SAHABAT SAHABAT MAYA

Saturday, July 12, 2008

ADA APA DENGAN BUKU LA TAHZAN??


Buku "La Tahzan" (Jangan Bersedih) merupakan susunan Dr. Aidh Al Qarni.Saya telah beberapa kali membacanya.Buku ini memang bagus untuk terapi minda dan motivasi.Saya dah banyak baca buku motivasi tapi buku ini is really different compared to other motivation books.Tidak hairanlah ia antara buku yang best seller.

Ia mengupas penyelesaian untuk masalah dan kemelut kehidupan serta mendidik jiwa.Tidak sedar air mata berlinangan ketika menatap baris kata-kata penuh hikmah.
Buku ini banyak mengingatkan kita bahawa kita tidak keseorangan dan sebaik-baik tempat mengadu ialah Allah S.W.T.

Saya teringat kata-kata Dr HM Tuah Al-Haj yang lebih kurang begini.
Kalau hidup atas dunia tidak gembira di akhirat belum pasti lagi.Tapi gembira yang saya faham ialah bersyukur dengan segala anugerah Allah S.W.T . dan hidup mengikut acuan Islam dan bukannya ikut akal fikiran dan budaya dunia sekarang.
Lihatlah betapa banyaknya bahana akibat berfikir mengikut logik akal dan berteraskan material semata-mata.Satu kerugian jika anda tidak membacanya.

No comments: