari Saudi Arabia dan Jordan.Saja bertanya khabar memandangkan kami sama-sama pelajar baru.Saya tanya "How do u find Malaysia?.Dia jawab"Everything is ok except.....(nama sebuah negeri iaitu tempat kami belajar)Saya tak tanya banyak cuma saya dapat tangkap berdasarkan pergaulan saya dengan foreigner dan sikap segelintir masyarakat kita especially orang Melayu.Nampaknya dia tidak berpuas hati dengan
budaya masyarakat tersebut.

Saya tidak mahu menyentuh mengenai budaya negara lain kerana saya tidak ada banyak maklumat mengenainya .Cuma berdasarkan apa yang lihat antara segelintir sikap orang kita (walaupun tidak berkait dengan cerita diatas) yang harus dijauhi ialah:

1) Kekadang suka memperlekehkan dan ketawa pada orang lain sampaikan orang Melayu nak berbahasa Arab atau Inggeris pun tak confident.Pernah dulu saya lihat seorang kawan saya disuruh present dalam Bahasa Arab .Kawan saya pun presentlah dengan Bahasa Arab yang tunggang langgang.Orang Melayu kita apa lagi senyum -senyum dan dok tahan gelak sebab mungkin rasa kelakar dan mungkin mereka tahu pelajar ini tak fasih dalam bahasa tersebut.Tapi saya tak perasan pulak pelajar foreigner ni gelak-gelak.Padahal mereka lagi arif bahasa mereka.Saya pun cuba jugak membuang sifat geli hati tak bertempat ini.


2) Suka memperlekehkan budaya dan loghat sesebuah negeri dan negara tersebut.Even sesama Malaysia pun selalu kita dengar orang dari negeri lain mengajuk-mengajuk percakapan dari negeri lain tanpa kita sendiri ia menyinggung perasaan orang lain dan langsung tidak membangun minda.Kalau bergurau kes lain tetapi kalau dah mengajuk macam buat main-main dah jadi cerita lain.

Rasanya ungkap seperti "Minah Indon" "Mamat Bangla" "Minah Arab" selalu terngiang di telinga kita.Pernah semasa saya makan dikantin saya mendengar perbualan antara Si A bertanya pada Si B
Si A " Ada orang tak tempat ni?".

Si B "Entah,Tempat Minah mana entah.(Dalam nada yang marah sebb tempat tak cukup dan tempat itu juga sudah di booking )

Si B pun baru nak duduk dan datanglah seorang pelajar Nigeria berkata dalam Bahasa Melayu

"Ini tempat saya".

Terkejut juga saya nampak muka mereka tapi buat-buat tak faham.

3) Suka "generalize" seseorang .Orang kita suka menganggap apa yang dibuat oleh seseorang individu melambangkan keperibadiaan sesebuah kumpulan atau organisasi.Contohnya kalau ada guru yang memukul pelajar kita akan dengar " Cikgu sekarang memang tak macam cikgu dulu". Bila anak tak pandai ada ungkapan mengatakan"Cikgu kamu memang malas " Atau "Ustaz/ustazah memang tak pandai IT'

Perkara ini pernah berlaku pada diri saya sendiri dan saya pernah diperlekehkan .Maka dengan itu saya berazam untuk mendalami bidang IT. Cuma yang saya rasa terkilan.

a) Adakah anda yang berkata memang betul-betul pakar.

b) Kenapa ustaz/ustazah yg dihighlight sedangkan ketika saya menghadiri 2 kursus ICT ramai lagi guru lain yang mengusung disket ketika orang lain mengusung pen drive.Apakah ini tanda secularisme begitu menular dalam jiwa individu tersebut.?

c) Adakah anda tahu sejak bila pengaruh komputer ini menular di Malaysia.Maka tidak hairanlah ada segelintir orang-orang lama yang seakan phobia dan malu untuk belajar komputer. Compared dengan zaman sekarang ,umur 13 thn dan mungkin muda lagi dah jadi blogger.


c) Adakah anda sudah buat kajian atau hanya berdasarkan hypothesis rambang?Sebab kalau benar kajian yang dibuat,saya menerimanya dengan hati terbuka.

d) Adakah anda lupa kebolehan manusia itu berbeza dan setiap orang ada kelebihan masing masing.


He he...macam luahan rasa pula.Tapi jangan risau bila anda diperlekehkan.Take it as a challenge and prove it !!!!!

YAKINLAH ALLAH BERSAMA DENGAN ORANG YANG MENUNTUT ILMU DAN BUATLAH SESUATU HANYA UNTUK ISLAM. Pasti manisnya akan menunggu anda.

4) Memandang rendah terhadap kebolehan orang lain .

Ada manusia yang kebolehannya terpendam dan ada manusia yang suka menunjuk-nunjuk kebolehannya.Pernahkah anda lihat orang kita yang penyakitnya suka melihat bangsa atau orang Islam sendiri gagal , lemah dan melakukan kesilapan.Tapi harus kita ingat ada juga orang yang disangka lemah itulah sebenarnya lebih berani dan pandai daripada orang yang berkata.

