SAHABAT SAHABAT MAYA

Sunday, November 16, 2008

ADAKAH PEREMPUAN PERLU BERKHATAN?

Assalamalaikum.
Baru-baru saya telah bersembang dengan seorang rakan saya mengenai segelintir sikap pelajar Melayu yang agak gatal (maaf terpaksa guna perkataan ini tapi ini hakikatnya).Beliau turut compare dengan remaja Cina .Contohnya.Mereka kalau belajar memang belajar betul-betul dan kalau bercinta pun taklah kita nampak sangat .Tetapi kalau pelajar kita terutamanya yg nafsu kearah itu maka masa belajar inilah nak cari girlfriend atau boyfriend atau bahasa utaranya "marka".Trend pelajar perempuan yang mengorat pelajar lelaki sudah menjadi perkara biasa.Kekadang saya tengok pun gerun kerana solah-olah hidup mereka hanya untuk nafsu semata-mata.Maruah diri ke agama tolak ketepi.


Antara yang kami bincang ada juga yang menyentuh pasal remaja perempuan yang mungkin tidak bersunat.Sebab itulah ada tengok lelaki macam tengok apa sampaikan ada guru lelaki bujang di sekolah saya memberitahu beliau ada kalanya tidak selesa apabila dipandang pada tempat yg sepatutnya.
Namun begitu rakan saya ini tidak setuju mengenai pendapat perempuan perlu bersunat kerana beliau memakai pendapat Mufti Perlis ,Ustaz Asri.(Actually saya tak baca lagi pendapat beliau)
Saya hanya menyatakan pendapat saya dan tidak mahu memanjangkan isu ini walaupun kami berlainan pendapat.Lagipun kami hanya bersembang biasa sahaja dan saya juga tidak mahu mewujudkan suasana tegang apabila ada pertelingkahan pendapat.

Pada bulan Ramadhan yang lalu saya telah berpeluang mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Dr Jamnur ketika menunaikan solat terawih di masjid Behor Empiang..Beliau menyatakan bahawa perempuan perlu berkhatan untuk mengurangkan nafsu mereka yang terlalu kuat sehinggakan ada yang tidak boleh mengawal diri.Beliau juga menyatakan bahawa antara faktor perempuan Barat bergaul bebas dan mengamalkan seks bebas kerana mereka tidak berkhatan .

Disini saya bawakan pandangan yang dibawa oleh beberapa pakar dalam bidang feqah.
1) Ustaz Zaharuddin.

Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah

خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب

Ertinya : Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ) Riwayat Muslim)


Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-

1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.

2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,

3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.

Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelai satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.

Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.

Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.

Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas meliaht hadith2 Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan .

:Kelentt wanita (yang dipotng sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.."

dan pelabagi lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. di akhirnya pakar perubatan ini berkata :

" Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah . Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita..Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepd manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya.

Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita2 arab kebanyakkan tidak berkhitan kecuali mesir dan sudan. Adapun negara arab di Teluk dan maghribi..tiada khatan bagai wnaitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.

Rasulullah Berkhatan

Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma'ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab.

Dan padangan bahawa Rasululllah SAW dilahirkan dalam keadaaan berkahatan adalah lemah, demiian juga pandangan yang menyatakan bahawa JIbrail as yang mengkhatankan baginda semasa membelah dada baginda SAW.

2) Pandangan Ustaz Adnan Fadzil

Berkhitan atau bersunat merupakan perkara yang disyari’atkan di dalam Islam. Sabda Rasulullah s.a.w.;

الْفِطْرَةُ خَمْسٌ -أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ- الْخِتَانُ، وَالاسْتِحْدَادُ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَنَتْفُ الإِبِطِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ
“Lima perkara yang merupakan fitrah; berkhitan (bersunat), mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menipiskan misai”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Namun para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;

Pertama; Menurut Imam Syafi’ie; hukum berkhitan (bersunat) adalah wajib ke atas lelaki dan juga perempuan.

Kedua; Mengikut Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Hasan al-Basri; berkhitan hukumnya sunat sahaja sama ada ke atas lelaki atau perempuan. Berdasarkan penjelasan Imam Nawawi; pandangan ini merupakan pandangan jumhur (majority) ulamak.

Ketiga; Imam Ahmad pula berpandangan; ia wajib ke atas lelaki sahaja. Adapun ke atas perempuan, ia digalakkan sahaja.

Rujukan;

1. Al-Fiqhul-Wadhih, Syeikh Dr. Muhammad Bakr Ismail, jil. 1, hlm. 128.
2. Nailul-Autar, asy-Syaukani, juz. 1, Kitab at-Toharah.
3. al-Khitan, Syeikh Jadul-Haq ‘Ali Jadul-Haq, hlm. 9-11.



3) Pandangan Prof Madya Dr Anisah Abd Ghani, Ketua Jabatan di Akademi Islam Universiti Malaya.

Bersunat disebut sebagai khitan dalam bahasa Arab bererti potong. Khitan juga bererti memotong qulfah iaitu kulit yang menutupi kepala zakar (Abdullah Nasih ‘Ulwan; Tarbiyatu al-Aulad 1/109). Kamus Dewan menyebut khatan, sunat, ertinya memotong kulub dan berkhatan, bersunat, bersuci, maknanya potong kulub orang Islam (Kamus Dewan 549). Khitan bagi wanita dinamakan khafd iaitu merendahkan (Ibnu al-Qayyim: Tuhfatu al-Maudud 106)kerana bahagian yang dipotong itu merendahkan hujung clitoris.

Menurut al-Mawardi, khitan bagi perempuan adalah memotong kulit pada atas faraj yang berbentuk seperti balung ayam (tiga segi) yakni clitoris. Bahagian yang wajib dipotong adalah kulit yang berlebihan di sebelah atas clitoris, tidak sampai ke pangkalnya (Ibnu al-Qayyim; op.cit 106)

Daripada pengertian syarak itu, dapat disimpulkan bahawa khitan bagi perempuan adalah dengan memotong sedikit saja daripada bahagian atas clitoris. Bahagian yang wajib dipotong adalah hujungnya yang menonjol tinggi daripada faraj, bukan memotong semua sekali.

Seperti amalan khitan di kalangan lelaki yang bermula pada zaman Nabi Ibrahim, amalan berkhatan bagi wanita juga berlaku pada zamannya. Isterinya, Sarah dikhatankan. Peristiwanya bermula apabila Hajar (salah seorang isteri Nabi Ibrahim) mengandung, Sarah berasa cemburu, lalu bersumpah untuk memotong tiga bahagian anggotanya sendiri. Nabi Ibrahim bimbang kalau-kalau Sarah akan memotong hidung dan telinganya.

Lalu Baginda menyuruhnya melubangkan kedua-dua telinganya dan berkhatan (Ibnu al-Qayyim; ibid 131). Setelah itu amalan khitan menjadi sunnah bagi wanita Islam.

Khitan diamalkan juga pada zaman Firaun yang mana didapati mumi perempuan Mesir purba mengamalkannya. Begitu juga di negara lain di Afrika seperti di Ethopia dan Sudan. Khitan seterusnya diamalkan di merata dunia termasuk Malaysia. Sesetengah mereka menganggap amalan ini sebagai adat. Sesetengah yang lain pula menganggapnya sebagai tuntutan agama.

Ulama berselisih pendapat mengenai hukum khitan bagi wanita. Ada yang berpendapat hukumnya wajib, ada yang mengatakan sunat. Ada pula yang berpendapat khitan adalah satu kemuliaan saja kepada kaum wanita.

# Imam al-Syafie dan satu riwayat daripada Imam Ahmad mewajibkan wanita berkhatan sama seperti lelaki (Ibnu Taimiyah; al-Fatawa al-Kubra 51-52). Pada mereka dirujukkan kepada hadis yang dijadikan hujjah bagi mewajibkan khitan ke atas lelaki.

Antara hadis itu adalah sabda Rasulullah SAW kepada seorang yang baru menganut Islam: “Cukurlah rambut ketika kafirmu dan berkhatanlah.”

Dalam riwayat lain yang disebut terdulu, Rasulullah bersabda: “Sesiapa (yang baru) memeluk Islam hendaklah dia dikhatankan meskipun sudah tua.” (Al-Syaukani;op.cit 1/136).

Kedua-dua hadis ini menunjukkan amalan khitan adalah wajib. Perintah wajib ini meliputi lelaki dan wanita. Ini didasarkan kepada keumuman daripada lafaz hadis berkenaan (al-Syaukani; ibid 1/134).

# Riwayat lain daripada Imam Ahmad pula menyatakan berkhatan wajib ke atas lelaki saja. Tidak diwajibkan ke atas perempuan. Ia adalah sunnah yang sangat dimuliakan. Pendapat ini menjadi pegangan jumhur ulama. Ia dirujukkan kepada hadis Rasulullah yang menyatakan khitan tidak wajib ke atas perempuan.

Antara lain Syadad bin Aus menyebutkan bahawa Rasulullah bersabda: “Khitan adalah sunnah untuk lelaki dan suatu penghormatan untuk wanita.” (Ahmad bin Hanbal; al-Musnad 6/433).

Ummu ‘Attiyah r.a. pula meriwayatkan bahawa Rasulullah memberitahu tukang khatan perempuan supaya jangan memotong terlalu dalam. Hal ini kerana yang demikian itu (memotong tidak terlalu dalam) adalah mahkota wanita dan sangat disukai oleh suami. (Abu Daud; al-Musnad 167).

Hadis di atas menunjukkan khitan bagi anak perempuan adalah sunat, bukan wajib. Khitan disyariatkan kepada lelaki dan perempuan sebagai satu perbezaan antara orang Islam dan kafir. Oleh kerana itulah orang yang baru memeluk Islam dikehendaki berkhatan, lelaki atau perempuan.

# Dr Yusuf Al Qaradhawi berpendapat persoalan khitan anak perempuan terserah kepada ibu bapa sama ada mahu melakukannya atau tidak. Bagi mereka yang beranggapan khitan anak perempuan ada kebaikannya, eloklah mengkhatankannya. Bagi mereka yang tidak mengkhatankannya pula, tidak berdosa kerana ada ulama yang berpendapat khitan bagi wanita hanya satu kemuliaan. Begitu pun, Dr Yusuf berpendapat mengkhatankan anak perempuan adalah lebih baik (Dr Yusuf Qaradhawi: al-Fatawa al-Mu’asirah 384).

# Imam al-Akbar Mahmud Syaltut berpendapat: Hukum khitan bagi lelaki dan perempuan bukan didasarkan kepada nas naqli, tetapi disandarkan kepada kaedah umum syariah iaitu ‘tidak harus menyeksa sesuatu yang hidup kecuali ada kemaslahatan’.

Khitan bagi lelaki ada maslahah yang perlu dijaga iaitu menghindarkan jangkitan kuman yang menyebabkan kanser zakar atau penyakit lain yang berbahaya. Tetapi, dalam persoalan khitan bagi kaum perempuan, tiada maslahah yang perlu dijaga.

Menurut beliau lemah atau kuat nafsu seseorang perempuan bergantung kepada pembinaan hormon dalam diri seseorang. Begitu juga berakhlak atau tidak seseorang bergantung kepada pendidikan agamanya, suasana masyarakat dan keprihatinan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak.

Lemah atau kuat nafsu seseorang perempuan tiada hubung kait dengan khitan.

Oleh itu khitan bagi perempuan bukan kerana tuntutan syarak, akhlak dan kesihatan. Ia didasarkan kepada persoalan fitrah manusia semata-mata (Muhammad Syaltut; al-Fatawa 333-334).

Penulis berpendapat walaupun ulama berselisih pendapat mengenai hukum khitan wanita, eloklah kita mengamalkan khitan walaupun ia bukan wajib atau sunat. Paling kurang ia adalah fitrah insaniah yang seiring dengan tabiat dan fitrah Islam.

Selain itu, ia masih sunnah yang diamalkan pada zaman Rasulullah. Baginda pernah mengajarkannya kepada wanita pada zamannya. Kalau kita tidak mengamalkannya bererti kita mengetepikan salah satu daripada amalan wanita zaman Rasulullah. Di samping itu, masih ada hadis yang menjelaskan bahawa khitan itu satu kemuliaan kepada wanita. Mungkin setakat ini kita belum pasti apa maslahatnya. Banyak ibadat lain yang dilakukan tanpa kita ketahui maslahat dan hikmatnya.

4) Pandangan Mohd Shukri Hanapi (Artikel dari Berita Harian)

Bagi kaum lelaki, khatan (atau dalam bahasa Arabnya disebut khitan) ialah amalan memotong qulfah (kulit yang menutupi kepala) zakar lelaki. Ia juga sering disebut ‘bersunat’.

Menurut pendapat kebanyakan ulama seperti al-Sya'bi, Rabi'ah, al-Azra'i, Yahya bin Sa'ad al-Ansari, Malik, al-Syafi'i dan Ahmad, amalan berkhatan adalah wajib bagi kaum lelaki.

Ada banyak hadis yang menunjukkan pensyariatan khatan. Antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah, katanya, bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Ada lima perkara yang dikategorikan sebagai fitrah (sifat semula jadi) seseorang manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Selain itu, diriwayatkan daripada Ammar Yasir, katanya, bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Antara fitrah ialah berkumur-kumur, membersihkan hidung dengan air, menggunting misai, bersiwak, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, memotong bulu kemaluan dan berkhatan." (Riwayat Ahmad).

Berdasarkan hadis di atas, Abdullah Nasih Ulwan (1990:113) menjelaskan, meskipun Rasulullah menyebut khatan bersama perkara sunat, namun tidak bermakna hukum berkhatan itu sunat.

Katanya, hadis di atas membicarakan dua perkara utama iaitu perkara wajib dan sunat.

Dalam hal ini, al-Khattabi pula berpendapat, meskipun khatan selalu disebut bersama dengan perkara sunat seperti mencukur bulu ketiak dan memotong kuku, kebanyakan ulama mengiranya sebagai wajib. Ia adalah syiar Islam dan pembeza antara Muslim dan kafir.

Sekiranya seorang yang berkhatan mati di kalangan sekumpulan manusia yang tidak berkhatan, maka hendaklah dia disembahyangkan dan dikuburkan di tanah perkuburan Islam. (Abdullah Nasih Ulwan, Tarbiyyah al-Awlad, 1990 jil.1, hal.112).

Kewajipan berkhatan juga berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada 'Utsaimin bin Kulaib bahawa Rasulullah bersabda kepada orang yang baru memeluk Islam yang bermaksud: "Bersihkanlah dirimu daripada rambut kufur dan berkhatanlah." (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

Selain itu, diriwayatkan daripada Ibnu Abbas, katanya: "Seseorang yang tidak berkhatan tidak diterima solatnya dan hasil penyembelihannya juga tidak boleh dimakan."

Maka, jelas bahawa khatan itu adalah fitrah manusia, syiar Islam dan ia wajib ke atas kaum lelaki. Oleh itu, sesiapa yang tidak menyegerakan khatan sejak mula memeluk Islam dan tidak melaksanakan juga hingga masa balighnya, maka dia dikira berdosa.

Kebanyakan ulama menyatakan bahawa khatan adalah wajib ketika seseorang anak itu sudah hampir baligh. Tidak berapa lama lagi anak itu akan menjadi mukallaf untuk mematuhi segala hukum syariat dan perintah Allah.

Tetapi masa yang paling afdal (baik) ialah pada hari pertama kelahiran. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Jabir, katanya, bahawa Rasulullah telah mengkhatankan al-Hasan dan al-Husin pada hari ketujuh (selepas kelahiran) mereka.

Setiap amalan yang disyariatkan oleh Allah tidaklah sia-sia, malah ada hikmah dan kelebihannya.

Justeru, amalan berkhatan ini mempunyai banyak faedahnya. Paling penting ialah faedah dari aspek kesihatan.

Menurut Dr Sobri al-Qubbani di dalam bukunya Hayatuna al-Jinsiyyah, antara faedah terpenting berkhatan ialah seseorang lelaki itu akan dapat menghindari daripada penyakit kulit yang disebabkan oleh peluh yang berkumpul dalam kulit qulfah itu.

Perkara ini telah dibuktikan oleh Dr Gerald Weiss, seorang pakar bedah. Beliau menegaskan tanpa khatan, bahagian di bawah kulit yang menutupi kepala zakar akan menjadi tempat takungan pelbagai jenis kuman dan ini meningkatkan risiko mendapat infeksi (cesspool of infection). Kadangkala keadaan ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Menurut Dr Sobri al-Qubbani lagi, berkhatan juga dapat menghindari daripada penyakit kanser. Hal ini dibuktikan oleh Dr Edgar J Schoen, seorang profesor Perubatan Kanak-Kanak di Universiti California di San Francisco. WebMD Medical News bertarikh 6 Mac 2000 melaporkan satu kajian yang beliau lakukan bersama rakannya mendapati daripada 89 kes kanser zakar, 87 daripadanya adalah dari kalangan lelaki yang tidak berkhatan.

Justeru, mereka merumuskan, khatan mencegah lelaki dari menghidap kanser zakar dan penemuan ini telah dimuatkan di dalam majalah Pediatrics. (Neil Osterweil, Experts Disagree on Whether Procedure Should Be Routine, WebMD Medical News, Lycos Health, 6 Mac 2000).

Seperti dijelaskan Dr Danial Zainal Abidin di dalam bukunya Perubatan Islam Kontemporari, ada banyak kajian yang menunjukkan khatan mencegah daripada pelbagai jenis penyakit. Antaranya:

l Risiko seseorang wanita menghidap barah pangkal rahim adalah tinggi jika pasangannya tidak berkhatan.

Satu kajian yang dilakukan di Lembah Kashmir pada 1993 menunjukkan, amalan berkhatan di tempat ini menyebabkan peratus barah pangkal rahim menjadi rendah berbanding kawasan lain di India.

8 comments:

Unknown said...

kebanyakan negara arab tidak mengamalkan khitan wanita termasuk arab saudi. negara mesir yg btl2 mengamalkan sgt khatan wanita. Persoalan mengawal nafsu wanita bkn terletak kpd samaada dh khitan atau tidak, tetapi lebih kpd didikan, persekitaran. Tngk saja dinegara kita, wanita islam yg terlibat zina pun makin bertambah. Kalau ditanya masing2 ckp masa kecik mmg telah dikhatankan. Jadi sbg ibubapa, jgn anggap slps khatan, then x perlu risau lagi sbb nafsu anak dh dikawal. Kalau nk ckp x khatan nafsu jd lebih, tengoklah sendiri negara arab saudi yg hampir tidak mengamalkan khatan wanita. Tentu wanita2 sana mcm wanita barat jugak kot. Nafsu besar. Tetapi itu tidak berlaku sgt. Sbb didikan agama itu lebih kuat. Saya harap persoalan samada perlu wanita dikhatankan atau tidak, jangan diperbesarkan mana2 pihak sbb ia lebih kepada pertimbangan ibu bapa. Buat pun ok. Tak buat pun tak apa. Lebih banyak lagi perkara besar2 yg perlu ditangani dalam dunia islam skrg ni dari soal khatan wanita.

Sekian

Ummu Naielah said...

Terima kasih Tantintun.

Memanglah mengikut Tanintun wanita Arab hampir tidak berkhatan dan tidak berlaku sangat kes kes yang tidak dingini ,tetapi cuba kita lihat pula environment atau bi'ah negara mereka adakah sama macam kita?Jelas sekali berbeza.

Keduanya bukan maksud saya kita hanya bergantung kepada berkhatan sahaja tanpa perlu mengamil berat didikan agama. Berkhatan sahaja tidak cukup kalau tidak mengamalkan ajaran Islam.

Cuma kita hanya mencari satu jalan yag diakui sendiri oleh ulamak untuk memperbaiki akhlak manusia dan nafsu yag seterusnya membawa kepada kemaslahatan ummah.

Lagipun kita tidak boleh mengatakan bahawa semua wanita yang terlibat dengn zina itu sudah berkhatan sebab kita tidak buat kajian terhadap kes tersebut.Lagipun berdasarkan pengalaman saya ,masih ada lagi ibu bapa yang tidak mengkhatankan anak perempuan mereka di Malaysia .

Isu berkhatan pula bukan isu besar saya dalam blog ini.Ini hanya satu daripada 76 isu yang dipaparkan.Dan saya rasa isu berkhatan ini tidak diperbesarkan oleh alim ulamak kita.

Cuma sebelum kita buat yang besar,jangan lupa ia juga bermula dari yang kecil.

Apapun terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan.
Wallahua'lam.

Firdaus said...

Salam.. Kajian perubatan Islam di Malaysia menunjukkan bahawa pandangan khatan dikalangan bayi perempuan ini amat cetek sekali dan tidak dipandang serius oleh kebanyakkan para ibu bapa. Pada tahun 1980'an dikatakan hampir mencecah 70% bayi perempuan yang lahir tidak menjalani proses berkhatan dan saya pernah didedahkan dengan satu kenyataan yang menyebut antara faktor penyebab anak gadis masa kini terlibat dengan masalah sosial, kesalahan melakukan seks bebas dan sifat kurang malu, adalah berpunca daripada tindakan para ibu bapa yang tidak mengkhatankan anak perempuannya selain daripada didikan agama yang mencukupi. Bahagian kelentit perempuan,ia merupakan nadi nafsu bagi perempuan dan kebanyakan pandangan ulamak mengatakan bahawa untuk mengawal nafsu anak perempuan ini antara lainnya adalah dengan memotong sedikit kulit yang menutupi kelentit ini. Justeru disebabkan amalan ini tidak menjadi tumpuan serius dikalangan masyarakat kita, kjian bermula pada tahun 1980'an hingga sekarang ini 2009, anak-anak itu berumur lebih kurang 29 thn. Maka kesannya sekarang ini kita boleh lihat. Ini mungkin antara salah satu faktor penyebabnya gejala ini berlaku. Namun begitu bagi saya, terdapat nas yang mengatakan bahawa sunat ke atas anak perempuan itu wajib, ada yang sunat, harus ataupun dimuliakan. Apa pun pandangan ulamak menyaksikan bahawa terdapat kebaikkan sekiranya khatan ke atas bayi perempuan ini dibuat, dan saya rasa kita laksanakan apa yang terbaik untuk agama kita dan anak-anak kerana tidak ada pun yang menyatakan bahawa khatan ke atas anak perempuan ini sepatutnya tidak perlu dilaksanakan. Sekiranya alasan berkhatan ke atas bayi perempuan boleh mendatangkan kebaikan, maka apa yang nak di debatkan lagi. Ternyata ianya membawa kebaikan kepada anak-anak itu. Maka laksanakan sahaja. Sekian....

Dr. Lex said...

Salam Ustaz,
Saya seorang cina beragama Buddha & terbaca blog mengenai isu berkhatan untuk wanita Islam. Saya bersependapat dengan saudara tantintun. Tahniah kepada Ustaz kerana prihatin terhadap tingkah-laku generasi-generasi muda kita. Saya kini berumur 30 tahun & dalam 30 tahun hidup saya, tida kira waktu bersekolah ataupun kini, permehatian saya adalah sama dengan ustaz. Lihatlah gelagat anak muda Melayu dengan anak muda cina. Betapa bezanya kerana untuk anak cina, kalau bercinta sebelum umur 18tahun adalah sesuatu yang memalukan. Ibubapa langsung melarang & kawan kawan tidak menggalakan. Jadi, kalau adapun yang bercinta, mereka akan menyembunyikannya, justeru tidak menggalakan anak muda lain untuk mengikutinya. Fokusnya harus pada pelajaran. Tetapi ini berbeza sekali di kalangan anak melayu. Saya rasa ini lebih berkemungkinan lahir dari adat (culture) & bukannya agama. (perempuan cina tidak berkhatan). Mungkin ibubapa tidak melarang? atau tidak peduli? atau langsung menggalakan anaknya bercinta cinta dengan gadis yang tinggal di jalan & bersekolah sama? Semangat berjiran yang kuat dan menggalakkan anaknya bersama selalu dengan anak Pak Li yang dikenali? Adat orang cina berbeza kerana kebanyakan cina akan menentukan frekuensi pertemuan anak anak mereka. Semuanya dirancang & difikirkan kesudahannya (consequences). 'kenapa kamu cari julia lagi? kan 2 hari tadi sudah main tali bersama? nanti ibubapanya marah'.
Justeru, saya tidak rasa pemendekkan clitoris akan mengubah gejala ini semua. Kalau apapun, pemendekkan ini akan membuat anak islam ingin tahu dengan apa yang dipotong masa kecil dulu & kenapa. Ini akan meningkatkan lagi rasa inigin tahu terhadap clitoris & bagaimana boleh merangsang badan. Contohnya, anak cina. Perempuan cina biasanya langsung tidak mengetahui apakah fungsi & bahagian clitoris/vagina sehingga umurnya memadai (>18 tahun). Meskipun ditanya, ramai ibubapa cina akan malu & menguburkan pertanyaan yang sensitif, agar anak terus ingin tahu mengenai itu. Semasa saya disekolah, saya mengetahui bahawa gadis melayu kelas saya (kelas pertama, pandai) berkumpul selepas kelas dirumah salah seorang dan melihat video seks bersama. Ini ketika saya berumur 16 tahun. Bayangkan betapa terkejutnya saya. Dapatkah ini dielakkan seandainya semua gadis berkenaan dikhatan? I dont think so. Kemungkinan ada dikalangan mereka pun telah berkhatan... sekian.

Unknown said...

Sya setuju dgn pandangan Dr.Lex. Sya sependapat dgn fatwa Dr.Yusof Qardhawi. Ia hanya harus pada wanita. Bkn wajib dan sunat. Terpulang kpd ibubapa. Tapi jgn dikaitkn dengan kekuatan nafsu wanita. Khitan wanita boleh dibahagi kpd bbrp tahap. Tahap 1, 2 dan 3 seperti yg diamalkn. Tahap 1 adalah dengan memotong sedikit hujung kulit yg tutup hujung kelentit tu dan ini yg diamalkn diindonesia, malaysia dan kebanyakan negara islam. Tahap 2 dan 3 agak merbahaya dan memudaratkn kesihatan yg banyak diamalkn dinegara afrika termasuk sudan dan mesir. Dimesir terdapat kes kematian disbbkn khitan yg berlebihan dilakukn. Sye ade kenal seorang doktor sakit puan, dia bgitaw msih terdpt wanita yg sudah dikhatan tetapi masih terlibat dgn sex diluar nikah. Jdi tiada jaminan dgn berkhitan dpt menjaga nafsu. Ia lebih terletak kpd didikan agama itu sendiri dan pengamalan atas ilmu agama yg dipelajari itu.

Firdaus said...

bagi saya setelah meneliti....saya pilih x..........biarlah sesemuladi mgkin...........sebab org yang mengkhatan ni pun pelbagai.....ade yang sedikit betul.ade yang terlebih..........kalau kate dgn berkhatan ni boleh.......menghindarkan perkara tidak elok........mungkin betul teorinya.....tapi hakikat mereka yang terlibat berkhatan pun......jadi tidak tepat......saye cume memandang dalm kontek hub suami isteri...........umum bagi saya kaum suami keperluannya x banyak.......keperluan batin.....ok.....ok lah yang lain....x ok kat sini......mudah nampak yang kecik2......jadi saya memandang kalau nafsu wanita boleh berkurang berapa peratus sekali pun kalau berkhatan.........itu dah menunjukkan kemungkinan menurunnya layanan kepada sang suami......mgkin........suami asyik mau saje......si isteri jarang2......jadi???kadang lelaki ni bukan x setie.......bile keperluan x terpenuhi.die akan tercari2...........bukan x sayang yang lama.......tepuk dada...sekadar pendapat

Firdaus said...

saye bukan firdaus kat atas tu ye

Mimi said...

Disebabkan berkhathan boleh menundukkan nafsu wanita, adakah ia turut mempengaruhi hubungan seksual? Jika ia, saya rasa ibu bapa tidak patut menafikan kehendak seksual anak perempuan mereaka. Seperti yang kita tahu, ada yang berkhatan tetapi berzina dan ada yang tidak berkhatan tetapi terpelihara. Tidak ada banyak kajian tentang kenikmatan wanita berkhatan dan yang tidak berkhatan. Oleh itu kita tidak boleh tahu bagaimana berkhatan ini mempengaruhi nafsu wanita. Selain itu, bagimana pula dengan nafsu lelaki? Apa pula cara untuk menundukkan nafsu lelaki? Mengapakah hanya nafsu wanita yang perlu ditundukki? Siapa juga yang merosakkan anak gadis kita sekarang? Daripada apa yang saya dapat lihat, lebih banyak kaum lelaki yang tidak mampu mengawal nafsu mereka. Bagi saya biarlah kaum lelaki mahupun perempuan mendapat hak yang sama mahupun dalam kenikmatkan seksual.