Berbalik kepada cerita diatas.Saya pernah mendengar pelajar dari negara Arab diperlekehkan kerana masalah sebutan mereka dalam Bahasa Inggeris.Umum mengetahui mereka ini bermasalah menyebut huruf "p".So kalau "people" they will prounce as "beople"

Kadang saya terfikir ,kalau mereka datang dari Mexico ke adakah mereka akan diperlekehkan sedangkan banyak lagi orang Mexico yang pelat berbahasa Inggeris .Antara kelebihan orang Arab ini ialah mereka berani bercakap dan self confident yang tinggi.Sedangkan orang kita kalau pandai berbahasa Inggeris belum tentu berani untuk bercakap.Tapi orang mereka redah je......Dan ini jugalah yang dialami oleh pelajar atau orang Melayu di negara Arab dan Barat.Itu sahaja bahasa yg difahami .Sebab itulah pelajar yang menuntut diluar negara cepat menguasai Bahasa Arab atau Inggeris compared to local universities .

Walaupun saya pernah mendengar saranan yang mengatakan "Setakat nak jadi cikgu ,tak payah lah keluar negara" Atau "Setakat nak belajar agama tak payahlah ke negara Arab".Belajar je kat Malaysia.Tetapi saya tetap mengatakan ."Its different".Walaupun ada pelajar kita yang balik dari UK dan Mesir contohnya yang tidak mahir berbahasa Arab atau Inggeris sebab asyik bergaul dengan orang Melayu tapi hakikatnya adalah berbeza.

So don't look down to others terutamanya pada bangsa sendiri dan orang Islam.

5) Kedekut ilmu kerana takut orang lain pandai.

Selalu kita dengar orang Cina kedekut ilmu tapi apabila saya attend satu kursus ICT pada tahun 2005 rupanya sangkaan itu meleset sama sekali.Saya kenal 3 orang guru berbangsa Cina dalam kursus tersebut.Mereka memang tidak kedekut dan berkira dan kami saling share nota dan sebagainya .Sikap orang Cina yang ketara ialah mereka akan tolong bangsa mereka habis- habisan .Sampaikan nota mereka pun diberikan kepada pelajar Cina yang baru masuk kursus untuk sesi berikutnya sedangkan mereka tak kenal pun.

Tapi orang kita ada yg begitu kedekut sehinggakan saya pernah minta satu perisian yang dibekalkan secara percuma dari seorang kawan ,beliau hanya membisu.

Tidakkah kita tahu bahawa ilmu yang diberikan kepada orang lain amat besar ganjarannya.Adakah kita rugi melihat bangsa kita maju.


6) Sembang besar tapi penakut.Berdasarkan kajian yang dibuat ,pensyarah saya mengatakan pelajar Melayulah paling kurang self esteem dan self confident.Saya pernah mengajar pelajar yg berbagai bangsa tapi yang penakutnya mesti pelajar Melayu.Kenapa tidak mereka?Apa yang saya lihat pada orang Cina,India dan bangsa lain, selagi tidak ada larangan yang mengatakan anda tidak boleh buat ini atau sebaginya,mereka akan buat.

6) Kuat merapu.Cuba kita pergi mana-mana tempat atau kursus yang pelbagai kaum.Cuba perhatikan dan kita akan lihat bahawa orang paling kuat merapu ialah orang Melayu.

7) Suka menghentam bangsa dan agama sendiri.

Kekadang kita akan mendengar orang menyebut mengenai kelebihan orang Cina , orang Barat dan menghentam orang Melayu Nampaknya point ini contradict dengan apa yang saya sebut diatas.Tetapi saya dah highlight "segelintir orang Melayu".So doesn't mean semua orang Melayu.

Kita mungkin pernah dengar orang kita menghentam bangsa sendiri dalam satu ceramah yang dihadiri oleh pelbagai bangsa.Kalau kita sendiri yang memandang rendah pada bangsa kita adakah kita akan mengharap bangsa lain untuk memandang mulia pada kita .Sepanjang meniti kehidupan ini,saya pernah berjumpa dengan orang Cina yang malas,pelajar India yang nakal dan sebagainya.

Jadi cukuplah kita menghentam sebaliknya kitalah bimbing mereka.Elakkan dari mengutuk bangsa sendiri sebab point inilah yang akan digunakan oleh bangsa lain untuk menjatuhkan kita.Adakah kita pernah melihat senyum sinis bangsa lain bila orag kita merendahkan bangsa sendiri.Selalukah anda lihat orang Cina atau India merendahkan bangsa mereka?


Ok saya stop dulu disini.Nanti saya akan sambung lagi kalau ada idea.Point yang saya utarakan hanyalah my personal point of view sahaja.Sikap manusia ni susah juga untuk dibuat kajiannya sebenarnya sebab its subjective.

Dan mungkin juga ada kata"Bangsa lain pun lagi teruk juga ".Kalau kita asyik mahu mencari salah orang lain dan kita tidak mahu mengubah diri kita maka masyarakat Islam kita di Malaysia akan menuju ke ambang kehancuran .Kerana kita Islamlah ,we shoud behave and be better than others.

Jadi kalau ada pandangan saya yang menyinggung mana-mana pihak, saya mohon maaf.Kalau ada pandangan saya yang salah dan jika anda ingin berkongsi pandangan,tafaddhalu..jazakumullahu khairan kathira....wallahu a'lam

No comments: